WARGA SCP

Jumaat, Ogos 21, 2009

DAY 13 27/11/2007 SELASA


















KHEMAH DI MINA MENUNGGU JEMAAH



MASJID NAMIRA DI ARAFAH YANG DIGUNAKAN
SETAHUN SEKALI SAHAJA PADA HARI WUKUF


JABAL RAHMAH

JABAL RAHMAH, ARAFAH

JABAL RAHMAH, ARAFAH




Pagi ini ke pejabat kaunter pengeluaran wang Tabung Haji di Hotel Firdaus Tower untuk membayar dam kerana memilih haji tamattuk. Seekor kambing 300 riyal. Selepas itu, kami terus mengikuti program ziarah luar. Persinggahan pertama ialah Jabal Tsur, 4 km dari Masjidil Haram. Gua ini digunakan oleh Rasulullah dan Saidina Abu Bakar untuk bersembunyi dalam perjalanan hijrah Baginda ke Madinah selama 3 hari dari kaum musyrikin yang ingin membunuh Baginda.

Persinggahan seterus ialah Padang Arafah. Bas berhenti berhampiran Jabal Rahmah. Tempat di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan kembali . Terletak lebih kurang 22 km bahagian tenggara Masjidil Haram. Berkeluasan 10.4 km persegi di mana pada 9 Dzulhijjah , para jemaah haji akan berkumpul di situ utk berwukuf. Terdapat sebuah masjid di situ iaitu Masjid Namirah yang hanya digunakan sehari sahaja dalam setahun iaitu pada hari wukuf. Terdapat pokok2 lebih kurang 100,000 batang yang berusia hampir 15 tahun yang di tanam di persekitaran Arafah utk tempat berteduh tapi ketinggiannya baru lebih kurang 10 kaki.

Perjalanan diteruskan ke Ji'ranah lalu singgah sebentar di situ. Ji'ranah merupakan sempadan tanah haram dgn tanah halal dan salah satu tempat bermiqat. Kami terus menyalin pakaian ihram dan solat sunat ihram lalu memasang niat umrah. 13 pantang larang dalam ihram mesti dipatuhi . Perjalanan pulang ke hotel melalui Gua Hira' dan perkuburan Maala di mana isteri Baginda Rasulullah iaitu Siti Khadijah dimakamkan di situ bersama2 para sahabat nabi.

Tiba di hotel jam 11.00 tgh lalu terus menuju ke Masjidil Haram utk menyempurna dan menyelesaikan rukun2 umrah. Terus tawaf mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan. Hampir 12 tgh baru selesai dan terus menuju ke bukit Safa. Terlihat beberapa usungan yang mengandungi jenazah yang telah siap beratur untuk dibawa masuk ke hadapan kaabah bagi disembahyangkan selepas waktu zohor. Waktu zohor hampir tiba. Kami mengambil keputusan utk menyelesaikan saie selepas waktu zohor. Alhamdulillah, hampir pukul 2.30 ptg , kami dapat menyempurnakan saei dan bergunting / bertahalul.






0 comments:

Catat Ulasan