WARGA SCP

Rabu, September 29, 2010

HC a.k.a HIGH CASTLE a.k.a HIGH CHAPERAL

5.45M lebih kurang 20 kaki juga
disukat di menara jam ni

ALHAMDULILLAH,

Aku sebagai tuk ketua HC berasa sungguh bangga dan bersyukur kerana pekan HC ni semakin hari semakin membangun macam bandar Tokyo 500 tahun dulu la hehehee

Sebenarnya , bandar HC telah dibangunkan semula selepas banjir besar yang melanda penghujung 2006 dan awal 2007 .

Apabila aku melihat kesannya melalui aras penanda ni,
rupa2nya masa tu di situ hampir 20 kaki juga ( 5.45 m).
patutlah semua hampir tenggelam


Pekan HC ni takdelah besar mana pun , tapi yang pasti semua kemudahan ada kerana HC ialah salah sebuah daerah yg membentuk negeri Johor.

Penduduknya pula ramai yang bekerja di sekitar JB , tu sebab kesesakan lalulintas di HC menghala ke JB setiap pagi bila org nak pi keja dan petang bila pulang dari keja mengalahkan kesesakan di lapangan terbang Heathrow

Yang memakmurkan para peniaga di pekan HC ialah penduduk2 yang tinggal dipersekitaran kerana terdapat lebih dari 20 felda mula dari Felda Pasak , Air Tawar 2,3,1,4,5 Semenchu,Sg Mas,Adela, Tunggal, Sening , Kledang

Tu belum lagi Lok Heng, Aping Barat,Aping Timur Waha , Easter yg terletak di timur HC
Kekadang pelek juga nama felda ni ,seaakan2 nama cina pulak mcm Aping dan Lok Heng. Easter ni pulak mcm nama org putih pun ada.


Sekarang premis2 perniagaan yang dibina di HC rasanya lebih banyak dari penduduknya.
Tapi kalau ke HC, jangan pulak cari panggung wayang pasal lagi dulu memang takde, nightclub dengan pub pun takde rasanya .

Moga2 pekan ku terus maju dan makmur dijauhkan dari bala bencana dan malapetaka seperti banjir besar dahulu kerana aku dah rasa kesannya dan peristiwa aku jatuh tangga
"dum,dum,dum,dum,dum,
terduduk dulu dari atas kebawah semasa mencuci rumah selepas banjir masih terasa hingga kini .

sekarang
dulu masa banjir

sekarang
dulu masa banjir

20 ulasan:

  1. keh keh, pak itam buat kita rasa nak letak gambar banjir dulu la... tapi kat batu pahat tak teruk macam high castle

    2 minggu balik kampung berkayuh sampan, lepas tu mc sakit satu badan

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Teringat peristiwa banjir masa itu highway nak masuk ke Pasir Gudang dan Kota Tinggi jem gila hingga ke tol Kempas. Jalan untuk ke Austin Hills Golf Resort (tempat kerja masa tu)belum ada jalan pintas Bandar Dato' Onn seperti sekarang, jadi kakak patah balik kerana dah 3jam tak sampai ofis lagi. Masa tu pulak baby yang dlm perut menendang-nendang (anak no.3).

    Sekarang tinggal kenangan.....

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Sama-sama kita doa agar Allah sentiasa memakmurkan dan tidak menurunkan bala di Kota Tinggi yang rendah ini.

    BalasPadam
  4. mana dapat gambar banjir tu? klasik betullah!

    BalasPadam
  5. Salam pak itam..

    Sekali bah...sekali pasir berubah...kan..
    Perubahan menandakan kita menuju arah kebaikan....insyallah mudah-mudahan perubahan itu adalah dari yang baik kepada yang lebih baik...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    banjir membawa perubahan
    Alhamdulillah

    Wassalam

    BalasPadam
  7. salam, kesian kat mereka yang mengalami bencana banjir tu.mesti banyak menanggung kerugian. rugi harta rugi keringat. semuga tak ada lagi berlakunya banjir seperti itu.

    Allah saja yang maha tahu......

    BalasPadam
  8. Salaam Pak Itam,

    Banjir besar di Johor tu masuk berita TV di US wooo....

    VpeaceV

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Pak Itam..
    semuga HC terus maju dan makmur..saya tak pernah sampai lagi ke sana..

    BalasPadam
  10. KOG

    masa kau kayuh sampan tu, senget tak , atau masa kau duduk kat belakang, terwiliie tak sampan tu heheheh

    kalau pak itam duduk, tenggelam terus mcm titanic

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam kak zakie

    kecoh dulu masa banjir sampai ke JB kesannya

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam ibu

    moga dilindungi setiap masa

    BalasPadam
  13. uncle

    koleksi peribadi tau masa banjir tu hehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam syami

    insyallah

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam atuk

    betul tu tok , perubahan yg baik tak pa

    BalasPadam
  16. salam kak pah

    saya salah sorangnya kak hehehe

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak chik

    tv tamil masuk tak hehehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam pinat

    amin , moga2 diperkenankan

    BalasPadam
  19. Salam,
    kampung saya tu...nama baru..bleh guna...high castle...kekeke

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam kerch


    hehehe sebut high castle , mati org tak tahu hehe

    BalasPadam