WARGA SCP

Khamis, Ogos 13, 2009

DAY 4 18/11/2007 AHAD

KUBAH HIJAU MAKAM RASULULAH DAN
PARA SAHABAT


Alhamdulillah , seperti biasa awal ke masjid sebelum subuh dan melakukan amalan-amalan sunat sebagai pengisian sebelum masuk waktu solat subuh. Jemaah dari Negara Indonesia telah mula kelihatan di Masjid Nabawi dan mudah dikenali kerana memakai "bush jacket" berwarna hijau muda dengan bendera ditampal dibaju dan beg sandang kecil berwarna hijau dgn bendera .

MENYUSURI KAKI LIMA PULANG KE HOTEL

Telah menjadi rutin setiap hari selepas subuh ialah bersarapan dan balik ke bilik untuk tidur lebih kurang 2 jam kerana kebiasaannya hanya tidur 3-4 jam sahaja pada sebelah malam kerana pukul 3.00 pagi telah bersiap-siap utk ke masjid.

PERKARANGAN BAHAGIAN BELAKANG MASJID
NABAWI

Pagi ini pukul 9.00 pagi meronda di sekeliling Masjid Nabawi untuk melihat aktiviti penduduk dan peniaga setempat. Rata-rata peniaga di sini fasih berbahasa melayu dan kita tidak perlu risau . Tertarik dgn gelagat para peniaga yang menggunakan pelbagai cara untuk menarik pelanggan masuk ke kedai mereka . Panggilan 'YA HAJI, YA HAJJAH MURAH2, MARI TENGOK DULU" , "MALAYSIA BAGUS , MAHATHIR BAGUS " walaupun pada masa itu era pentadbiran Abdullah Badawi.

Meronda sehingga ke Pasar Kurma yang mana terdapat puluhan kedai menjual kurma. Madinah memang terkenal dengan kurmanya kerana ladang kurma banyak terdapat disini. Kalau nak beli kurma, belilah di Madinah kerana kurmanya segar dengan harga yang berpatutan berbanding kota Mekah. Antara kurma yang terkenal terdiri dari Kurma Nabi atau Ajwa, kurma Anbar .

 Kurma tersebut mempunyai tanda harga yang berbeza2 kerana mengikut gred no. 1,2,3 yang dibezakan melalui saiz. Kenyang makan kurma disini yang diberi utk dirasa/dijamah oleh para peniaga apabila kita melintasi kedai mereka sambil mereka berkata "halal" .

PENIAGA KEBAB

KEDAI SEKITAR MASJID NABAWI

Selepas zohor terus ke restoran untuk makan tengahari. Menu hari ini sup lembu, kurma daging, salad, sayuran , pencuci mulut dan berbagai-bagai lagi.

MASJID NABAWI

TEMPAT MENGAMBIL AIR ZAM-ZAM

Suasana di Masjid Nabawi selepas asar menuju waktu magrib sungguh meriah dengan kelas tadarus dan menghafal Al-Quran oleh kanak-kanak dibimbing oleh tok guru masing-masing. Lebih kurang puluhan kumpulan tersebut berserakan didalam masjid yang membentuk bulatan-bulatan kecil yang terdiri 20-30 orang kanak-kanak bagi setiap kumpulan. 

Kebiasaannya kami akan terus berada di Masjid Nabawi dari magrib hingga isyak . Malam ini selepas isyak, taklimat "ziarah luar" diadakan kerana lebih kurang 10-12 buah bas akan bergerak untuk melakukan ziarah luar keesokkan harinya. Pengisiannya tentang tempat-tempat bersejarah dalam sejarah Islam yang akan dilawati, sejarahnya dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari zaman Rasulullah hingga sekarang.

0 comments:

Catat Ulasan