WARGA SCP

Rabu, September 22, 2010

JUMPA NASI DAH MASUK MAGRIB

ALHAMDULILLAH

Dah 2-3 hari ni , kami jumpa nasi dah masuk magrib juga . Kekadang petang aku dah tanya menteri dapur ku

"ling , makan apa kita petang ni "

menteri dapur ku hanya tersenyum je sambil berkata

"u jangan masuk dapur, tak muat " hehehe

kalau bulan ramadhan , selalu banyak juadah sampingan yang boleh dibeli di bazar ramadhan, tapi sekarang bulan syawal. Tak pernah ada pulak lagi dalam sejarah bazar syawal

Jadi bila azan berkumandang, aku koncentrate kata omputeh betul2 dengan apa yang terhidang , kerana tiada bahan sampingan lain.

teringat kata coach aku masa aku main dengan real madrid dulu, "u have to focus 110 % "

jadi aku pun fokuslah hehehhe

jom kekawan , kita fokus apa yang aku dok mengadap semalam hehehe

petang ni tak tahu lagi apa menteri dapur ku nak masak



* pihak pengurusan SCP tak bertanggungjawab atas segala lelehan air liur
dari paparan dibawah hehehe

sendiri kesatlah hehehe

ada daging dihiris nipis goreng dgn daun kari je

ada tempe goreng utk kesihatan muka ku yg dah kerepot ni


seperti biasa , siakap masak asam pedas letak daun kesom dan bende



sawi jepun goreng



dan paling best
tempoyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

semua foto dirakamkan dgn D5000 kitlens 18-55mm vr ketika remang senja

18 ulasan:

  1. Salam Pak itam..

    Fuhhhh....sedap nampak menu tuh...
    asam pedas, dan daging goreng, ngan daun kari...boleh cuba try petang nanti....buat berbuka....hehehh

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Pak Itam posa 6 lah ya? W/pun darah akak kacukan Kedah/Kelantan, tapi akak suke tempe goreng.

    BalasPadam
  3. errr...dengan muka tak malu, asam pedas tu ada resipi tak?

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Kalau berbuka puasa bulan syawal ni jangan harap bazar syawal. Menteri dapur masak lagi sedap. Lihat warna gorengan tempe, daging dan warna merah asam pedas dah membuka selera.

    BalasPadam
  5. kami terbalik... jumpa nasi dah nak masuk subuh. buka makan lain² :)

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Melilih air liur ibu, bak kata Pak Itam kesatlah sendiri - dah kesat pun... Semua lauk yg terhidang menyelerakan. Bijak menteri dapur membuat kombinasi hidangan yg baik. Credit to Mak Itam.

    BalasPadam
  7. Assalammualikom wtb pak itam...Allhamdullah...banyak fahdilat bagi sesiapa yang berpuasa 6 dibulan Syawal.
    Teruskan dalam setiap masa dan detik dengan amaln-amalan sunat dan laksanakan sunnah.
    MI hanya berbuka dengan sebijik tamar dan air kosong. InsyaAllah, rezeki dari Allah.
    w.salam

    BalasPadam
  8. Daging goreng plus kari, belum pernah rasa...

    BalasPadam
  9. kecur tekak tenguk asam pedas tu

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam shami

    hehehe dgn daun kari tu ranggup, boleh makan sekali

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam kak ina

    dedulu saya tak suka pasal pernah overdose makan tempe ni masa kekecik heheheh

    tapi la ni , bolehlah layan tempe ni

    BalasPadam
  12. uncle

    heheh

    tak pernah tanya pulak resepinya, yang tahu bila hidang , ngap je hehehehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam kak zakie

    betul tu kak, makan nasi putih lagi sodap hehe

    BalasPadam
  14. KOG

    ok lah tu

    jgn jumpa lepas subuh pulak hehehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam ibu

    habis bersih , licin saya kerjakan hehehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam MI

    cepat2 cari pasangan, nanti bukan sahaja berbuka kurma, siap dimasakkan nasi mandey lagi hehehe

    BalasPadam
  17. arol

    dgn daun2 kari boleh ngap tau hehe

    BalasPadam
  18. kamato

    hehehe kat KL senang cari asam pedas, sedap dgn tak sedap je

    BalasPadam