WARGA SCP

Ahad, Ogos 30, 2009

DAY 27 11/12/2007 SELASA

Jalan raya sentiasa dipenuhi para jemaah

Suasana jemaah yg pulang dari Masjidilharam
menghala misfala di depan hotel penginapan



Kalau hilang pasangan, mmg agak sukar kerana semuanya
hampir sama dan putih


Alhamdulillah, suhu pagi ni sekitar 32 c. Lebih kurang macam di Malaysia. Namun di sini kita jarang berpeluh tidak seperti di nagara kita kerana cuacanya panas dan kering. Namun kita mesti memastikan supaya sentiasa minum air , terutamanya air zam-zam kerana dikhuatiri berlaku kekurangan air dalam tubuh badan kita tanpa disedari.

Suasana kota mekah semakin meriah. Hari ini kami mendapat berita yang pemerintah Arab Saudi telah memilih 18/12/2007 bersamaan hari Selasa sebagai hari wukuf . Ini bermakna lagi lebih kurang 7 hari lagi akan tiba kemuncak bagi musim haji yang ditunggu2 oleh semua jemaah yang mengerjakan haji . Kami juga telah dinasihati oleh pihak Tabung Haji agar tidak melakukan umrah sunat menjelang seminggu hari wukuf dan sentiasa menjaga kesihatan diri.Hari wukuf merupakan hari yang dinantikan oleh semua jemaah yang merupakan salah satu rukun dalam mengerjakan ibadat haji. Tiada haji bagi seseorang sekiranya ia tidak berwukuf di Padang Arafah walaupun puluhan ribu ringgit yang dikeluarkan utk datang ke Mekah.

Kerajaan Arab Saudi juga telah menjalankan kerja2 penambahbaikan di kawasan Arafah dan Mina menjelang hari wukuf. Ini semua dapat dilihat melalui berita dan suratkhabar. Kami di sini setiap hari membeli akhbar ARAB NEWS yang berbahasa Inggeris berharga 2 riyal utk mengetahui berita setempat. Namun akhbarnya bukan seperti akhbar kita dan nipis sahaja dan sangat terhad. Kemungkinan besar membaca akhbar bukan budaya orang arab dan mereka lebih menitikberatkan membaca Al-Quran . Untuk mengetahui berita di tanah air pula , pihak pengurusan THTS akan menampalkan petikan berita yang diambil dari internet di papan kenyataan . Jadi kami di sini tahu serba sedikit perkembangan di tanah air seperti berita banjir dan masalah yang ditimbulkan oleh Hindraf. Masalah komunikasi dgn anggota keluarga di Malaysia pula terutama anak2 tidak timbul kerana kemudahan telefon bimbit . Selang 2-3 hari , kami akan menelefon mereka utk bertanya khabar .

Menjelang hari wukuf , pihak berkuasa Arab Saudi juga telah menyediakan jadual perjalanan dan pergerakan jemaah mengikut maktab ke Arafah dan Mina mengikut masa . Maktab di sini bermaksud lokasi sesuatu tempat seperti bagi kawasan hotel kami maktab 105. Jadual perjalanan disusun sedemikian rupa kerana lebih kurang 3 juta lebih jemaah yang akan bergerak ke Arafah . Sekiranya kesemua jemaah bergerak serentak , maka kesesakan lalulintas yang "dahsyat" akan berlaku . Itu sebabnya sebelum ini , kita sering kali terdengar cerita yang ada jemaah yang berangkat ke Arafah mengambil masa sehingga lebih 24 jam utk sampai ke sana sedangkan jarak antara Mekah dgn Arafah hanya 21.9 km sehinggakan ada jemaah yang meninggal dunia samada di dalam bas atau di Padang Arafah . Oleh itu , mereka telah menyediakan jadual perjalanan mengikut masa dan lebuhraya tertentu menuju ke sana yang perlu dipatuhi.

Malam ini juga kami mengikuti ceramah agama berkaitan ibadat haji di hotel penginapan . Ceramah malam ini berkisar tentang amalan-amalan dan adab di Mudzalifah seperti bertalbiah, berzikir , bertadarus dan berdoa sepanjang berada di sana kelak. Hanya menghitung hari sahaja menunggu tibanya hari wukuf nanti dan sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar kami dapat menjalani ibadat haji dengan baik dan sempurna dan diberikan kesihatan yang baik dan segala kemudahan dalam mengerjakannya. Menunggu hari wukuf dengan penuh debaran .

Alhamdulillah

2 ulasan:

  1. Rezeki...saya gi haji pada musim yg lalu (Nov 2008) sbg Jemaah Haji Luar Negara Tabung Haji...saya berlepas dr Paris...seorang diri. Tak sempat belajar apa2 langsung melainkan buku2....mcm2 rasa semasa nak pegi...tp saya yakin 1 - Allah tak mungkin memayahkan hambaNya yg telah dijemput sbg tetamuNya. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar, betul2 saya dilayanNya bagai tetamu Istana. Pjgn citenya Rezeki, harapnya 1 hari nanti dpt say bingkiskan dlm blog saya (sekurang-kurangnya).

    Rezeki, thanks for sharing ur story...saya pun berdebar nak baca catatan Padang Arafah yang Rezeki alami.

    BalasPadam
  2. Salam IP,
    Alhamdulillah, selagi kita yakin Allah bersama2 kita, insyallah.

    surah al-Mukminun ayat 80:
    “Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?”

    Harap dapat berkongsi cerita dan pengalaman yg IP lalui di sana sebagai panduan

    p/s : hari ni kami berbuka mcm mkn raya, sementara anak2 blm balik, mrs masak ketupat, rendang, sambal goreng dan sambal kacang. Hanya ingatan buat IP yg di perantauan , kalau dokat, dah suruh anak hantarkan.

    BalasPadam