ALHAMDULILLAH
Orang lain kalau boleh memang tak nak mencari maut,. Tapi pak itam memang dah lama mencari maut ni , bilalah nak sampai-sampai
Akhirnya pucuk dicipta ulam mendatang, maut yang ku tunggu2 akhirnya menjelma juga
Itulah Restoran Hadramaut tapi dia eja Hadramwt yang telah membuka cawangannya di JB . Arab Yamen ni sewa kat Hotel Puteri Pan Pacific tingkat B1 .
Akhirnya pucuk dicipta ulam mendatang, maut yang ku tunggu2 akhirnya menjelma juga
Itulah Restoran Hadramaut tapi dia eja Hadramwt yang telah membuka cawangannya di JB . Arab Yamen ni sewa kat Hotel Puteri Pan Pacific tingkat B1 .
Kalau dulu nak makan nasi mandy kena pi Makkah , baru dapat merasa , kena pulak CL kat Makkah tayang pulak nasi mandy kat PDKM, lagilah meleleh air liur tak renti2 40 hari 40 malam .
Lepas tu bila banyak restoran makanan arab ni di buka di KL seperti Al Rawsa, terubat rindu tekak pak itam nak makan semua benda alah ni. Tapi masih jauh juga nak pegi , tak kan nak pi makan di KL lepas tu balik pulak ke HC, dalam perjalanan pulang je, dah lapor balik.
Tapi dah dekat ni, mau kerap juga lah pegi bila pak itam mengidam , karang kesian pulak baby dalm perut ni
Semenjak bulan puasa ni, kami belum lagi sekali pun berbuka di luar. Tetiba baby dalam perut ni mengidam nak makan nasi mandy , jadi pak itam pun terus bukak website nya http://www.hadramawt.com.my/ dan buat reservation secara on line. Masa buat resevation dan melayari websitenya, air liur budak dalam perut dah meleleh lihat menunya hehehe
Lebih kurang jam 7.00 pm kami sampai kat area Kota Raya kerana kesesakan lalu lintas di bandar JB ni biasalah pada ptg sabtu mengalah kesesakan di bandar New York.Dengan kereta nya, dengan motornya , dengan becanya , dengan basikalnya.
2-3 kali pusing kat parking bawah , semua penuh . Akhirnya parking kat Pan Pac juga. Malas nak parking kat sini pasal berpusing2 kena naik dan sempit pulak tu pasal pak itam pi naik lori 1 tan yang buat angkat buah kepala sawit
Tapi Hadramaut punya pasal hehehe
7.13 azan berkumandang dari masjid di Kota Raya dan apalagi , tapi kami cuma makan sedikit kurma je kerana ada kewajipan lain yang lebih penting menunggu , tapi kurma nya tak macam yang biasa kita makan tu, macam halwa pun ada tapi mmg manis dan sedap .
Naik lif ke tingkat 5 , sebuah surau utk lelaki dan perempuan disediakankan tapi jangan terperanjat kerana bilik dijadikan surau, kena ambik wuduk di singki dan basuh kaki kat dalam bath tube , sib baik pak itam tak beredam sekali dalam bath tube tu, tu kira mandi hadas besar sekali hehehe
Alhamdulillah, lebih baik ada kemudahan begitu dari takde langsung
Kat Hadramaut ni hari ni tak ramai , tapi kat Selasih Restoran Pan Pac macam nak runtuh , tapi hampir 80 % orang singapore kerana aku boleh kenal muka dan cara berpakaian mereka serta tudung samada Malaysian or singaporean . Aku kan dulu lama meniaga kat pusat peranginan tu hehehe
Ada macam2 menu buffet berbuka yang disediakan hari ni kat Hadramaut . Untuk Cold Appetizers je ada Hummus, Mutabal,Tabbouleh, dan bermacam lagi termasuk Baba Ghanouj . Baba Black Sheep dan Baba & Nyonya je takde
Hot Appetizers pula terdiri dari Fallafel, Fried Kebbah, Lamb & Chicken Sambosa dan pelbagai atuk dan nenek sop yang sewaktu dengannya.
Dan tentunya menu utama seperti Lamb Buram, Lamb Mandy, Chicken Mandy, Lamb Kabsa , Chicken Kabsa dan bermacam lagi memeriahkan suasana.
Pencuci mulut pun banyak aneka menunya termasuk Basbosaa, Tamriah dan banyak lagi serta axion dan glo
Dan acara2 yang dinantikan pun bermula
Kami pun mulalah bertarung dengan Hadramaut hehehe
Alhamdulillah , syukur akan segala nikmat rezeki yang Allah kurniakan buat kami berbuka puasa hari ni setelah lama benar rasanya kami mengidam nak makan nasi mandy ni.
Dah kenyang , bilas pulak dengan Arabic Tea yang rasa mcm mint tu, lps tu kena sikit buahan2 dgn cream caramel
Yang pasti makan tak muak pasal makan arabkan takde kuah sangat mcm makanan kita, jadi 2 pinggan juga nasi mandi pak itam bedal
tapi pak itam masih pegang prinsip , berhemnti sebelum kenyang
jadi pak itam pun berhentilah
Yang pasti makan tak muak pasal makan arabkan takde kuah sangat mcm makanan kita, jadi 2 pinggan juga nasi mandi pak itam bedal
tapi pak itam masih pegang prinsip , berhemnti sebelum kenyang
jadi pak itam pun berhentilah
ALHAMDULILLAH
* semua foto hanya dengan Nokia N86, hanya 2-3 kpg je yg sempat ku snap hehehe
'budak dalam perut' sapa yang meleleh air liur tu? hahaha... (kita syak tuan punya perut je, takde kena mengena dengan budak!)
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamTak patut, tak patut. Pepagi nie buat meleleh ayaik lioq.
Apa-apa pun yang penting makanannya halalan toyyibah. Skrg nie byk sgt buffet ramadhan yang diragui kehalalannya.
Lepas posa nanti Pak itam kena timbang tengok budak dlm perut tu dah bertambah tak beratnya.
bertambah montellah budak dalam perut tu ....
BalasPadamSalam...
BalasPadamWaah....sedapnya menu buka puasa...hehe...
Salam Pak Itam...
BalasPadamsinggah ziarah, lama dah tak kasi komen...
ini komen krn teruja dgn gambar nasi tuh....waduhhh buat taj terliur...hhehe
selain kambingholic, taj juga mandeyholic dan seangkatan dgnnya...selera padang pasir heheh
ptg nih, nak pi cari nasi mandeyy AL-Diafahh di sri petaling...
w'salam
Salam 23 Ramadhan, Pak Itam
BalasPadamkalau baby tu nak makan nasi mandy
pak itam mandi dengan nasi
he he
Wassalam
Salam Pak Itam,
BalasPadamBaby dlm perut kata ...Burrrrp ... Alhamdulillah
Salam CR,
BalasPadamMemang terliur tgk nasi mandey tu, ayam dan kambing memang mantop....tak boleh tahan dah ni, lepas ni nak kena gi Restoran Saba kat Cyberjaya pulak......janji boleh makan apa2 jenis nasi Arab.....asalkan ada perkataan Arab....
kita beli kueh kat kotaraya ahad lalu. nak jugak cuba try test restoran kat hotel ni, dekat je. timakaceh kasi tau.
BalasPadamSalam Pak Itam..
BalasPadamAdoiii saje je Pak Itam nie taw uhuk3x
Psstt samosa tue takde kene mengena dgn sinomosa tau ahaks
salam pak itam
BalasPadamtergelak sorang cm baca catatan pak itam ni,,tak pernah bosan bila baca,,,makanlah pak itam rezeki Allah beri satu jer pesan cm,,pas makan jgn dibuang budak dalam perut tu,,kesian cm tengok bayi kn buang banyak betul sekarang ni...simpan budak dlm perut tu,,,kalau tak nak beri kt org yg memerlukan hikhikhik..
nasi mandy...aku teringgin betul nak cuba selalu dengar kat net tv je... terima kasih nice info
BalasPadamSubhanallah..nikmatnya
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamBuat kami semua teringin, nak g cari lah ptg ni..kat Al Rawsha kg pandan..restoran baru nya..
Pak Itam memang pandai buat N3 macam ni..
Salam Pak Itam,
BalasPadamWah dah menjejak kaki di JB kiranya. Memanglah kat sini jangan kata penghujung ramadhan, awal ramadhan pun sama gak. Especially week-end mostly are S'porean termasuklah keluarga kakak he..he..he... Cuba convert SGD200/-dah jadi RM470/- dan maknanya satu family dah lepas makan di Putri Pan yang banyak pilihan tu.
Salam Pak itam..
BalasPadamAisehhh ini mesti kes rindu kat MH...dannn kes nak tayang kat CL hahahah semenjak berpuasa nih blumm ada kes melawan2 menu lagik...tahun lepas meriah..narr..
wah macam-macam ada...memang boleh bawak maut ni...nak kena rempit baru boleh habis semua tuh...
BalasPadamsalam
BalasPadamhari kat kl jumpa juga menu chicken mandy, tapi bila order tuan kedai kata hari ni tak buat CM. Meleleh
p/s: nanti kirim alamat ruumah kat emel az yer
salam pak itam,
BalasPadamlama benar kak nab tak komen kat sini.. :))
terhibur baca 'jenaka' pak itam...sentiasa tersenyum bila akak baca ceriter2 coretan pak itam!
salam KOG
BalasPadambetul KOG, ni semua angkara anak dlm peut ni hehehe
mcm2 permintaan nya hehe
salam kak ina
BalasPadamheheheh
budak tu tak beso2 hehehe , bulan posa ni turun 3-4 kg ada le hehehe
salam che att
BalasPadamdgn perut dia sekali montel heheheh
salam marla
BalasPadamlama dah mengidam ni heheh
lagi satu tgh mengidam nasi kandar pelita hehehe
salam taj
BalasPadamcari taj , jgn tak cari hehehe
jgn bawak sewkali arab tu udeh le
salam atuk
BalasPadamheheheheh jom mandy kita
salam ibu
BalasPadamasyik sedawa je, mcm lembu lupak hehehe
salam rosli
BalasPadamu kat sana tak susah nak cari menu arab, kat sini payah betul hehehe
salam mampir
BalasPadamkita pun dah sambar 4-5 balang kuih kat kota raya hehehe
salam syima
BalasPadamsambosa tu cucu sedara sebelah emak kan hehehe
salam cm
BalasPadamu heppi, i heppi hehehe
mana bisa ku buang budak dlm perut ni heheheheh
salam brutal solo
BalasPadamkat kl sekrg dah melambak resto arab ni, sedap dgn tak sedap je
jgn esok2 mamak pun buat nasi mandy stail dia sudah le, sekrg mamak pun pandai masak paprik heheheh
salam pinat
BalasPadamtak terhingga nikmatnya heheheh
salam kak sidah
BalasPadamlama saya tak pegi rawsa tu, nak parking sudah kat situ hehehe
salam kak zakie
BalasPadamheheheh betul tu kak , yg penting dua2 pihak dapat kelebihannya
salam shami
BalasPadamcl tak heran nasi mandy ni hehehe
salam arol
BalasPadamhehehhehe rempit berpada2 , karang tak boleh rukuk solat magrib pulak hehehe
salam az
BalasPadamtu taktik semua, dalam menu semua ada, suruh buat takda hehehe
salam kak nab
BalasPadamkak nab gumbira, saya pun turut gumbira
bahagia dapat buat org gumbira walaupunn hati kita lara hehehehehhehehe