WARGA SCP

Rabu, Ogos 29, 2012

LONE PINE BATU FERRINGHI

cat putih keseluruhan bangunan
termasuk dalam bilik
dan semua bilik menghadap laut

ALHAMDULILLAH

Long Pine ni di bawah satu bumbung sama towkeynya dengan E&O Penang di Lebuh Farquhar tu. Sebelum tu aku pernah menginap kat E&O tu yang siap ada private butler lagi bagi setiap penginap. Tapi E&O cuma takda pantai berpasir je berbanding Long Pine ni yang memang betul2 kat pantai Battu Ferringhi. Lagi pun aku rasa berpuluh tahun dulu masa aku bujang , aku sampai kat Batu Ferringhi ni . Jadi aku ambil keputusan menginap di sini .

ada satu sudut lepak corner di sini
menghala ke tepi pantai
ada big screen tv dan congkak gergasi
serta sofa buat lepak2

Resort ni kira dedulu bangunan lama telah beroperasi sejak tahun 1948 dan ubahsuai baru2 ini mana yang patut mengikut citarasa mereka .Jadi senireka zaman kolonial British masih lagi mereka kekalkan . Kalau tak salah aku baru setahun dua ni dibuka semula dengan berwajah baru dan ada ciri moden .

Mujur malam masa tidur hantu Franchis light atau hantu jepun tak datang kacau aku.Maklumlah, bekas bangunan lama , karang kalau dia mintak "kopi secawen " , mana aku nak carik tetengah malam hehehe

Kami sampai dan terus check in disambut dengan welcome drink , kalau ada tukang picit kaki sekali kan best pasal kaki aku "capek" mengayuh tadi hehehe

Dua bilik sebelah menyebelah tanpa "connection door" telah ditempah awal dulu .

bilik tanpa karpet sesuai bagi resort tepi pantai
jadi takdelah karpet tu basah
dan lagi satu takde masalah bau karpet lembab dan hapak
macam sesetengah resort tu


Biasalah jika tempahan melalui internet yang akan menggunakan nama "sir name" dan bukan "given name" , jadi depa dok panggil nama aku dengan nama arwah bapak aku. Tersedak arwah tu setiap kali namanya dipanggil ...

Kalau kat kampung orang panggil kita dengan nama bapak, mau kena pelempang hehehe

Memang kami memilih penginapan berserta sarapan pagi nanti, tapi apa yang memeranjatkan aku , tempahan yang aku buat melalui internet siap sekali "complimentary" dengan pakej makan malam di Matsu Restoran . Rupanya restoran makanan Jepun .

Jadi dinner malam ni tak perlu risau .Menjepunkan diri le gamaknya.

tak perlu risau katil "ngek-ngok-ngek-ngok"
bagi pasangan yang dok honeymonn
kata cina balik pulau, "takle munyik"
hehehe

Check in bilik dan jalankan tanggungjawab yang perlu dulu sebelum kami ambil keputusan nak pi cari Mamu Kassim Mustapha kat Lebuh Chulia . Aku memang sepatah haram pun tak tahu selok belok jalan di pulau ni , main redah je ikut google maps yang anak jantan aku dok google dalam kereta hingga membawa kami sampai town .

Biasalah jalan dalam town yang kecik berselirat dengan kenderaan dan motor . Nampak dah kedai mamu jual nasi kandar , tapi ke depan sikit pasal masalah nak cari parking untuk kuda aku tu . Pengabis aku berpusing entah sampai ke mana dan pengabis dah sampai kat area Komtar tu.

aku belasah habis sepinggan
terasa rempahnya
RM16.00 untuk pinggan ni je
puas hati lah
alhamdulillah

Kebetulan ada pulak parking kat tepi . Parking kat sini masih guna tiket lagi macam dedulu , setengah jam 40 sen je . Keunikan tu masih dikekalkan kat sini, kurang2 ada juga depa keja jadi budak jaga parking .

Kira nasib baik le pasal ramai dok cuti raya lagi, jadi kesesakkan tak seserius kalau hari biasa . Yang aku tak tahan , jalan dia banyak sangat lorong yang entah ke mana bawak nanti , tapi pusing2 kat situ jugak . Tu kira Ciku Dinas punya area dan pasti dia tahu cerok lorong kat situ .

Minta maaf ciku, anak cucu tumpang lalu hehehe



9 ulasan:

  1. Salam Bapak.
    ooo menjepunkan diri di the pine tu yer..i likeee..err memang berhantu ka hotel tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe menipponkan diri buat julung2 kalinya

      takde hantu le hehehe

      ok je hotel tu

      Padam
  2. Salam Aidil Fitri Pak Itam

    bila agaknya saya nak rasa menginap di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam aidil fitri juga buat atuk

      insyallah

      Padam
  3. Salam bapak. Patutla cek tersedak kuka kula tadi, rupanya bapak sebut naa, kehkeh!

    Cek dah agak dah, ambik sotong camtu kat kedai pak menakan, konpem rega cekik darah punya. Kalau ambik udang besaq & teloq ikan, lagi lasat reganya. Itu rega adik beradik tu, kalau tak kenai, tak tau laa.

    Tapi walau camana sekalipun, sejak dari dalam rahim mak saya lagi, saya dah dibagi makan nasik kandaq Tanjung jadi sampai saya umoq 40 tahun ni pun nasik kandaq Tanjung jugak pilihan hatikuuu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      anak cucu tumpang lalu hehe

      kira reasonable reganya ,kalau kat nasi kandar di KL , takdenya rega tu hehehe

      muka bapak mcm mamak ,tapi mamakmexico haha

      Padam
  4. Rase nye kalau sister hotel E & O...nama tempat tu L O N E PINE ...bukan lonG pine. Cuba cek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaa lah, tgk balik foto kat sana memang LONE PINE hehehe

      terima kasih kerana betulkan fakta tu

      Padam
  5. Tanpa NamaMac 14, 2013

    i just came back from Lone Pine. was great hotel. nice staff. all nice. i love this place very much. yang paling best is, bathtub kat balcony and the pool is beatiful. best..

    cume yg tak berapa nak best is, pantai kat situ.. tak best sgt, kotoq sikit. overall memang best.

    and yes, disebabkan bangunan ni bangunan lama, of coz ada Mr. or Mrs. Han Two!

    it is true. there's 1 room that they never open it to public. kat bangunan lama. (tempat ni ada old and new block) bilik paling ujung. u can ask the staff (dgn memek muka yg kononnya u alls tau tempat ni sesuatu) they will tell u.

    but, trust me, dont think bout it, just enjoy ur stay/holiday in lone pine, inshaallah everything will be ok...

    BalasPadam