WARGA SCP

Jumaat, Ogos 31, 2012

CHAR KUEW TEOW AT LONE PINE

aku rakam dalam mode cool tone
ALHAMDULILLAH

Semalam tidur ku nyenyak lepas "menjepunkan" diri dengan masakan jepun. Nasib baik jenderal Yamashita tak datang dalam mimpi aku.

Lepas subuh jam 7.00 pagi aku tolong depa bukak gym . Sepanjang bulan puasa lalu, aku langsung tak berjogging . Lepas puasa pula aku dok makan macam-macam . Jadi pagi ni aku nak jogging atas treadmill kat gym .

Hanya aku sorang je yang bertemankan segala peralatan di sana. Setting programnya untuk burn kalori dan speed yang sedang2 macam Usain Bolt tengah lakukan warming down lepas 100 meter olympic tu dan dalam 20 minit jugak aku atas tu. Peluh menjurai2 jugak . Lepas tu angkat besi dalam 400 kg tu , hajat hati nak besarkan kepak kat tepi badan hehehe

The Bungalow

Aku kira2 dalam 30 minit lebih jugak aku habiskan di gym, lebih kurang 150 kalori jugak yang terbakar mengikut paparan yang terpampang kat atas treadmill tu .

Ok lah tu kerana lepas ni pasti entah berapa ratus kalori yang aku makan kejap lagi kerana sarapan pagi dah menunggu di The Bungalow.


chef topi hitam tukang masak segala jenis telur
minta je

Memang benar belaka tekaan ku kerana pelbagai hidangan yang di sajikan . Bubur dan lauk pauknya ada, roti canai dan seangkatan dengannya pun ada, nasi lemak , mee dan memacam lagi. Tu belum roti , kek, pastry dan bijirin . Senang cerita ,semua pilihan makanan ada .

Aku pulak pegi mengadap tukang masak ni minta depa masakkan 4 char keaw teow serta 4 telur mata untuk kami . Depa masak kat depan tu jugak panas2 berasap .

Sambil tu aku sempat shoot gambar depa sedang beraksi.


Lepas tu aku bilas satu-satu yang ringan-ringan menyebabkan tadi aku rasa 150 kalori yang yang aku bakar atas treadmill telah diganda menjadi 300 kalori yang aku gantikan semula hehehe

Takpalah, nama pun holiday dan hari raya hehehe

Lepas ni boleh bakar balik dengan aku berkubang dan berkuak lentang kat pool tu .

Aku kasi depa 5 bintang untuk hidangan pagi ni , dulu masa aku menginap kat E&O pun hidangannya semua sedap dan menyelerakan serta pelbagai variasi berbanding masa kat Tg Jara hari tu yang bilik dan semua kemudahan tip top, tapi makan ada kurang sikit.

Kira kat Long Pine ni , sajian sarapan pagi timur dan barat semua ada dengan pelbagai variasi.


Alhamdulillah akan rezeki kami pagi ni kerana karang kami nak panjat Flag Hill dalam pukul 12.00 tgh jugak dan akan makan tengahari lambat sikit.


Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.


dah siap char keaw teaw bapak

Khamis, Ogos 30, 2012

TEMPURA AT MATSU RESTORAN

pantai awam dekat depan Long Pine

ALHAMDULILLAH

Bila diberi empat voucher meals untuk makan malam di Matsu Japanese Restoran di Long Pine, pertanyaan aku yang pertama sekali kepada penyambut tetamu perempuan islam tu ialah adakah ia halal dan jawapannya cukup mengembirakan hati ku.


Dinner malam ni dah termasuk sekali dalam harga bilik masa aku buat tempahan bilik tu .Aku pun tak tahu. Kira ok lah tu.

Kata Chombi tu, kalau booking melalui internet , dapat complimentary untuk dinner sekali .

Tak kiralah apa complimentary depa nak bagi, yang penting halalan toyibban.

Aku minta maaf lah pasal bab ni,
aku bukan nak kata aku bagus sangat tapi bab2 makan ni agak "berjaga-jaga" sikit dan tak main "taram" semacam je . Kalau dia kata halal dan hati aku takde rasa was-was ,insyallah .


Kalau ada rasa was-was pun tak boleh dah .

Benda nak jadi darah daging ni kena berhati2 dan berkira sikit
.




Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.


Sedikit perkongsian, menariknya tentang konsep makanan dan rezeki yang halal yang selalu disebut disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekori sifat "halal". Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) membawa maksud sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk atau tidak baik.

Apabila disebut “halalan toyyiban” , maka ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok
.

Sebagai contoh mudah katalah selipar jepun disalut dengan tepung dan digoreng macam tempura tu , tentu ia tidak bersifat baik atau elok dimakan walaupun selipar tak dikategorikan sebagai sesuatu yang haram .

seronok tau baring2 kat sini

Malam tu kami buat reservation agak lewat jugak untuk menikmati makanan nippon tu dalam 9.30 malam kerana biar nasi kandaq tadi yang aku makan agak banyak jugak turun dulu .

Aku memang tak pernah makan makanan jepun seumur hidup aku . Sushi pun aku tak pernah jamah dan kami diberi dua pilihan samada set sushi atau set tempura . Akhir kalam , set hidangan tempura yang menjadi pilihan ku . Kami dihidangkan dengan 3 hidangan utama sebelum semangkuk air cream keladi sebagai penutup.

Aku turun pi makan berlenggang,jadi takde lah foto masa kami bertempura kat Matsu tu.

Set tempura tu datang dengan semangkuk nasi , semangkuk sup dan satu hidangan yang katanya hanya dari putih telur sahaja dan entah apa lagi aku tak ingat yang daging ayamnya ada rasa masam2 sikit tu macam masak tom yam pulak .

Yang pasti jenuh juga nak habiskan dan lepas makan aku rasa berat aku naik 2-3 kg itu jam tu jugak hehehe

Nasi dalam mangkuk kecil tapi yang ada chop stick . Nasib baik ada sudu kecil yang aku belasah pakai sudu tu je. Kalau aku pakai chop stick, minggu depanlah baru aku siap habis makan dan check out dari Long Pine hehehe

Chop stick tu aku buat perhiasan je atas meja hehehe

"Not bad" juga pada pandangan ku tapi tak boleh diamalkan selalu kerana pada ku terlalu berminyak dalam semua hidangannya .


Takpa, esok pepagi lepas subuh pasti aku akan ke gym yang tersedia di bawah nanti .



Rabu, Ogos 29, 2012

LONE PINE BATU FERRINGHI

cat putih keseluruhan bangunan
termasuk dalam bilik
dan semua bilik menghadap laut

ALHAMDULILLAH

Long Pine ni di bawah satu bumbung sama towkeynya dengan E&O Penang di Lebuh Farquhar tu. Sebelum tu aku pernah menginap kat E&O tu yang siap ada private butler lagi bagi setiap penginap. Tapi E&O cuma takda pantai berpasir je berbanding Long Pine ni yang memang betul2 kat pantai Battu Ferringhi. Lagi pun aku rasa berpuluh tahun dulu masa aku bujang , aku sampai kat Batu Ferringhi ni . Jadi aku ambil keputusan menginap di sini .

ada satu sudut lepak corner di sini
menghala ke tepi pantai
ada big screen tv dan congkak gergasi
serta sofa buat lepak2

Resort ni kira dedulu bangunan lama telah beroperasi sejak tahun 1948 dan ubahsuai baru2 ini mana yang patut mengikut citarasa mereka .Jadi senireka zaman kolonial British masih lagi mereka kekalkan . Kalau tak salah aku baru setahun dua ni dibuka semula dengan berwajah baru dan ada ciri moden .

Mujur malam masa tidur hantu Franchis light atau hantu jepun tak datang kacau aku.Maklumlah, bekas bangunan lama , karang kalau dia mintak "kopi secawen " , mana aku nak carik tetengah malam hehehe

Kami sampai dan terus check in disambut dengan welcome drink , kalau ada tukang picit kaki sekali kan best pasal kaki aku "capek" mengayuh tadi hehehe

Dua bilik sebelah menyebelah tanpa "connection door" telah ditempah awal dulu .

bilik tanpa karpet sesuai bagi resort tepi pantai
jadi takdelah karpet tu basah
dan lagi satu takde masalah bau karpet lembab dan hapak
macam sesetengah resort tu


Biasalah jika tempahan melalui internet yang akan menggunakan nama "sir name" dan bukan "given name" , jadi depa dok panggil nama aku dengan nama arwah bapak aku. Tersedak arwah tu setiap kali namanya dipanggil ...

Kalau kat kampung orang panggil kita dengan nama bapak, mau kena pelempang hehehe

Memang kami memilih penginapan berserta sarapan pagi nanti, tapi apa yang memeranjatkan aku , tempahan yang aku buat melalui internet siap sekali "complimentary" dengan pakej makan malam di Matsu Restoran . Rupanya restoran makanan Jepun .

Jadi dinner malam ni tak perlu risau .Menjepunkan diri le gamaknya.

tak perlu risau katil "ngek-ngok-ngek-ngok"
bagi pasangan yang dok honeymonn
kata cina balik pulau, "takle munyik"
hehehe

Check in bilik dan jalankan tanggungjawab yang perlu dulu sebelum kami ambil keputusan nak pi cari Mamu Kassim Mustapha kat Lebuh Chulia . Aku memang sepatah haram pun tak tahu selok belok jalan di pulau ni , main redah je ikut google maps yang anak jantan aku dok google dalam kereta hingga membawa kami sampai town .

Biasalah jalan dalam town yang kecik berselirat dengan kenderaan dan motor . Nampak dah kedai mamu jual nasi kandar , tapi ke depan sikit pasal masalah nak cari parking untuk kuda aku tu . Pengabis aku berpusing entah sampai ke mana dan pengabis dah sampai kat area Komtar tu.

aku belasah habis sepinggan
terasa rempahnya
RM16.00 untuk pinggan ni je
puas hati lah
alhamdulillah

Kebetulan ada pulak parking kat tepi . Parking kat sini masih guna tiket lagi macam dedulu , setengah jam 40 sen je . Keunikan tu masih dikekalkan kat sini, kurang2 ada juga depa keja jadi budak jaga parking .

Kira nasib baik le pasal ramai dok cuti raya lagi, jadi kesesakkan tak seserius kalau hari biasa . Yang aku tak tahan , jalan dia banyak sangat lorong yang entah ke mana bawak nanti , tapi pusing2 kat situ jugak . Tu kira Ciku Dinas punya area dan pasti dia tahu cerok lorong kat situ .

Minta maaf ciku, anak cucu tumpang lalu hehehe



Selasa, Ogos 28, 2012

SUATU HARI DI HARI RAYA

ALHAMDULILLAH

Suatu hari di hari raya sebelum2 ni, petang raya pertama atau pagi raya kedua, pasti aku dah beraya kat kampung setelah beraya di KL. Tapi rutin aku mulai tahun ni dah berubah dan kena adjust sikit. 2-3 hari nak raya , aku menziarahi pusara org tua aku kat kampung lalu terus pulang ke ibukota utk beraya.

Sesiapa kalau pernah beraya di KL pasti tahu kehangatan beraya di sana hanya di pagi raya sahaja dan hari raya pertama dan kebanyakkan penghuni asal ibu kota akan bergerak ke kampung pada hari raya kedua . Masa itulah bangla, indon, vietnam bermaharaja lela di KL terutamanya di KLCC. Macam2 ada ...

Pernah 5-6 tahun dulu , aku start motor dan pegi ke KLCC tengahari hari raya pertama nak merasai suasana yang lain dari yang lain kat sana. Memang masa tu aku rasa macam berada kat Jakarta pun ada, kat Manila pun ada , kat Bangaladesh pun ada hehehe

Jadi untuk mengisi ruang kosong cuti raya kali ni , kami dok rancang nak pi beraya dengan tok menakan dan mamu di Penang sebulan setengah yang lalu.

Raya ketiga pepagi kami dan mengayuh sampan menuju utara kerana al maklumlah, takut sesak pelbagai nanti dan takut malam baru sampai kerana kesesakkan masa raya memang kita tak dapat nak agak semenjak-dua menjak ni hingga ada yang hanya dari KL nak ke Ipoh buang masa kat 7-8 jam atas jalan padahal kalau ikut masa normal hanya 2 jam lebih sikit je KL-Ipoh .

Masuk highway DUKE terus ke Jalan Duta dan singgah kat R&R Sg. Buloh . Kami dok berkelah kat tepi tu sarapan pagi sandwich telur dan tuna yg mak itam dok masak lepas suboh tadi .

Lepas ni aku tak berhenti2 lagi kerana musim perayaan ni , R&R mana2 pun pasti sesak .Aku toleh semua R&R penuh sesak dengan kenderaan menuju ke utara. Perjalanan kadang-kala pagi tu bergerak perlahan kerana jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Pergerakkan kenderaan menuju terowong Menora agak perlahan kerana sebelum tu hujan turun agak lebat jugak .


12.00 tgh aku dah keluar dari Plaza Tol Juru menuju ke sebelah pulau . Destinasi kami Long Pine Resort di 97 ,Batu Ferringhi yang aku dah buat tempahan 45 hari dulu. Aku pilih menginap di sini kerana suasananya agak mendamaikan dan tenang sebelum nanti menginap pula di Hard Rock pula .

balcony menghadap laut

ada bathtub kat balcony menghadap laut kalau nak berendam

Isnin, Ogos 27, 2012

MELAWAT TOK MENAKAN

ALHAMDULILLAH

Raya baru ni , bapak sempat mengayuh tongkang bapak ke Pulau Pinang nak menziarahi tok-tok menakan yang "sepusat sepusing, mak bapak lain-lain".

Tongkang bapak tiba dekat pukul 1.00 pm juga kat belah pulau . Perut dah lapaq, ingat nak pi ziarah Tok Menakan bapak yang nama Kassim Mustapha kat Lebuh Chulia nak pi pekena nasi kandaq , tapi kerana jalan kat town ni yang berselirat dan berbelit2 ngalah ular, bapak tak jumpalah Tok Kassim Mustapha ni, jadi bapak kayuh je "lanca" ni ikut sedap hati dan jumpa jugalah , tapi Tok Kassim Selamat kat area tepi Komtar tu.

Tak kisahlah, janji ada bunyi "Sim-Sim" kat hujung dia .

Sebelum bapak bercerita panjang sepanjang bapak di sana, layan jelah nasi kandar yang Tok Kassim Selamat hidangkan untuk kami tengahari tu.


penuh pinggan bapak, habis tak tak tinggal baki



Jumaat, Ogos 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

ALHAMDULILLAH

Ramadhan hampir berlalu pergi , Syawal pasti menjelma .
Pagi tadi aku ke pasar berdekatan , mak itam nak beli daun palas dan daun kelapa dan bawak balik nanti . Seikat di sini hanya RM2.00 sahaja .

Apabila melihat daun itu, ingatan ku pada arwah bonda terus menjelma kerana kalau kami balik ke kampung, pasti arwah bonda nanti mintak isteri ku menganyamkan sekali buatnya nanti.

Tapi kini semua hanya tinggal kenangan.

Esok pagi lepas subuh ketika penghuni kota sibuk pulang ke kampung, aku pula sibuk juga, tapi pulang ke kota raya. Tapi rutin untuk singgah menziarahi bonda tetap dalam agenda utama ku . Namun ziarah ku kali ini berbeza sama sekali kerana hanya pusara bonda dan ayahanda sahaja yang menjadi pelepas rindu ku pada kedua mereka .

Esok Jumaat, penghulu segala hari, aku dan anak ku bercadang untuk membaca surah yassin dan bertahlil di pusara mereka sebelum kami meneruskan perjalanan ke kota raya.

Hanya itu sahaja yang aku dapat berikan buat mereka dan diharapkan mereka berbahagia di sana.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf dari kalian semua samada yang aku sedari atau tidak sepanjang aku bersiaran di SCP.

Semoga kedatangan syawal yang mulia ini membawa cahaya kegembiraan dan kebahagian buat kalian semua.

Berhati2 di jalan raya dan semoga kehidupan kalian semua sentiasa diberkati dan dalam perlindungan Allah S.W.T

SELAMAT HARI RAYA DARI KU SEKELUARGA
MAAF ZAHIR BATIN

Rabu, Ogos 15, 2012

TERLALU PANTAS IA BERLALU

ALHAMDULILLAH

Lama dah aku tak bercerita tentang makanan dan minuman padahal tetiap hari makanan dan minuman ni yang ku hadap di atas meja sebagai hidangan. Sekarang mood aku nak ambil foto belum datang lagi setelah lama aku berehat dan merehatkan DSLR aku tu.

Jadi hari tu kira hari pertama puasa , aku sahaja belek2 DSLR aku dan gatalkan tangan buat foto shoot dengan menu Nasi Tomato dan kekawannya.

Kira gambar ni semua dah 27 hari lalu punya cerita.


Kebetulan hari pertama puasa tempohari, sun of gun aku balik dari asrama untuk sama2 berpuasa untuk hari pertama. Jadi maknya pun masakkan lauk spesel sikit, nasi tomato dengan dalca lembu serta acar rempah .

Tak ketinggalan ayam masak merah.

Aku ni pulak sekarang jenis tak kisah apa je lauk , aku makan je.



Diam tak diam Ramadhan bakal meninggalkan aku dan kita semua. Masa seperti berlalu begitu pantas sekali . Manakan tidak, macam baru semalam je aku merakamkan foto2 ini, tapi hakikatnya dah hampir 27 hari ia berlalu.

Tentu raya kali ini akan berlainan sekali rutinnya bagi ku. Aku yang selalunya akan pulang ke kampung untuk menyiapkan dan membantu sikit sebanyak keperluan ibu ku kini hanya tinggal kenangan. Aku akan pulang jugak, tapi bukan lagi untuk keperluan duniawi , tapi menziarahi pusara ibu dan ayah yang terletak berdekatan antara satu sama lain diselangi pusara atuk dan nenek ku. Aku akan menziarahi mereka 2 hari lagi sebelum Ramadhan berakhir .

Aku kini yatim piatu ,namun lebih bernasib baik berbanding rakan ku yang sejak lahir sahaja dari rahim ibunya telah menjadi anak yatim kerana nama bapanya memang Yatim .

Masa berlalu begitu pantas dan sepantas itu jugak aku meninggalkan segala kenangan indah yang pasti kekal dalam sanubari ku .

Alhamdulillah



Khamis, Ogos 09, 2012

ADA TUGAS BESAR YANG SEDIA MENUNGGU YANG MESTI DIKERJAKAN


ni lauk berbuka kat rumah bapak hari tu
air tembikai bapak buat sendiri
bapakkan dulu bekas tukang bancuh air yang dah pencen
sekarang tukang bancuh juga, bancuh simen

ALHAMDULILLAH

Mungkin dikalangan kita semua yang kadang-kala berkesempatan berbuka di luar, tak kiralah kat warung ke , restoran ke atau di mana sahaja.

Tak salah berbuka di luar, yang jadi salahnya apabila berbuka di luar hingga kita abaikan solat fardhu magrib yang berlalu begitu sahaja. Maka sia-sialah kita berlapar sepanjang hari .

Waktu magrib tidaklah begitu panjang sebagaimana waktu isyak.

Para ulama membuat andaian bersandarkan hadis2 iaitu barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ...

enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia

Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya

Dikurangkan rezeki di dalam usahanya

Tiada dipelihara baginya agama Islam

Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya

Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.

Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati

Dimatikan dalam kehinaan

Dimatikan dalam keadaan sangat lapar

Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur

Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.

Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.

Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

Sebagai kesimpulan dan rumusan,
tak salah kalau nak berbuka di luar , tapi pastikan kita tidak melupakan solat fardhu magrib kerana sia-sialah segala lapar dahaga kita kalau kita sengaja atau buat2 bodoh dan meninggalkan solat fardhu magrib dengan alasan yang kita cipta sendiri hanya untuk menyedapkan hati .

Rabu, Ogos 08, 2012

MENU BERBUKA : MEE KARI

ALHAMDULILLAH

Hari ni dah lebih 19 hari kita berpuasa. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari . Semoga kita semakin dapat mempertingkatkan amalan dan amal ibadat kita selari dengan ibadat puasa kita .

Cerita tentang puasa, maka pasti kita tak dapat pisahkan dengan juadah berbuka puasa . Itu lumrah .

Alhamdullilah,
aku sangat bersyukur kerana aku tidak perlu berbuka dalam kenderaan di tengah2 kesibukan kota raya sebagaimana sebilangan mereka yang berkerja terutama di bandar-bandar besar.

Aku jugak tak payah nak terkocoh2 berkunjung ke bazaar ramadhan untuk mencari juadah untuk berbuka nanti kerana semuanya sudah tersedia dimasak oleh mak itam.


Syukur ke hadrat Allah kerana nikmat yang dikurniakan kepada kita semua . Setiap individu ada bahagian masing-masing dan kita terimalah dengan redha akan setiap bahagian mang-masing.

Dan bahagian aku yang Allah dah tulis buat santapan berbuka ialah mee kari . Sesekali makan nasi putih masa berbuka, nak jugak tukar selera . Itu lumrah dunia . Itu sudah mencukupi dan tak perlu timbunan kuih muih yang dibeli kerana kalau tak habis dah jadi membazir dan membazir tu sahabat syaitan. Aku tak nak jadi sahabat syaitan.

Jadi licin aku kerjakan pinggan tu .


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Kalian bagaimana, nak jadi sahabat syaitan ke hehehe




Isnin, Ogos 06, 2012

DESSERT BULAN PUASA : CREAM CARAMEL

ALHAMDULILLAH

Dessert dengan Desert bunyi lebih kurang sama , tapi membawa maksud yang berbeza sama sekali. Kalau pi makan kat restoran salah sebut pulak masa mintak, mau kita dapat makan pasir hehehe

Kalau masa musim cuti panjang, anak2 ada, pasti mak itam buatkan benda alah ni . Tapi depa balik bukan selalu.

Aku lama kepingin nak makan desert ni , tapi memandang kami berdua je, jadi mak itam tunggu "son of gun" balik weekend dari asrama , baru dibuatnya.

Caramel ni kena sejuk pulak lepas keluar dari peti sejuk, memang sedap dimamah . Orang takde gigi pun boleh habis setalam .

Jom layan je desert ni yang lemak berkrim .