WARGA SCP

Isnin, September 03, 2012

RAMAINYA UMAT DI LEG HILL FLAG


tak perlu beratur reramai
wakilkan sorang je dah ok
janji MyKad kasi kat dia

ALHAMDULILLAH


Pagi tu lebih kurang jam 11.00 lepas berkubang kat pool , aku pun bertolaklah ke Bukit Bendera . Kali terakhir aku naik entah berpuluh tahun dahulu masa tram kayu tu lagi . Kemudian 2-3 tahun lepas masa aku pi Penang, aku tak naik kerana nak cari parking masa tu punyalah azab .

Tapi kali ni, aku nak naik jugak kerana katanya kalau naik atas tu sampai 5 minit berbanding masa dulu .




Memang ramai umat masa aku sampai masa tu. Kereta parking kira tepi2 jalan je tak kira tempat kerana sebuah bangunan bertingkat tempat parking kereta yang telah siap dibina sebelum tu telah diruntuhkan semula kerana katanya tidak mengikuti spesifikasi .

Aku tak tahu sapa yang buat silap , aku tak minat nak berpolitik di sini, namun pada ku satu pembaziran yang teramat sangat melibatkan wang rakyat berjuta2 ringgit.

Aku harap selepas ni, bangunan tempat letak kereta tu dapat disiapkan dengan sempurna demi keselesaan pengunjung.

penghujung jalan Leg Hill Flag
tempat buat u turn
sebelah kanan tulah kawasan parking bertingkat
yg sedang diruntuhkan

Nak parking pun kena cari tempat yang sesuai jugak, jangan jadi satu dua buah kereta yang aku nampak depa parking kat selekoh yang pengabisnya terkulai layu di tasik madu "side mirror" depa.

Kelihatan anggota RELA berada di sana membantu para mengunjung mencari tempat letak kereta di tepi2 jalan . Jauh jugak aku dapat tempat letak kereta berhampiran kawasan kondominium .

Nak beli tiket satu hal lagi kerana barisan yang teramat panjang , namun akibat keperihatinan pihak pengurusan Bukit Bendera, sebuah khemah besar dibina dengan kemudahan "air coller".

Harga bagi pemegang My Kad dengan pelancong asing berbeza, jadi masa nak beli tiket kenalah tunjukkan My Kad . Aku pulak pakai My Kad Mexico pun kira samalah pasal kulit kami sawo matang, kira halal lahhhhh ngeh ngeh ngeh



6 ulasan:

  1. Salam.
    Alamak....kalau nak pi naik bukit tu mesti lalu kat sekolah saya dulu....Chung Ling (C) High School.....eh, thanks for the latest info...saya pun tak tahu! Hahahahahahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      saya ada perasaan sek tinggi tu masa ke sana

      mesti lama uncle tak balik penang hehehe

      Padam
  2. Jun naik bukit bendera masa zaman sekolah rendah dulu2 je. Bayangkanlah berapa lama dah sekarang ni umur pun dah dekat2 4 series...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun kali terakhir naik masa bujang2 dulu dok merayau ke penang masa tu hehe

      thanks kerana sudi ke halaman SCP

      Padam
  3. Salam Bapak,
    First and last saya naik bukit bendera was on 1991..dah berapa puluh tahun dah kan..masa tu kalau tak silap saya tiketnya cuma RM8 je, tapi oleh sebab saya pelajar masa tu, rasa macam mahal sangat. La ni ntah bagaimana dah berubahnya bukit bendera tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      lama tu, masa 1991 ,bapak baru 3 tahun berada kat tepi hutan ni hehehe

      mcm2 dah ada kat atas tu

      Padam