WARGA SCP

Rabu, Ogos 12, 2009

DAY 3 17/11/2007 SABTU

Seperti biasa rutin ke masjid untuk solat subuh lebih awal. Solat sunat tahyatul masjid dan berniat beriktikaf di dalam masjid. Suhu di Madinah agak sejuk di waktu pagi. Pagi ini terasa nak bersolat di luar utk merasai kedinginan Madinah dan memilih di saf hadapan berdekatan pintu Babus Salam. 

Pastikan sentiasa membawa sejadah apabila ke masjid dan uncang kasut atau beg plastik kerana lebih senang kita meletakkan selipar kita berdekatan dgn tempat kita bersolat dan apabila selesai solat, kita boleh keluar mengikut mana-mana pintu yang kita suka tanpa perlu mencari dan berjalan jauh mengambil selipar kita.

Di sini kebiasaannya selipar kita tidak akan hilang , tetapi kebanyakkannya hilang disebabkan kita tidak mengingati lokasi sebenar rak tempat kita meletak kasut kerana terlalu banyak rak dan masjid ini terlalu besar. Lagi satu permandangan persekitaran di dalam masjid hampir serupa sahaja.

Selepas Subuh

Masjid Nabawi


Seperti kebiasaannya solat fardhu akan diikuti dengan solat jenazah. Beruntung jenazah yang disolatkan di Masjid Nabawi kerana disembahyangkan oleh ratusan ribu jemaah yang mendoakan agar roh kita dikasihani dan diampunkan oleh ALLAH dan kemudiannya disemadikan di perkuburan Baqi'.

Menyusuri Jalan Ke Hotel

Hotel Dipersekitaran Masjid Nabawi

Hotel Madinah Movenpick Dari Jalan Belakang

Gerai Makan Indonesia Ditengah Madinah

Selepas solat terus pulang ke hotel bersarapan yang disediakan secara "buffet" . Jam 9.00 pagi satu ceramah diadakan oleh seorang ustaz sebagai pengisian rohani . 

Tertarik dgn kata-katanya antara lain mengenai kita semua para jemaah tak kira dari mana kita datang, pangkat kita, kedudukan kita, darjat kita, kekayaan kita dan apa jua pun "ADALAH SAMA DI SISI ALLAH, YANG MEMBEZAKAN KITA DI SISI ALLAH ADALAH AMALAN KITA DAN KETAQWAAN KITA" Ia juga memetik antara "KEUTAMAAN " dan "KEPERLUAN" kita semasa kita di sini . "KEUTAMAAN" kita di sini ialah mengerjakan haji dengan sempurna dan mengisi masa yang terluang dengan amalan-amalan sebaik mungkin . "KEPERLUAN" kita di sini pula ialah makanan, tempat rehat dan sebagainya.

Suasana Selepas Asar

Suasana Selepas Magrib

Jemaah dari negara Turki dan Indonesia serta India telah kelihatan agak ramai di sini. Kuota jemaah yang paling banyak ialah Indonesia seramai 214,000 diikiuti India hampir 150,000 , Turki hampir 130,000. Jemaah Malaysia kuotanya hanya 26,000 sahaja. 

Kuota jemaah dikira 1 % dari keseluruhan penduduk bagi negara yang majoritinya beragama islam.Jemaah haji Turki mudah dikenali kerana bagi lelaki mereka memakai pakaian ala "bush jacket" berwarna kelabu dan tertera bendera Turki di tampal di baju itu dan pengelola mereka serperti "DIYANET", "TURSAB" dll. Mengambil tempat sebelum solat Magrib di tengah-tengah Masjid Nabawi di kawasan yang dinaungi payung besar yang akan ditutup menjadi tiang menara secara automatik sebelum masuk waktu magrib. Jemaah yang memenuhi masjid ramai. 

Ada yang cuba masuk ke kawasan saf hadapan berhampiran "raudah" dengan melangkah jemaah lain yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sehingga ada memegang kepala orang yang dilangkahnya.

Payung Besar

Menjelang Magrib

Suasana Damai Menjelang Magrib

Diantara keistimewaan Madinah ialah bumi yang subur dan makmur.

Bumi Madinah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesiapa yang di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir.”

0 comments:

Catat Ulasan