WARGA SCP

Sabtu, Ogos 29, 2009

DAY 24 08/12/2007 SABTU


Susana dalam MasjidilHaram


Peminta sedekah kanak-kanak yg cacat


Suasana atas bumbung menjelang subuh


Jemaah disebelah ku terpegun menatap Kaabah
tanpa berkelip


Alhamdulillah,hari ini niat dan hajatku yang terpendam hampir tercapai. Aku telah menanamkan niat ku pada kunjungan pertama ku ke tanah suci semasa melakukan umrah dan ziarah pada tahun 2005. Aku dan isteri ku ingin menunaikan rukun islam ke 5 ini menunaikan haji sebelum umur ku 40 tahun kerana pada ku perkara ini tidak boleh ditangguh-tangguh. Bila-bila saja kita boleh dipanggil pergi tak kembali oleh pencipta kita Allah S.W.T. 

Alhamdulillah hasrat ku bakal tercapai. Hari ini 08/12/2007 umur ku meningkat lagi dan masuk 40 tahun. Pengalaman yg sangat indah menyambutnya di tanah suci Makkah Al Mukarammah. Satu lagi fasa dalam perjal;anan hidup ini di dunia yg fana’ dalam menuju negeri akhirat yg kekal abadi. Janji Allah itu benar.

Subuh kami telah ke tingkat 3 (atas bumbung) sambil menunggu solat subuh. Kali pertama kami bersolat di atas . Perjalanan menuju ke tingkat 3 boleh menggunakan "oscilator" yang disediakan utk kemudahan jemaah. Masih awal lagi dan jemaah di tingkat atas belum begitu ramai. Namun ramai jemaah yang melakukan tawaf di situ dan yang menolak kerusi roda pun sama. Suasana di atas sgt tenang dgn berbumbungkan langit . Kami menikmati permandangan kaabah dgn jemaah yang ramai dari tepi pagar. 

Sungguh indah, pemandangan dan suasana yang tidak pernah jemu-jemu walaupun setiap hari senarionya sama sahaja.Cuma kita perlu berhati apabila berada di sini terutama pada waktu subuh kerana terdapat banyak "belalang kunyit" yang besar berterbangan . Cuba elakkan dari terpijak atau terduduk ke atasnya . Teringat beberapa pesanan adab-adab ketika berada di tanah suci, antaranya:

1. Menunjukkan akhlak yang mulia
2. Menyedari diri ini sedang menjadi tetamu agung kepada ALLAH.
3. Menyedari perjalanan haji adalah perjalanan ibadah bukannya makan angin
4. Bersyukur dan reda dgn apa yang disediakan oleh Amirul Haj (pemerintah )
5. Menjauhi percakapan dan perbuatan keji serta sia-sia.
6. Elakkan sikap sombong dan takbur.
7. Bersyukur dan mengambil iktibar daripada kekurangan jemaah negara lain
8. Elakkan pertengkaran dan perlu bertolak ansur.
9. Perbanyakkan ibadat seperti membaca Al-Quran, iktikaf,doa,taubat dan istigfar
10 Hidupkan semangat tolong-menolong dan berkerjasama.


Bukan selalu dan senang untuk dapat menjadi tetamu ALLAH. Kuota bagi negara kita hanya sekitar 26,000 jemaah sahaja setiap tahun. Ada yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu sehingga 5-7 tahun sebelum dapat menunaikannya. Ada yang dah dapat pergi, tetapi terpaksa menangguhkan pemergian kerana faktor keewangan dan lain-lain. 

Ada yang dah kira berkemampuan , tapi mungkin belum terbuka hatinya lagi. Jadi kami mengambil semuanya ini sebagai satu iktibar dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hajat kami untuk menunaikan fardhu haji tercapai dalam usia yang masih muda. 

Kami cuba melakukan yang sebaik mungkin di sini dan berdoa agar segala ibadat kami diterima olehNYA dan dikurniakan haji yang mabrur dan menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya di dunia dan akhirat.Kalau nak kira, akaun dgn TH dah lama buka, Cuma baru je mendaftar utk menunaikan haji pada tahun yang sama. Tapi Allah mendengar permohonan hambanya ini. Allah maha mengetahui apa yang terbaik utk hambanya ini dan semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz.


Hari ini aku meniti sejarah pembinaan kaabah .Shaadharwaan merupakan binaan yang berbtk melengkung di bawah dinding Kaabah sampai ke lantai kaabah kecuali Hijir Ismail. Di atas Shaadharwaan inilah, jemaah berdiri sambil berdoa kepada ALLAH dengan merapatkan perut,dada , lengan dan muka mereka. 

Tujuan asal pembinaannya ialah untuk melindungi kaabah dari aliran air dan untuk mengikat tali kiswah pada gantungan yang berbentuk bulat yang terdapat padanya.Ia juga utk menghindarkan jemaah yang bertawaf dgn bergesel dgn kiswah dan dinding kaabah. Batu2 yang digunakan utk menutup Shaadharwaan ialah dari jenis marmar yang keras.

5 ulasan:

  1. Salam RZ,

    u memnag hebat la, sampai orang terpegun pun u boleh snappppppp. memnag habt tahniah.

    Selat terus berpuasa semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah

    BalasPadam
  2. Rezeki...bestnya tgk gambar2 ni, tambah gelora di jiwa, bila agaknya dijemputa ke sana lagi.

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    Betul la Imran. Pandai CR ambil gambar drpd sudut yang sangat manarik. ada senik

    BalasPadam
  4. Salam CZ dan IP,
    saya mmg suka memerhatikan telatah, gelagat manusia secara spontan. itu yg kat makkah kalau lps bf atau mkn tgh hari suka sgt duduk dpn tangga luar hotel memerhatikan keadaan telatah manusia. kalau sempat hp ini akan merakamkan situasi sedemikian yg pasti takde replay.
    Banyak2 lagi gmbr2 yg menarik , insyallah akann menyusul dlm setiap N3,

    p/s : CZ dan IP, i baru sampai rumat kat KT dari muar.esok rehat satu hari. tapi i dh minta my mrs masak ketupat, rendang , lodeh,sambal kacang sementara anak2 belum balik lagi. Daun kelapa dah ambik dah. Nampak gaya kami raya dulu ye CZ dan IP. Anak bulan telah kelihatan di KT ha ha ha

    BalasPadam
  5. Salam IP,
    kami dh daftar semula dgn TH , insyallah 2020 kalau dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. Biasanya lebih cepat dr tarikh itu,IP kalau ada kelapangan pergilah lagi dari France psl i rasa kuota dan peluang "duniawi" dari France lebih bsr dari Malaysia psl 1% dari penduduk malaysia mewakili 26,000 jemaah je setahun dan waiting list sekrg sgt panjang.
    Walaubagaimanapun kita tak tahu apa yang telah tertulis dalam buku kita yg ALLAH sahaja mengetahui

    BalasPadam