WARGA SCP

Khamis, Oktober 31, 2013

PART 60 TANAH SUCI MAKKAH : SELAMAT TINGGAL BUMI MAKKAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH

Penerbangan pulang ke Tanah Melayu dengan pesawat Saudia melalui Lapangan Terbang King Abd Aziz, Jeddah. Bagasi kami tak bertambah seperti apa yang kami bawa tempohari.Seperti yang aku katakan sebelum ini,  aku memang tak ada nak beli apa2 untuk ku melainkan kurma dan air zam-zam sahaja yang dibawa balik. Namun aku sempat membeli seperti yang aku hajatkan hanya sekeping sejadah yang agak berkualiti di Museum sebagai tanda kenangan . Buat anak2 dan mak anak , aku belikan sepasang dua jubah untuk mereka .

Alhamdulillah
Kuota untuk bagasi kami 23kg x 2 beg bagi seorang individu yang bermaksud 8 beg semuanya langsung tak sampai hadnya kerana kami hanya bawa 2 bagasi pakaian buat seisi keluarga dan 2 hand luggage sahaja . Jadi pegawai kat airport tu tak banyak ceritalah semasa proses check in dan macam biasa tempat duduk sebaris berempat buat kami sebagai pilihan kerana kedudukan kerusi untuk Boeing 777 adalah 3 tempat duduk  ditepi, 4  ditengah dan 3 lagi ditepi.

Semua urusan kami dikaunter diuruskan oleh seorang pembantu orang  Melayu kita yang berasal dari Perak tapi dilahirkan dan dibesarkan di Kota Makkah .Kira dan dapat "iqamah" dan memiliki PR Saudi.  . Syukur alhamdulillah .

Jeddah International Airport

Aku lebih suka sekiranya penerbangan pulang kami dari Terminal Umrah dan Haji, tapi kerana kami menaiki Saudi Air untuk "komersil flight", maka kami akan berlepas dari terminal utama . Kelihatan beberapa rombongan pakej umrah juga seperti Andalusia dan Albatutha sedang berbaris panjang bagasi mereka di kaunter untuk "berkumpulan" masih belum selesai.

Memang dah jadi kebiasaan kalau nak berlepas pulang dari Jeddah, kebiasaannya masa keluar dari kota Makkah hinggalah saat kita terbang, diperuntukan sekurang-kurangnya 6 jam . Memang terasa bosan ketika itu dan ketika itulah segala keletihan dan kepenatan terpancar di wajah kita . Masa kat Makkah, tidak sebegitu rasanya. 

pasti merindui suasana di sini bila cukur licin
kedai gunting ni sebelah penjuru Al Massa 
Dah masuk dalam terminal , dah tak boleh keluar-keluar lagi . Pilihan makanan yang dijual di situ agak terhad sekali. Mereka pula tak terima kredit card ketika jumlah Saudi Riyal di tangan dah tak berapa banyak . Tu sebab aku katakan yang lebih seronok jika berada di terminal Umrah dan Haji yang lebih terbuka dan boleh keluar masuk . Kita hanya akan memasuki ruang pelepasan hanya tak sampai sejam je sebelum berlepas . Nak ke toilet senang dan nak solat pun terlalu banyak ruang .

Tapi kat sana ikut suka mereka je nak tukar terminal samada dari Terminal Utama atau terminal Haji dan Umrah . Jadi kita sukar nak jangka . Aku 1/2 jam lagi nak magrib dah sesiap ambil wuduk kerana aku tahu pasti nanti karang panjang kena beratur. Sempat jamak takdim magrib isyak di surau yang kecil . 

Setelah lama menanti selepas sahaja keluar meninggalkan Kota Makkah usai sahaja tawaf wada' selepas zohor tadi , saat yang dinanti-nantikan tiba jua . Penantian hampir 6 jam lebih akan berakhir apabila pesawat yang akan membawa kami pulang telah sedia menanti.

Kami Alhamdulillah takde masalah tempat duduk.Kami pergi sendiri dan tak ikut group . Jadi masa check in pun senang untuk kami berempat. Cuma keadaan agak kecoh sedikit dalam kapal terbang kerana bagi group2 tadi yang pasti lebih kurang 30-40 orang satu group, kedudukan tempat duduk mereka antara satu pasangan atau sesebuah keluarga bersepah-sepah tempat duduknya. Dah kecoh nak tukar tempat duduk. Pramugara dan pramugari Saudi Air meminta mereka duduk dulu ikut no. seat  dan selepas pesawat berlepas nanti , barulah buat pertukaran sesama sendiri nanti kerana kalau tak , kedudukan laluan yang sempit akan meyukarkan penumpang lain yang baru nak masuk ke perut pesawat sedangkan mereka dok kecoh nak tukar sana, tukar sini.

Lepas tu aku dah tak pedulikan kerana lepas duduk dan pasang "sabuk pengamam" kalau sapa pernah naik Garuda Airlines, aku dah bantai tidur je kerana terlalu mengantuk dan penat sangat dan aku hanya terbangun bila bau makanan je yang dihidangkan hehehe

Pesawat singgah sebentar di Riyadh. Walaupun kira "direct flight" , tapi kerana Riyadh hub utama bagi Saudi Air, kenalah dia berhenti di situ untuk mengambil penumpang arab yang nak ke Kuala Lumpur. 

Lepas tu aku dah tak ingat apa yang berlaku kerana sepanjang penerbangan hampir berejam-rejam lamanya ,memang aku tidur dan hanya bangun bila disajikan hidangan dan tidur lagi kerana aku memerlu rehat yang mencukupi nanti serta tidak mengalami "jetlag" . Lepas mendarat nanti di KLIA, aku akan terus memandu motor roda tiga ku untuk kami pulang ke HC nanti.

Setengah jam nak mendarat ketika kami berada di ruang angkasa Bangkok,baru aku tersedar . Terasa segar sedikit badan, cuma lenguh2 kat seluruh anggota badan agak dirasai. Selamat mendarat di Tanah Melayu dan urusan pasport begitu pantas sekali.Cuma urusan mengambil bagasi sahaja pada ku agak terlalu lama melebihi satu jam ke dua jam . Terasa masa terbuang begitu sahaja.Bagasi keluar sikit2 je dan begitu juga dengan air zam-zam . Memang agak sukar kalau tak tandakan air zam-zam tu kerana kalau 200 jemaah , bermaksud ada 200 botol air zam-zam yang semua sama je dalam kotak warna putih .

 tak sabar rasanya nak mendarat

Bila aku ajukan pertanyaan kepada seorang staf bertugas di situ, alasan yang diberikan jika penerbangan dari Makkah , memang sebegitu kerana muatan dan jumlah bagasi yang diuruskan mereka agak banyak . Itu alasan mereka tapi pasti ada satu jalan penyelesaian untuk melicinkan lagi urusan tersebut. Depa kena fikirlah kerana aku hanya "semut kecil" yang menyuarakan pandangan dan pendapat untuk kebaikkan bersama.

Alhamdulillah,
Selamat kami pergi dan juga selamat kami kembali ke tanah air.
Moga segala apa yang kami hajatkan dan doakan di sana dimakbulkan Allah S.W.T
Moga segala amal ibadat kami diterima Allah dan moga kami mendapat umrah yang mabrur.

Aku sendiri tak tahu bila aku berkesempatan dan beri peluang oleh Allah untuk berada di dua kota suciNYA. Memang sekarang , kota suci Makkah dan Masjidil Haram sendiri mengalami satu perubahan dan pembinaan yang begitu drastik dan untuk kerja-kerja dalam Masjdil Haram sahaja, dijangka memakan masa 2-3 tahun lagi untuk siap . Mungkin ketika itu kami akan menjejakkan kaki ke sana lagi dengan izin Mu Ya Allah

Semoga sedikit perkongsian kembara kami kali ini dapat memberikan manafaat dan ilmu yang berguna buat rakan-rakan dan "pembaca senyap" SCP ni. 

Mana yang baik kita ambil sebagai pedoman manakala sebaliknya kita jadikan sempadan .Sesungguhnya aku insan lemah dan punya banyak kelemahan dan maafkan aku jika ada tulisanku yang menyimpang dan menguris hati demi kebaikan bersama .

TAMMAT



12 ulasan:

  1. Semoga ibadatmu diterima Allah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Yob, pe kabor kite? Yg teman ingat grup kami kecik 8 org (haj 2011), dan teman banyak melilau sorang2 sbb masing2 ada pasangan atau melilau sorang2 gak. Tapi Alhamdulillah urusan ibadat dan prosedur semua boleh dikatakan cepat dan tak banyak kerenah. Cuma salah sorang ahli kami hilang lebih seminggu, pastu jumpa balik. Teringin gak nak ke sana lagi. Cantik2 gambor Yob!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak

      Alhamdulillah, sihat belaka kami , harap akak pun semua ok
      kalau akak kat setambul, dekat benor dalam 2 jam lebih dah sampai tanah suci , tapi nak kena ada visa jugak kan nak masuk sana

      Padam
  3. alhamdulillah, semoga mendapat haji mabrur, amin3...

    wana7370

    BalasPadam
  4. Salam bapak. Alhamdulillah. Memang banyak informasi yg boleh didapati dari entri2 bapak tentang pemergian ke Tanah Suci ni. Terima kasih & semoga Allah SWT merahmati bapak atas perkongsian yg amat berguna ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      Alhamdulillah

      moga2 dapat memberi manafaat buat bapak dan semua jugak

      Padam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,

    Alhamdulillah, selalu baca N3 Pak Itam, tapi tak komen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak

      alhamdulillah
      it's ok kak

      Padam
  6. Assalam Tuan,

    Boleh berikan email kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang melakukan umrah sendiri. Email saya kay_noor@yahoo.com.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      rezekisuatucatatanperjalanan@gmail.com

      Padam