WARGA SCP

Jumaat, Ogos 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

ALHAMDULILLAH

Ramadhan hampir berlalu pergi , Syawal pasti menjelma .
Pagi tadi aku ke pasar berdekatan , mak itam nak beli daun palas dan daun kelapa dan bawak balik nanti . Seikat di sini hanya RM2.00 sahaja .

Apabila melihat daun itu, ingatan ku pada arwah bonda terus menjelma kerana kalau kami balik ke kampung, pasti arwah bonda nanti mintak isteri ku menganyamkan sekali buatnya nanti.

Tapi kini semua hanya tinggal kenangan.

Esok pagi lepas subuh ketika penghuni kota sibuk pulang ke kampung, aku pula sibuk juga, tapi pulang ke kota raya. Tapi rutin untuk singgah menziarahi bonda tetap dalam agenda utama ku . Namun ziarah ku kali ini berbeza sama sekali kerana hanya pusara bonda dan ayahanda sahaja yang menjadi pelepas rindu ku pada kedua mereka .

Esok Jumaat, penghulu segala hari, aku dan anak ku bercadang untuk membaca surah yassin dan bertahlil di pusara mereka sebelum kami meneruskan perjalanan ke kota raya.

Hanya itu sahaja yang aku dapat berikan buat mereka dan diharapkan mereka berbahagia di sana.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf dari kalian semua samada yang aku sedari atau tidak sepanjang aku bersiaran di SCP.

Semoga kedatangan syawal yang mulia ini membawa cahaya kegembiraan dan kebahagian buat kalian semua.

Berhati2 di jalan raya dan semoga kehidupan kalian semua sentiasa diberkati dan dalam perlindungan Allah S.W.T

SELAMAT HARI RAYA DARI KU SEKELUARGA
MAAF ZAHIR BATIN

6 ulasan:

  1. Salam bapak,
    Semoga perjalanan bapak Dan mak Itam serta anak2 selamat. Raya nanti jemputlah ke teratak saya di Sg long. Salam aidilfitri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Alhamdulillah

      selamat pegi danselamat kembali

      semua dlmm peliharaan Allah

      Terima kasih sudi jemput bapak, tapi bapak ke Penang masa tu

      Padam
  2. Salam bapak.
    Selamat hari raya & maaf zahir batin dari saya juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      bapak pi penang tak terserempak pulak dgn ciku hehehe

      Padam
  3. Salam Rezeki.
    Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      selamat hari raya

      lepas ni kita kena diet sikit hehehe

      Padam