WARGA SCP

Sabtu, Disember 05, 2015

USA 2015 PART 9 : NORTH AMERICA BAPAK DATANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

tempat berteduh kat RI



Semoga kembara kami kali ini akan sentiasa dalam perlindungan, kerahmatan dan ehsan dari Allah jua . Kami kini berada di negeri paling utara di America .

Pagi tadi mak itam dah masak bekalan makanan dari apartment yang kami berteduh di RI. Ayam masak merah , mee hoon goreng serta  nasi putih . Suhu di RI mulai turun sehingga mencecah 5 darjah celcius sebelah malam. Nak keluar , 1/2 jam diperlukan untuk mengenakan beberapa helai pakaian yang sesuai hingga last sekali baru jacket yang agak tebal dari wool.

cik Garmin menemani kami di jalanan

Bertolak dari RI hampir jam 10.00 pagi juga . Destinasi kami ialah Freeport Portland , Maine, sebuah negeri yang terletak di utara America .Merentasi 4 buah negeri RI, Massachusetts(MA) melalui Boston, New Hamsphire dan barulah memasuki Maine(ME) ke Free Port .

Hari ini Garmin banyak membantu berbanding semalam semasa kami ke Wrantham Village kerana cik Garmin diam membisu ketika itu kerana akibat aku salah tekan settingnya hahaha

Masalah paling besar bila winter ini adalah asyik nak terkucil . Maka Rest Area akan menjadi tempat persinggahan wajib kami . Selepas selesaikan semua yang patut, duk berkelah kejap sambil makan-minum sebelum meneruskan perjalanan. Lebih kurang 190-200 batu dari RI-ME memakan masa hampir 4 jam lebih . Sini semua dalam batu . No KM hehehe

New Hamshire


mee goreng kami kelah tepi rest area

Alhamdulillah, memandu di sini lebih selamat berbanding di Tanah Melayu. Mereka takkan sewenang-wenangnya menukar lorong serta akan sentiasa berbesar hati jika ada kenderaan yang memberi isyarat untuk menukar lorong . 

Kalau kat Tanah Melayu seperti yang aku selalu jumpa, lagi kita beri isyarat dan tukar haluan ke, lagi dia laju menghimpit . Itulah bezanya mereka dengan kita yang katanya Islam , tapi sebaliknya berbanding mereka . 

Pemanduan sebelah kiri a.k.a Left Hand Drive , jadi kena biasakan . Merentasi Pekan Boston yang sibuk hinggalah memasuki I-95 yang menghubungkan sepanjang jalan sebenarnya dari Florida di selatan USA - Maine di Utara USA.Jalan mereka ada yang sampai 5-6 lorong sehala menghubungkan antara satu tempat ke satu tempat . 

Jalan backroad a.k.a jalan kampung macam biasa 2 lorong kiri kanan. Tapi aku suka backroad melintasi pekan2 kecil kerana permandangan sungguh indah ketika ini . Deretan rumah2 mereka yang kebanyakkan dibina dari papan kerana itu lebih sesuai kerana mereka ada musim sejuk . Pokok2 dan mula togel hingga tinggal batang dan ranting sahaja.



Aku akan berada 2 hari di Free Port Maine ni. Kenapa aku ke sini. Nanti aku cite2 di episod seterusnya. Aku pun dah lupa berapa state yang kami dah sempat singgah . Nanti aku kena bukak peta balik untuk catatan kembara kami sebagai sebagai satu kenangan yang akan kami ingati dan berkongsi dengan kekawan sekalian.

OK, bapak nak bobok buat kali ke 2 dua ni. Sekarang kul 1.35 pagi waktu Free Port , Portland ME. Kenapa tido kali kedua hahaha

Tadi kul 6.00 pm dah tido seround , Kul 11 pm tadi dah terbangun. Tu yang sempat update SCP ni . Malam ni kat area Freeport ni dah cecah 1 darjah celcius , jap lagi kul 3-4 pagi akan cecah -5 darjah celcius . Magrib 4.05 pm manakala Isyak pula 5.29 pm . 

Good Night everybody
Good Night America 

Alhamdulillah. 


tempat menumpang bang 2 hari

tadi 2 darjah masa ambik foto ni
laaa ni dah 1 darjah





2 ulasan:

  1. Alamak sejuknya.....setengah orang suka dan setengah orang tidak. Saya suka sejuk tetapi tak suka kulit kering dan gatal!

    BalasPadam
  2. sekarang kul 3.44 am kat freeport , dh drop -1 darjah celcius, heater tu dah pasang sesiap , aircond free kat sini Allah bagi

    BalasPadam