WARGA SCP

Selasa, Oktober 23, 2012

PART 4 : IHRAM

ALHAMDULILLAH

Ibadah haji dan umrah pasti tidak boleh dipisahkan dengan pemakaian ihram bagi jemaah lelaki dan juga wanita. Bagi jemaah wanita rasanya tidak menjadi masalah besar kerana ihramnya sama ketika mereka mengerjakan solat dan ketika  menutup aurat.

Tapi bagi lelaki kalau sesiapa tak biasa memakainya, mau terburai tengah jalan dan kalau mencangkung, karang ada yang "terjuntai" pula tanpa kita sedari kerana cara mengikat kainnya bukan macam ikat kain pelikat gombang .

Jadi ilmu memakai ihram  tu kenalah kita pelajari agar pemakaian ihram kita sempurna dan mematuhi syarat2 yang telah digariskan .

Nampak mudah tapi kena juga cuba2 dulu kerana kali pertama pakai pasti rasa lain macam.

Almaklumlah, hanya dua keping kain yang tak berjahit je yang menutup tubuh badan kita yang mana tua muda , miskin kaya, hartawan atau dermawan dan sesiapa sahaja sama di sisi Allah dan yang membezakan hanya ketakwaan dan amal ibadatnya sahaja.



 LANGKAH 1
Temukan kedua-dua hujung kain yang tak berjahit tu
disebelah kiri


 LANGKAH 2
Lipatkan sekali ke sebelah kanan pula
kalau ada kawan tolong pegang lagi senang
kalau takda, selitkan sikit buat sementara

 LANGKAH 3
Pasangkan tali pinggang WWF tu 
kemudian rapikan sikit agar tampak kemas dan
tak berserabai

 LANGKAH 4
ini pula kain ihram bagi menutup bahagian atas pula
depakan hujung ke hujung kiri dan kanan


LANGKAH 5
Boleh selitkan sikit hujungnya
dicelah tali pinggang WWF tadi di bahagian kanan pinggang


LANGKAH 6
silangkan pula diatas bahu sebelah kiri
dengan bahu kanan terbuka sekiranya hendak melakukan tawaf



LANGKAH 7
Jika dalam keadaan biasa ,
beginilahlah rupanya


Inilah pakaian ihram lelaki secara idtiba'
semasa melakukan tawaf 


Ini pula ihram bagi jemaah wanita
jangan lupa pakai stokin yang tebal sikit
kerana kaki juga sebahagian dari aurat

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Nampak ja macam senang tapi rumit jugak nak pakai kain ihram bagi lelaki tu naa. Tang tali pinggang WWF tu yg tak tahan. & jugak perenggan kedua, tercekik saya gelak. Mintak maaf na, tak senonoh saya pi gelak pulak.

    BalasPadam
  2. Salam bapak,
    kalau kat Mekah tu, saya suka tengok pak arab pakai jubah..trendy nau gaya depa walaupun dalam jubah putih.
    Okeh bapak, selamat hari raya..jemput mai windsor..:) kat sg long je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      selamat hari raya aidil adha buat lw juga
      bapak ada dua pasang jubah tu hehe

      terima kasih atas jemputan

      Padam
  3. waalaikumsalam

    itu tali pinggang wwf sgt penting dan berguna hehehe

    gelak penawar duka, tapi jgn spi mengilai hehehe

    BalasPadam