WARGA SCP

Khamis, September 30, 2010

ASAM PEDAS, kau tetap menjadi pujaan hati ku


cik som sedang melengkar atas ayam tu

asam pedas ayam
kalau guna ayam
tak sesuai letak terung atau bendey
sesuai letak kentang

kat header tu,
asam pedas ikan pari

ALHAMDULILLAH

Kalau cerita lauk asam pedas, selalunya kat mana2 mesti bahan utamanya ialah ikan. Tak kiralah ikan apa pun, siakap ke, kembung ke , pari ke

tapi tak pernah pulak jumpa ikan betok masak asam pedas

tentu ramai yang tak pernah tengok rupa ikan betok ni hehehe

Tapi sesekali kalau ditukarkan dari ikan ke ayam pun sedap juga

bahan2 lain dan cara memasaknya masih sama juga

Dulu masa aku masih bersekolah, aku membesar dengan air tangan masakan ibu ku,

sekarang pula aku membesar juga dengan air tangan isteri ku pula sampai aku terlebih besar da hehehe

2 hari lepas aku ada menerima kiriman sms dari Duta Sedang Jepun di Malaya minta resepi asam pedas,

SMS nya berbunyi

"arigoto mas sak as sam pe das haitttt, banzai "
mengikut kefahaman aku maksudnya
"kang mas , resepi asam pedas ada tak" ,
tapi bab "banzai" tu aku pelik sikit , rasanya kalau tak dapat resepi, dia nak pancung aku hehehehe


BAHAN-BAHAN UTAMA
- ikan atau ayam (kalau kat Russia dia pakai daging beruang)
-6 sudu lada kering yang telah diblender,kalau belum blender lebih kurang rm1 lada kering . (kalau nak piaw) letaklah bang 6 gayung hehehehe
-5-7 ulas bawang merah
-2-3 ulas bawang putih
-1-2 cm halia (jangan pulak pi ukur bang sekaki halia pulak)
-sedikit kunyit hidup
-sedikit belacan (kalau orng dedulu siap dia bakar lagi belacan tu kat api dapur)
-seikat daun kesom ( kalau takde pakai daun terup je )
-sekuntum bunga kantan dibelah 4( kalau tak pakai pun boleh daun kantan ni)
-air asam jawa totok
-3 hingga 4 cawan air, air dalam lesung yg buat tumbuk tadi pun boleh, ( ikut sesuka hati nak pekat ke cair)
-garam ( isteri ku tak pernah letak ajinomoto dan mmg takde kat rumah dan tak bagus utk kesihatan)
-sayurnya boleh letak bendey atau terung

KEMUDIAN

bahan2 seperti lada lada kering,belacan, bawang, halia,kunyit diblender halus,kalau lada kering nak asingkan pun boleh, nak campur sekali dgn bawang2 tadi masa blender pun boleh .Kalau rajin, boleh tumbuk pakai batu lesung ditumbuk lumat, tapi lada kering asingkan, kalau tak ,mau masa tumbuk nanti masuk mata , dah bukan dapat asam pedas , nanti dapat MATA PEDAS hehehe

kalau zaman atuk aku dulu semua digiling pakai batu giling , sekarang dah ada blender

CARA MEMASAK

-ikan tadi disiang dan dibersihkan, kalau jenis ikan mayong ke atau keli dan sembilang , boleh cuci dengan air asam untuk hilangkan bau , kalau ayam atau ikan siakap rasanya cuci begitu je pun boleh

-panaskan kuali dengan minyak (bukan minyak urat ye)

-ceburkan bahan2 yg telah dikisar atau digiling atau ditumbuk tadi dalam kuali

-kacau dan tumis sehingga wangi dan garing ,jangan pulak sampai hangit.
kalau lada kering tadi kita tak campurkan dengan bawang dan seangkatan dengannya masa blender , boleh masukkan sekarang dan kacau hingga garing, bau tumisan tu yang buat hati kita bergelora


-sesetengahnya letakkan daum kesom masa menumis utk naikkan bau, sesetengah pula daun kesom atau bunga kantan diletakkan kemudian bila hampir memasak , kesimpulannya ikut suka hati tukang masak la hehehe

-setelah naik minyak, baru masukkan ikan atau ayam dan kacau beberapa minit hingga sebati dengan bahan yg ditumis tadi.

-campurkan pula air asam jawa totok dan air . Kacau hingga mendidih.

-baru masukkan bendey atau terung serta garam secukup rasa dengan api yang sederhana dan pastikan kuahnya ngam-ngam soy pekat nya dan tak terlalu cair

-akhir sekali takkan pak itam nak ajar pulak, tutuplah api tu hehehehehe

Sebenarnya sesetengah tempat , depa dah tambah memacam bahan lain selain dari di atas,
ada yang suka letak lobak masin, ada yang letak daun limau purut, sesetengah org yang tak suka belacan, dia tak letak .Ada pula siap letak gula lagi.

selamat mencuba dan pak itam tak bertanggungjawab tau atas segala musibbah yang bakal melanda selepas kalian cuba resepi ni hehehe

Bak kata seorang penceramah tu
Anda buat , anda dapat
hehehehe

Rabu, September 29, 2010

HC a.k.a HIGH CASTLE a.k.a HIGH CHAPERAL

5.45M lebih kurang 20 kaki juga
disukat di menara jam ni

ALHAMDULILLAH,

Aku sebagai tuk ketua HC berasa sungguh bangga dan bersyukur kerana pekan HC ni semakin hari semakin membangun macam bandar Tokyo 500 tahun dulu la hehehee

Sebenarnya , bandar HC telah dibangunkan semula selepas banjir besar yang melanda penghujung 2006 dan awal 2007 .

Apabila aku melihat kesannya melalui aras penanda ni,
rupa2nya masa tu di situ hampir 20 kaki juga ( 5.45 m).
patutlah semua hampir tenggelam


Pekan HC ni takdelah besar mana pun , tapi yang pasti semua kemudahan ada kerana HC ialah salah sebuah daerah yg membentuk negeri Johor.

Penduduknya pula ramai yang bekerja di sekitar JB , tu sebab kesesakan lalulintas di HC menghala ke JB setiap pagi bila org nak pi keja dan petang bila pulang dari keja mengalahkan kesesakan di lapangan terbang Heathrow

Yang memakmurkan para peniaga di pekan HC ialah penduduk2 yang tinggal dipersekitaran kerana terdapat lebih dari 20 felda mula dari Felda Pasak , Air Tawar 2,3,1,4,5 Semenchu,Sg Mas,Adela, Tunggal, Sening , Kledang

Tu belum lagi Lok Heng, Aping Barat,Aping Timur Waha , Easter yg terletak di timur HC
Kekadang pelek juga nama felda ni ,seaakan2 nama cina pulak mcm Aping dan Lok Heng. Easter ni pulak mcm nama org putih pun ada.


Sekarang premis2 perniagaan yang dibina di HC rasanya lebih banyak dari penduduknya.
Tapi kalau ke HC, jangan pulak cari panggung wayang pasal lagi dulu memang takde, nightclub dengan pub pun takde rasanya .

Moga2 pekan ku terus maju dan makmur dijauhkan dari bala bencana dan malapetaka seperti banjir besar dahulu kerana aku dah rasa kesannya dan peristiwa aku jatuh tangga
"dum,dum,dum,dum,dum,
terduduk dulu dari atas kebawah semasa mencuci rumah selepas banjir masih terasa hingga kini .

sekarang
dulu masa banjir

sekarang
dulu masa banjir

Selasa, September 28, 2010

ROADTAX BASIKAL


ALHAMDULILLAH

Semalam petang , takde keja, aku pun apalagilah
beroperasi menanggalkan roadtax keta mak itam yang nak mati 28 hb September ni
dgn roadtax yang baru diperbaharui oleh budak kerja ku sebelah paginya

Nak tanggalkan pun satu hal juga
gam yang lama habis melekat kat cermin
kena bersihkan dulu , sental kasi buang
baru boleh lekat yang baru

setahun rm438 untuk 2000 cc ,
nanti tahun depan benda yang sama juga
insurance pula dah 55% NCB + 5 % extra lagi

bila lihat roadtax tu, aku terkenang masa zaman remaja ku di Muar
masa tu muar kira mcm Amsterdam dan bandar2 lain di Belanda kerana
basikal lebih banyak dari orang .

Cuma kat Amsterdam , banyak terusan
tapi kat Muar pula banyak parit,
parit bakar ada, parit amal ada, parit keroma ada, parit sakai ada
bak kata orang segala atuk nenek parit ada di Muar
kira kalau dedulu takde duit nak pi Belanda, kira pi Muar pun oklah
Gambaran
Parit Sakai, Parit Amal,Parit Bakar, Parit Tiram
tapi kat Amsterdam hehehe


Aku masa tu punya sebuah basikal jantan yang berpalang di tengahnya
perewelnya aku dah ganti dengan perewel mati
senang nak berlumba nanti balik sekolah

tapi masa tu, setiap basikal di Muar kena ada roadtax juga
setahun rm5 , masa tu besar sangat nilai tu

aku masa tu tgh sekolah, mana mampu nak bayar roadtax basikal
jadi aku buat dek je
lagi pun bukan ada roadblock mcm sekarang
kerana yang kuat kuasakan roadtax basikal tu ialah MDMS (Majlis Daerah Muar Selatan)

roadtax tu berbentuk bulat lonjong sikit, siap kena letak kat dalam bekasnya
dan pamerkan di tepi sepit udang nasikal tu

Nak jadi cerita, suatu hari aku pun mcm biasa pegi ukur bandar hehehe
basikal parking kat tempatnya dan siap kunci yang jenis selak je kat tayar belakang tu
lepas puas ukur bandar, time nak ambik basikal je

"Alamak , basikal dah hilang wooooooooooooooooo"

aku buntu kerana yang pasti bila balik

pertama : kena bambu dgn ayah
kedua : silap hari bulan kena belasah hehehe

tiba2 tuan kedai Toko Manap tempat aku parking tu cakap

"Dik, tadi ada operasi MDMS, sapa basikal takde raodtax
mereka angkat naik lori "

Hati ku lega sikit, terus aku menapak ke pejabat MDMS
berlambak basikal kat situ
semua takde road tax

nak lepas kena bayar denda RM25 dan buat sekali roadtax basikal

hehehe

nak tak hendak , aku balik dulu naik bas
cari duit dulu kat umah pasal duit nak tebus basikal tu tak cukup

Itulah, jangan ingat kereta je ada roadtax
basikal pun ada wooooo
rasanya kat Tanah Melayu masa tu
kat Muar je basikal kena ada Roadtax

sape org muau, pasti tahu cite roadtax basikal ni

Isnin, September 27, 2010

JOM KE BANDUNG KITE

ALHAMDULILLAH

Kelmarin , pak itam berpoya2 dgn mak itam ,
pi dating berdua, kemudian "have a heavy lunch" kat JB,
kami pekena nasi mandey, hummus yg dgn roti besar macam sport rim saiz 15 inci tu
sambil hirup sup lentil ,
jadi ahad ni kami tak bercadang nak makan nasi.

Tekak teringin nak makan mee bandung
lalu kami pun terbanglah ke Bandung , Indonisia
kerana dah namanya Bandung ,
tentu ada mee bandung dan enak rasanya.

airport Bandung

Turun je flight, terus menuju ke warung berdekatan
lalu berkata,

"Pak, mee bandung loro (dua)"

jawab si pelayan

"di sini enggak ada menu tu pak "

"Lorrr, katanya bandung, tentu ada mee bandung"

Dengan perasaan hampa,
kami pun itu jam juga naik balik flight untuk pulang.
Dulu masa kami Hong Kong,
menu mee hong kong pun takde

Lepas tu pernah sekali pi Pattaya,
ingat nak pekena Nasi Goreng Pattaya,
pun hampa juga

Siapalah yang pepandai letak nama menu tu

Akhirnya, pak itam pun jumpalah dek non kesayangan ku
dengan nada manja dan memujuk,

"Dek non itam, aku kepingin makan mee bandung"
"Baik lah Kang Mas"

Inilah hasilnya,
Mee Bandung Muar hasil air tangan dek non itam ku
not Mee Bandung Bandung

"Terima kasih dek non"

sendiri nak makan
memacam rencah ada

daging tetel ada

sotong kurita ada



Jumaat, September 24, 2010

KARI NASI KANDAR MAMAK KU


ALHAMDULILLAH

Kat tepi pondok kami tepi hutan ni , memang takde restoran nasi kandar . Tapi tekak ni gatal la pulak nak makan kari nasi kandar.

Tempohari aku ada terbaca sejarah nasi kandar . Dedulu sebenarnya , golongan ni mengandar nasi di kawasan pelabuhan untuk buruh2 yang bekerja di situ. Tu yang dapat gelaran nasi kandar .

Lauknya pula ada telur dalam kari , nasi serta sayur je. Bukan mcm sekarang yang pelbagai jenis lauk pauknya.

Harganya dulu cuma sehinggit ke sehengget setengah je

Nasib baik dulu, depa kandar , maka dapatlah nama nasi kandar ,
kalau depa dukung atau kelek ke, dah namanya sekarang nasi dukung atau nasi kelek, bukan nasi kandar.
Lebih malang kalau dulu mereka jalan sambil terkemut2, ialah berat benda tu, mau sekarang namanya nasi kemut. Ada orang ka nak makan nasi kemut hehehe

Sekarang kalau makan nasi kandar takde 8-10 hengget sepinggan, bukan nasi kandarlah namanya

Lebih2 lagi kalau lauk yang pelik sikit macam telur ikan , telur dinasour dan sotong kurita. Tapi nak makan punya pasalkan .

Aku pulak lagi dulu bukan dibesarkan dengan aroma kari dan nasi kandar ni , Dah tua2 ni baru aku kenal nasi kandar ni .

Semalam , menteri dapur ku masak kari dan kena pulak nasi lembek sikit, terubatlah rindu ku pada nasi kandar ni , sib baik aku nampak rupa isteri ku masih sama, bukan rupa mamak nasi kandar hehehe

ikan tenggiri fresh

daging rimau masak sambal ala asam pedas pekat
yang ni mamak nasi kandar kat kedai tak pandai masak

aku tanya adinda mamak ku, apa yg hitam2 tu ,
dia kata biji sawi yg hitam2 tu


Khamis, September 23, 2010

KEMBALI KE FITRAH


ALHAMDULILLAH

Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari, menurut kata orang, itulah salah satu tanda di akhir zaman.

Sebelum raya , anak ku yang di asrama telah pulang bercuti bersama kami , kakaknya pula di ibukota juga bercuti.

Suasana teratak kami juga kembali riuh dengan suara mereka dua beradik .

Sabtu lepas , kami hanya menghantar Bintat ke Senai utk kembali menyambung pelajarannya yang kelas akan bermula pada hari isnin.



lepak anak beranak kat coffee bean
sambil pekena hot choclate dan caramel copuchino

Terminal baru di Senai telah mula beroperasi setelah dibina memakan masa hampir 2 tahun juga , tapi kedai2 masih belum beroperasi. Hanya kedai2 yg lama di terminal lama masih beroperasi. Luas, cantik dan lebih selesa , tentu akan memberi keselesaan kepada bakal2 haji dan keluarga yang menghantar nanti tak lama lagi ni . Kalau tak mcm tahun2 yang sebelumnya, bersidai mereka di tepi kaki2 lima dan mana sahaja tempat yg difikirkan sesuai, bentang tikar.

Balik dari Senai, terus ke bandar JB melalui lebuhraya PLUS, di penghujungnya ada pulak pak traffic sedang melakukan operasi "speed trap" , mula2 mereka nak tahan aku, tapi lepas tu tak jadi pulak , mungkin salah keta rasanya , pasal aku bawak keta ni yg pletnya tulis jawi alif , ba , ta hehehe .

Aku pun bawak mengikut had laju 110 km sejam.

tambang air asia murah berbanding firefly ke KL
boleh tahan bezanyanya
tapi lebih baik naik firefly kalau ke KL
walaupun mahal tapi ia turun di Subang berbanding Air Asia di LCCT
datangnya sama juga krn LCCT nun jauh di ceruk hutan
bukan main jauh nak ke KL berbanding Subang
itulah akibat monopoli ...
cuba fikir2kan

Singgah di LC Catering di jalan Tebrau . Dulu catering ni yang masak masa Mawi kawin dulu. Terkenal dengan menu Pecal Lele dan ayam penyet . Tapi kami hanya memesan nasi goreng ayam, telur bungkus dan tom & jerry hehehe tom yam

Nampak pula jus manggo , terus teringat kelazatan jus manggo di Makkah yang sebotol besar 4 riyal yang aku dok togak setiap hari . Walaupun di sini rasanya tak sama, namun dapatlah mengubat sedikit rindu .

Memang berasa masakannya dan kuantitinya berpatutan pula dengan harga
Azan magrib berkumandang membuatkan ku berhenti seketika dan bersolat di surau yang disediakan disitu . Tapi takde tanda kiblat pula di dalamnya, maka kami pun ambik keputusan ikut je lah arah sejadah dibentang. Selesai solat , kami ditegur,

"tok , kiblat tok tadi arahnya ke China, ke Makkah di sana "
hehehe

Petang Ahad pula , si Buntat pula dihantar ke asrama pula.

Tinggalah kami berdua saja , maka episod lama berulang kembali,
"i pandang u"
"u pandang i "
" dan hari pun malam "

seperti biasa kerana kedua2 anak kami "Buntat" dan "Bintat" dah balik.
Nasib baik ada haiwan peliharaan ku yang menjadi penghibur seperti Onchu , Onche and The Gang.

Bak kata org tua2

anak ramai pun esok2 tinggal berdua,
anak sikit pun sama juga.

semua ibubapa akan mengalaminya, cepat dgn lambat je

Akhirnya tinggal berdua juga, dan bila mati pula masuk ke lubang kubur seseorang juga,

kembali kita kepada Fitrah

Rabu, September 22, 2010

JUMPA NASI DAH MASUK MAGRIB

ALHAMDULILLAH

Dah 2-3 hari ni , kami jumpa nasi dah masuk magrib juga . Kekadang petang aku dah tanya menteri dapur ku

"ling , makan apa kita petang ni "

menteri dapur ku hanya tersenyum je sambil berkata

"u jangan masuk dapur, tak muat " hehehe

kalau bulan ramadhan , selalu banyak juadah sampingan yang boleh dibeli di bazar ramadhan, tapi sekarang bulan syawal. Tak pernah ada pulak lagi dalam sejarah bazar syawal

Jadi bila azan berkumandang, aku koncentrate kata omputeh betul2 dengan apa yang terhidang , kerana tiada bahan sampingan lain.

teringat kata coach aku masa aku main dengan real madrid dulu, "u have to focus 110 % "

jadi aku pun fokuslah hehehhe

jom kekawan , kita fokus apa yang aku dok mengadap semalam hehehe

petang ni tak tahu lagi apa menteri dapur ku nak masak



* pihak pengurusan SCP tak bertanggungjawab atas segala lelehan air liur
dari paparan dibawah hehehe

sendiri kesatlah hehehe

ada daging dihiris nipis goreng dgn daun kari je

ada tempe goreng utk kesihatan muka ku yg dah kerepot ni


seperti biasa , siakap masak asam pedas letak daun kesom dan bende



sawi jepun goreng



dan paling best
tempoyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

semua foto dirakamkan dgn D5000 kitlens 18-55mm vr ketika remang senja

Selasa, September 21, 2010

PAK ITAM , NAK DATANG BERAYA

ALHAMDULILLAH,

HP ku berbunyi 10.51 mlm 16/09/2010 beberapa hari lalu, namun masa tu aku dah belayar ke Guangzhou . Biasalah , kekadang keletihan siang hari buat ku tidur agak awal . Kemudian nada dering sms pula berbunyi .

Esok jelah baru aku tengok kerana aku tak pasti siapa pemanggilnya kerana tiada nama yang keluar . Rupa2nya MI a.k.a Musafir Islam kata,

" pak itam , nak datang beraya"

"Datanglah MI, pintu pondok kami sentiasa terbuka buat tetamu"

Hari ahad pagi, pak itam pun "memfreekan" diri tapi MI tak nampak2 juga batang hidung , dalam kul 11++ juga baru dia muncul, rupa2nya kat rumah MI tengah buat persiapan untuk majlis tahlil dan open house sekali , tu yang sibuk sikit.

Sambil bual2 , mak itam pun kebetulan tgh masak kat dapur , nak ajak makan asam pedas , menu hari ni nasi ayam madu , jadi itulah yang menjadi hidangan tengahari kami, alhamdulillah .

buah tangan dari MI , terima kasih
tapi lagi 23 tahun baru pak itam baca
pasal sekarang pak itam baru sweet 17
hehehe

Petang pula , seorg lagi kenalan berkunjung bersama anak2nya . Kami mengenalinya pada tahun 2005 semasa bersama2 menunaikan umrah. Sampai2 , dah bertambah lagi seorang anggota keluarganya . Seorang bayi kecil perempuan yang namanya sempena nama hotel tempat penginapan kami dulu semasa 2005 yang diabadikan . Sekarang hotel tu pun dah takde kerana telah di robohkan .

Kami sungguh berbesar hati menerima kunjungan kalian, kalau rakan2 yang lain berkesempatan tersasar ke HC, hubungilah kami . Insyallah, pintu pondok kami sentiasa terbuka dikala hujung minggu jika tiada urusan dan aral melintang.

tandahati dari AZ
time kasih

Isnin, September 20, 2010

KFC ala MAK ITAM : DINNER PLATE ayam with rempah ratus

ALHAMDULILLAH

persediaannya ialah :

1. perut yang lapar
2.tangan yang sudah dicuci
3.pinggan kosong
4.air sirap limau

serta jiwa yang bersih dan tenang

dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim

sungguh enak dimakan begitu saja