WARGA SCP

Khamis, Ogos 27, 2009

DAY 18 02/12/2007 AHAD

SUASANA DI LUAR MASJIDIL HARAM



SUASANA DILUAR MASJIDILHARAM

BAIT AL ABRAJ HADAPAN MASJIDILHARAM

BAIT AL ABRAJ

TERLALU RAMAI JEMAAH BERTAWAF

KEPADATAN MULA DIRASAI

BETAPA RAMAINYA JEMAAH PULANG SELEPAS SOLAT

SELEPAS PULANG SOLAT

DALAM BAIT AL ABRAJ

STARBUCK DI BAIT AL ABRAJ

Subuh ke Masjidil Haram agak awal , terus menuju ke laman kaabah untuk melakukan tawaf sunat. 20 minit juga masa diambil utk sampai ke laman kaabah . Ramai jemaah yang duduk di kawasan pejalan kaki sehingga menyebabkan kesesakkan. Ramai jemaah suka duduk di tangga menuruni ke laman kaabah walaupun banyak papan tanda meminta para jemaah agar tidak berbuat demikian. Pada waktu2 pagi begini, tiada anggota polis yang bertugas menyebabkan mereka duduk sesuka hati tanpa memikirkan orang lain .
Suasana kawasan tawaf juga agak padat dan mencabar . Pusingan tawaf kerap kali terhenti terutama selepas penjuru Hajarul Aswad menuju Rukun Iraqi. Tolak menolak, siku-menyiku berlaku terutama bagi jemaah yang ingin memotong orang yang di hadapannya. Apabila ini berlaku akan menyebabkan kita seperti mengikut arus gelombang yang besar. Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan seperti yang pernah saya katakan, ia ibarat "domino" . 

Keadaan bertambah teruk apabila ada jemaah yang ingin keluar dari tepi kaabah melintas terus di hadapan kita seperti keretapi dgn 5-6 jemaah "menongkah arus".Begitu juga dgn jemaah yang dari luar yg ingin merapati kaabah. Hampir 1 jam lebih juga baru selesai tawaf. Baju kurung melayu telok belanga yang ku pakai basah dek peluh. Tapi walau macam mana kesukarannya, hanya hati ini saja yang tahu betapa nikmatnya melakukan tawaf yang mengantikan solat sunat tahyatul masjid.
9.00 pagi bersiar2 di sekitar Masjidil Haram sehingga ke "pasar zink" . Aktiviti perniagaan sungguh rancak sekali yg rata2 fasih berbahasa melayu. Sebagai tips, semasa musim haji ,jika ada yang berkenan di hati untuk di beli , boleh berbuat demikian dalam masa 2 minggu lagi sebelum wukuf kerana di sini, harga barangan dan juga makanan akan melambung naik menjelang hari wukuf. Barangan di sini tidak mempunyai tanda harga seperti di tempat kita . Jadi kenalah pandai tawar menawar . 

Tapi kalau makanan, tidak boleh tawar menawar. Sebagai contoh kami selalu juga membeli makanan di TAZA BBQ di Hilton Tower bila ingin menukar selera. Bagi 1 set "whole BBQ Chicken dan roti nan" harganya 12 riyal . Tapi 1 minggu menjelang hari wukuf telah melambung ke 14 riyal dan 2 hari sebelum hari wukuf sehingga 20 riyal. Begitu juga "barber" atau tukang gunting rambut. Bagi perkhidmatan mencukur kepala sehingga botak, hanya 5 riyal, tetapi apabila tiba hari wukuf bayaran perkhidmatannya meningkat 20 riyal sehingga 50 riyal.


JEMAAH HAJI INDONISIA BERSKAF HIJAU YANG
BARU SAMPAI DI MAKKAH



KAIN YG DIRENDAM DGN AIR ZAM-ZAM

KAIN TERSEBUT DIGULONG UTK DIBAWA PULANG


Dalam perjalanan pulang ke hotel, tertarik dgn sekumpulan jemaah dari India yang sedang menjemur kain putih di tepi tembok berhampiran Masjidil Haram. Bagi jemaah dari India, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang air zam-zam ke negara mereka selepas pulang dari menunaikan haji oleh pemerintah mereka.

Oleh itu , mereka akan membeli kain putih yang panjang (sekayu) dan kemudiannya akan merendamkannya dgn air zam-zam. Kain tersebut akan dijemur sehingga kering utk dibawa balik. Apabila tiba ke kampung halaman mereka selepas menunaikan haji, mereka akan merendam kembali kain tersebut dgn air dan "itulah air zam-zam mereka hasil dari rendaman tadi" untuk diberikan kepada saudara atau rakan yang memenziarahi mereka. . Betapa bertuahnya kita kerana tidak perlu berbuat demikian.



PENGANGKUTAN ALTERNATIF

6 ulasan:

  1. salam En Rezeki,

    haaa...harini hanis dapat tengoh dah gambar jemaah india tu..kalau dak hanis dok baca story aje...betul laah..kesian sungguh depakan...sampai nak bawa balik air zamzam pon tak boleh...betapa beruntungnya kita...tida halangan tuk tu semua...

    sekian, terima kasih..

    BalasPadam
  2. Salam hanis,
    mmg kita bertuah, kerajaan mereka mmg takut betul dan fobia dgn air zam2 sampai mengenakankan larangan sedemikian.Tu sebab banyak kain putih yg berkayu2 dijual kat kedai kain psl ada permintaan dari jemaah dari india.
    Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. salam
    menumpang lalu

    saya belajar sesuatu yang baru hari ini.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  4. Salam Khairyn,
    alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Dear Rezeki.
    Heh3...sekarang dah tahu pasal apa nama tu "rezeki". Seronok jumpa sambil minum teyy tadi...thanks for coming!

    BalasPadam
  6. salam uncle

    he he he saya pun seronok dpt jupa uncle, byk kisah nama rezeki tu he he he

    BalasPadam