WARGA SCP

Selasa, Ogos 28, 2012

SUATU HARI DI HARI RAYA

ALHAMDULILLAH

Suatu hari di hari raya sebelum2 ni, petang raya pertama atau pagi raya kedua, pasti aku dah beraya kat kampung setelah beraya di KL. Tapi rutin aku mulai tahun ni dah berubah dan kena adjust sikit. 2-3 hari nak raya , aku menziarahi pusara org tua aku kat kampung lalu terus pulang ke ibukota utk beraya.

Sesiapa kalau pernah beraya di KL pasti tahu kehangatan beraya di sana hanya di pagi raya sahaja dan hari raya pertama dan kebanyakkan penghuni asal ibu kota akan bergerak ke kampung pada hari raya kedua . Masa itulah bangla, indon, vietnam bermaharaja lela di KL terutamanya di KLCC. Macam2 ada ...

Pernah 5-6 tahun dulu , aku start motor dan pegi ke KLCC tengahari hari raya pertama nak merasai suasana yang lain dari yang lain kat sana. Memang masa tu aku rasa macam berada kat Jakarta pun ada, kat Manila pun ada , kat Bangaladesh pun ada hehehe

Jadi untuk mengisi ruang kosong cuti raya kali ni , kami dok rancang nak pi beraya dengan tok menakan dan mamu di Penang sebulan setengah yang lalu.

Raya ketiga pepagi kami dan mengayuh sampan menuju utara kerana al maklumlah, takut sesak pelbagai nanti dan takut malam baru sampai kerana kesesakkan masa raya memang kita tak dapat nak agak semenjak-dua menjak ni hingga ada yang hanya dari KL nak ke Ipoh buang masa kat 7-8 jam atas jalan padahal kalau ikut masa normal hanya 2 jam lebih sikit je KL-Ipoh .

Masuk highway DUKE terus ke Jalan Duta dan singgah kat R&R Sg. Buloh . Kami dok berkelah kat tepi tu sarapan pagi sandwich telur dan tuna yg mak itam dok masak lepas suboh tadi .

Lepas ni aku tak berhenti2 lagi kerana musim perayaan ni , R&R mana2 pun pasti sesak .Aku toleh semua R&R penuh sesak dengan kenderaan menuju ke utara. Perjalanan kadang-kala pagi tu bergerak perlahan kerana jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Pergerakkan kenderaan menuju terowong Menora agak perlahan kerana sebelum tu hujan turun agak lebat jugak .


12.00 tgh aku dah keluar dari Plaza Tol Juru menuju ke sebelah pulau . Destinasi kami Long Pine Resort di 97 ,Batu Ferringhi yang aku dah buat tempahan 45 hari dulu. Aku pilih menginap di sini kerana suasananya agak mendamaikan dan tenang sebelum nanti menginap pula di Hard Rock pula .

balcony menghadap laut

ada bathtub kat balcony menghadap laut kalau nak berendam

6 ulasan:

  1. more pic plsssss... ctk dan kelainan balcony nye. bole pg!

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah

      tempat ni tenang sikit berbanding HRH

      Padam
  2. Salam Bapak,
    sempat lagi mak itam buat sandwch telur tu..mesti sedap tu..
    cantik bilik hotel tu..saya kira mesti bintangnya banyak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      berkelah kami kat bawah pondok hehe

      byk bintang bilnya berbintang juga hehehe

      Padam
  3. Salam bapak. Sama la, saya pun selalu kayuh sampan bila nak balik kampung kat papua niu gini. Haiwey memang konpem la sesak. Nasib baik elok lagi sampan saya tu.

    Bapak ada berendam tak kat bathtub tu? Eheheh kalau berendam pun takkan la bapak nak boh gambaq kat sini kan, tak senonoh betoi la saya tanya :D

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam

    mana2 jalan sesak time2 hari raya ni , kalau ada drebar yg tak ikut undang2, lagi sesak kita tgk hehehe

    agak2 kalau berendam, bobos tak ke bawah hehehe

    BalasPadam