WARGA SCP

Khamis, September 20, 2012

MALAM YANG DINGIN DAN SUBUH YANG HENING

ALHAMDULILLAH

Hasrat ku untuk merakamkan foto ketika sang mentari melabuhkan tirainya di tepi pantai Batu Ferringhi terpaksa dilupakan kerana cuaca tidak mengizinkan . Awan mendung berarak dan hujan telah mula turun .

Jadi lepas isyak , aku hanya merakam foto dari beranda bilik ku secara "hands held" . Padahal ada tripod aku bawak letak kat bakul motor aku , tapi kedinginan malam buat aku malas nak turun ke bawah bila aku dah berpelikat gombang.


Sebenarnya semua kelengkapan DSLR seperti ND Filter dan lain2 ada aku bawak , tapi entah kenapa kali ni rasa malas pulak aku nak buat "slow shutter" kat sini. Pengabisnya semua terperap dalam beg kelengkapan aku .

Selepas beberapa shots, hujan mula turun diikuti dengan angin . Karang basah kuyup pulak aku . Setakat kain pelikat basah ok lagi boleh perah,ni kalau DSLR yang basah ,nak perah kan apa...

Maka setakat ni lah sahaja gambaran waktu malam di HRH yang dapat aku rakamkan. Kalau cuaca baik,biasanya aku dah merayap sesorang kat bawah untuk merakamkan "night landscape" . Nampak gaya takde rezeki .


Malam tu aku tidur nyenyak sekali.Namun pukulan ombak membadai pantai yang begitu lebat ditemani pula dengan hujan lebat berserta angin masih dapat aku dengari . Memang dingin sekali malam ini .

Selepas subuh, aku menikmati kesegaran bayu pagi di beranda . Keluarkan dslr dan mula merakam persekitaran ketika "blue hour"

Sungguh indah alam ciptaan Allah sambil ditemani siulan ombak memecah pantai di pagi subuh yang hening . Kebesaran dan kekuasaan Allah tiada tolok tandingnya dalam mentadbir seluruh sekalian alam.

Allahuakhbar.








6 ulasan:

  1. salam bapak,
    cantik sangat pic dalam blue hour ni...tapi saya tak pandai nak buat pic macam ni..ke nak kena guna kamerah mahal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      ni biru original, kamera biasa pun boleh kot

      Padam
  2. DSLR basah perah duit la bapak..

    Bile tgk redup biru gmbr pantai ni terkenang di pattaya HRH. malam blackout seluruh hotel disebabkan hujan yg sgt sgt sgt lebat. sehinggakan pokok2 tepi pantai hampir menyembah bumi.. lautan bergelombang depan mate nampak jelas. masyaAllah. gerun. dalam gelap duduk dlm dakapan suami dah tawakal je. alhamdulillah dakapan suami yg paling selamat. dah la kat tempat orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu pengalaman yg pasti berharga

      kalau bapak au selubong dlm gebor hehehe

      Padam
  3. Salam bapak. Saya lebih rela kepala basah kena hujan dari encek Kenon yg basah. Nangeh woh. Tadi baru ja tengok gambaq blue kat blog lain, kat sini pun ada lagi gambaq blue, heheheeee.

    BalasPadam