ALHAMDULILLAH
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran adalah Allah S.W.T. Begitulah juga dengan kembara ku ke Tanah Suci Makkah ini akan berakhir . Kami empat beranak akan meninggalkan tempat suci ini dan berharap agar Allah menjemput kami lagi ke sini.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran adalah Allah S.W.T. Begitulah juga dengan kembara ku ke Tanah Suci Makkah ini akan berakhir . Kami empat beranak akan meninggalkan tempat suci ini dan berharap agar Allah menjemput kami lagi ke sini.
Setelah agak lama juga aku berada di Al Haram pagi ni seperti lazimnya, aku terpaksa juga meninggalkan tempat ini untuk pulang ke Al Massa . Nanti kami akan menunaikan solat zohor buat kali terakhir di Masjidil Haram sebelum terus melakukan tawaf wada' nanti .
Diam tak diam , masa berlalu begitu pantas sekali . Rasa macam baru je lagi kami tiba di kota suci Makkah, dah nak balik ke Tanah Melayu.
suasana pagi yang begitu mendamaikan
pandangan terindah yang sukar dilupakan
pada ku tiada tempat yang terindah selain dari berada di sini
Banyak permasalahan yang perlu aku selesaikan tempohari sebelum kami bertolak ke sini. Masalah penginapannya yang hanya selesai 4-5 hari sebelum kami berangkat . Begitu juga dengan masalah urusan jualbeli getah beku aku yang tersangkut kerana pelanggan aku ramai yang tak buat bayaran lagi kepada ku yang dah tertangguh hampir 4,5 bulan ++ di saat aku nak berangkat ke Tanah Suci.
Jadi sebelum bertolak , aku dah siapkan fail akaun pelanggan2 aku yang belum mereka jelaskan dan letak sesiap atas meja. Andai kata aku pergi tak kembali , maka senanglah waris aku nanti nak tuntut dari mereka kerana bukan "kecik anak" jumlah keseluruhannya.
Sebenarnya kehidupan kita singkat dan kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Adakah kita keluar rumah dan akan kembali semula serta sebaliknya , semua urusan Allah S.W.T.
Begitu juga ketika nak tidur dan melelapkan mata. Adakah Allah S.W.T akan bangkitkan kita dari tidur keesokkan paginya atau kita terus tidur tanpa dibangkitkan lagi .
Pasti kekadang perasaan begitu menghantui kita, tapi kita sebagai seorang hamba Allah mesti sentiasa bersedia untuk dikembalikan dan percaya hidup mati, jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki semua ditentukan Allah Yang Satu.
suasana dhuha yang indah dan mendamaikan
Dengan berat , aku mula melangkah meninggalkan Al Haram pagi tu kerana bagasi perlu dikemas di bilik nanti dan porter Al Massa minta kami letakkan bagasi besar di hadapan pintu bilik untuk di bawa turun nanti. Kami pergi dengan beg tersebut dan pulang jugak dengan jumlah beg yang sama .Tiada beg yang beranak .
Terus terang aku katakan , buat diri ku hanya sehelai sejadah yang aku beli sepanjang kami di sini . Dah memang niat aku ke sini bukan untuk nak beli itu ini. Ada sekotak kurma dan sekotak kekacang dan kismis yang akan dibawa pulang nanti . Untuk kami berempat ,sudah pasti 4 botol air zam-zam 10 liter sebagai bekalan.
Untuk anak2 pula serta mak anak, aku belikan beberapa helai jubah baru buat mereka . Aku sendiri tak beli jubah kerana entahlah, aku dari dulu lebih senang berkain pelikat gombang serta berbaju kurung teluk belanga je .
jemaah pakistan rasanya menuju kawasan mataf
sebelum terus melangkah pergi
sempat aku menatap kaabah sekali lagi
sempat aku menatap kaabah sekali lagi
tenang haati tgok gambar2 ni...entah bila turn saya kan..
BalasPadamAlhamdulillah
PadamInsyallah
MasyaAllah. Sejuk mata memandang. Rindunya suasana begini.
BalasPadamSemoga urusan jualbeli getah Tuan Haji berjalan lancar dan dijemput menjadi tetamu Allah lagi.
Alhamdulillah
Padammoga kita dijemput menjadi tetamuNya lagi, insyallah
bila ak ke sana lagi?
BalasPadamInsyallah
Padam2015 perancangannya
Alhamdulillah..moga cepat dapat rezeki datang ke sini.
BalasPadamAlhamdulillah
Padaminsyallah, niat nak ke sana je kira dah dapat pahala