WARGA SCP

Khamis, September 30, 2010

ASAM PEDAS, kau tetap menjadi pujaan hati ku


cik som sedang melengkar atas ayam tu

asam pedas ayam
kalau guna ayam
tak sesuai letak terung atau bendey
sesuai letak kentang

kat header tu,
asam pedas ikan pari

ALHAMDULILLAH

Kalau cerita lauk asam pedas, selalunya kat mana2 mesti bahan utamanya ialah ikan. Tak kiralah ikan apa pun, siakap ke, kembung ke , pari ke

tapi tak pernah pulak jumpa ikan betok masak asam pedas

tentu ramai yang tak pernah tengok rupa ikan betok ni hehehe

Tapi sesekali kalau ditukarkan dari ikan ke ayam pun sedap juga

bahan2 lain dan cara memasaknya masih sama juga

Dulu masa aku masih bersekolah, aku membesar dengan air tangan masakan ibu ku,

sekarang pula aku membesar juga dengan air tangan isteri ku pula sampai aku terlebih besar da hehehe

2 hari lepas aku ada menerima kiriman sms dari Duta Sedang Jepun di Malaya minta resepi asam pedas,

SMS nya berbunyi

"arigoto mas sak as sam pe das haitttt, banzai "
mengikut kefahaman aku maksudnya
"kang mas , resepi asam pedas ada tak" ,
tapi bab "banzai" tu aku pelik sikit , rasanya kalau tak dapat resepi, dia nak pancung aku hehehehe


BAHAN-BAHAN UTAMA
- ikan atau ayam (kalau kat Russia dia pakai daging beruang)
-6 sudu lada kering yang telah diblender,kalau belum blender lebih kurang rm1 lada kering . (kalau nak piaw) letaklah bang 6 gayung hehehehe
-5-7 ulas bawang merah
-2-3 ulas bawang putih
-1-2 cm halia (jangan pulak pi ukur bang sekaki halia pulak)
-sedikit kunyit hidup
-sedikit belacan (kalau orng dedulu siap dia bakar lagi belacan tu kat api dapur)
-seikat daun kesom ( kalau takde pakai daun terup je )
-sekuntum bunga kantan dibelah 4( kalau tak pakai pun boleh daun kantan ni)
-air asam jawa totok
-3 hingga 4 cawan air, air dalam lesung yg buat tumbuk tadi pun boleh, ( ikut sesuka hati nak pekat ke cair)
-garam ( isteri ku tak pernah letak ajinomoto dan mmg takde kat rumah dan tak bagus utk kesihatan)
-sayurnya boleh letak bendey atau terung

KEMUDIAN

bahan2 seperti lada lada kering,belacan, bawang, halia,kunyit diblender halus,kalau lada kering nak asingkan pun boleh, nak campur sekali dgn bawang2 tadi masa blender pun boleh .Kalau rajin, boleh tumbuk pakai batu lesung ditumbuk lumat, tapi lada kering asingkan, kalau tak ,mau masa tumbuk nanti masuk mata , dah bukan dapat asam pedas , nanti dapat MATA PEDAS hehehe

kalau zaman atuk aku dulu semua digiling pakai batu giling , sekarang dah ada blender

CARA MEMASAK

-ikan tadi disiang dan dibersihkan, kalau jenis ikan mayong ke atau keli dan sembilang , boleh cuci dengan air asam untuk hilangkan bau , kalau ayam atau ikan siakap rasanya cuci begitu je pun boleh

-panaskan kuali dengan minyak (bukan minyak urat ye)

-ceburkan bahan2 yg telah dikisar atau digiling atau ditumbuk tadi dalam kuali

-kacau dan tumis sehingga wangi dan garing ,jangan pulak sampai hangit.
kalau lada kering tadi kita tak campurkan dengan bawang dan seangkatan dengannya masa blender , boleh masukkan sekarang dan kacau hingga garing, bau tumisan tu yang buat hati kita bergelora


-sesetengahnya letakkan daum kesom masa menumis utk naikkan bau, sesetengah pula daun kesom atau bunga kantan diletakkan kemudian bila hampir memasak , kesimpulannya ikut suka hati tukang masak la hehehe

-setelah naik minyak, baru masukkan ikan atau ayam dan kacau beberapa minit hingga sebati dengan bahan yg ditumis tadi.

-campurkan pula air asam jawa totok dan air . Kacau hingga mendidih.

-baru masukkan bendey atau terung serta garam secukup rasa dengan api yang sederhana dan pastikan kuahnya ngam-ngam soy pekat nya dan tak terlalu cair

-akhir sekali takkan pak itam nak ajar pulak, tutuplah api tu hehehehehe

Sebenarnya sesetengah tempat , depa dah tambah memacam bahan lain selain dari di atas,
ada yang suka letak lobak masin, ada yang letak daun limau purut, sesetengah org yang tak suka belacan, dia tak letak .Ada pula siap letak gula lagi.

selamat mencuba dan pak itam tak bertanggungjawab tau atas segala musibbah yang bakal melanda selepas kalian cuba resepi ni hehehe

Bak kata seorang penceramah tu
Anda buat , anda dapat
hehehehe

28 ulasan:

  1. salam CR...

    baru tergerak hati nk minta resepi , tup tup memang dah ada ...


    kali pertama jumpa resepi panjang berela2....he he he
    haaaa cepat2 ler copy nie, tp bila nk masak , belum pasti ...

    jazakallah

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Ini memang sah resepi org Johor. Tapi Ummi Humaira kalau buat walau ikut resepi Pak Itam tu tak akan jadi macam dalam gambar tu tau. Kena pinjam tangan Mak Itam sebab air tangannya berbeza.

    Jom pinjam tangan Mak Itam kalau nak rasa sama macam dalam gambar tu....

    BalasPadam
  3. kalau ada orang johor tak suka asam pedas, meh kita pakat² humban dia keluar negeri

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    Pak Itam tak terjemahkan ke resepi tu ke bahasa jepun, kalau bahasa melayu nanti dia tersilap resepi....meletup periuk tu nanti
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    InsyaAllah akanku coba ikut resepi Pak itam. Kalau tak jd, siaplah Pak Itam...banzai!

    Asam jawa tu taulah, tp nk cari yg totok tu kena pergi jawa kut atau cari buatan org jawa agaknya.

    BalasPadam
  6. salam pak itam ...

    pagi2 ni dapat resepi asam pedas...... tengahari ni kita bagi berasap semua.....

    BalasPadam
  7. salam pak itam,

    berponau2 tenguk asam pedas nie..
    tak sabar nak tunggu tengahari la gaya gni..asam pedas oo asm pedas..

    terima kasih ats resipi.bleh laa merasa sndiri resipi diberi. amin

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Esok x kelije, ibu nak cubalah asam pedas versi Pak Itam.

    BalasPadam
  9. salam pak itam ..hanya orang johor pure je giler asam pedas... asam pedas tulang bila nak tunjuk pula...
    from 85300

    BalasPadam
  10. Salam pak itam..

    Wahhh kali ni ada resepinya.lakk heheh ilmu bermanafaat baik dikongsi...pahalanya berganda walau kita dah mati...kan

    Boleh di coba resepi ni..heheh sebenarnya resepi ni dah dicoba pun dirumah..memang sedap...hehheh

    BalasPadam
  11. Salam Pak Itam,

    Uhuk3x di Khamis yg hening ini..
    Asam pedas pulak yg Pak Itam sajikan..memang tak patut ahaks
    Tak kira bila GKB terjah HC..sy nak tuntut asam pedas ikan pari dari Mak Itam ahaks..

    BalasPadam
  12. domo arigato.......akan dicuba nanti. Mesti tak tidur malam punya!

    BalasPadam
  13. Assallamualaikum Pak Itam,

    haa..ini yang mama dok tunggu..
    resepi asam pedas.Dah selalu biasa dengan asam pedas Kedah, nak cuba pula yang HC pula..tengok gambar pun dah tahu sedap apatah lagi jika dapat merasanya..
    thank you
    (asam jawa totok tu mcmna rupanya..guna asam jawa biasa2 bolehlah yer)

    BalasPadam
  14. orang rumah saya pakai cili padi (tak guna cili kering), rasa dia memang terbakar bulu hidung hehe...nanti nak cuba style pak itam lak :-)

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam kak ummi

    kalau dah jadi masak,nanti bagitau saya ya hehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak zakie

    hehehehhe sib baik tangan tu melekat hehehe

    BalasPadam
  17. KOG

    kita sula je hehehehe

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam atuk

    hait, banzai heheheh

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam kak ina


    kalau dah jadi nanti , bagitau saya ya hehehe

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam che att

    hehehehe semalam kami makan asam pedas ikan pari hehehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam ain

    kalau dah jadi, bagi tau pak itam ya hehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam ibu

    boleh aja bu, dah masak nanti publish kat umah ya hehe

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam shami


    hehehhe rasanya betullah resepi tu kan

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam yattisa

    heheheh tapi ic pak itam tengahnya 10(selangor) hehehe

    kalau johor 01

    BalasPadam
  25. waalaikumsalam syima


    heheheh insyallah, ada rezeki nanti tuk syima merasa hehehe

    BalasPadam
  26. uncle

    nanti buat n3nya ya kalau dah jadi hehe

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam mama nadz


    heheheh asam jawab biasa je kak


    totok tu saya saja tambah hehehe

    BalasPadam
  28. arol

    kalau kat sini pakai cili padi , kami masak lemak hehehe

    lain tmpt lain caranya kan hehe

    BalasPadam