WARGA SCP

Isnin, Oktober 28, 2013

PART 59 TANAH SUCI MAKKAH : KEBERANGKATAN PULANG

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Seperti yang aku katakan,setiap yang bermula pasti berakhir . Tadi lepas zohor, dalam sinaran mentari yang terik , kami lakukan tawaf wada' seperti yang disyaratkan sebelum meninggalkan Baitullah dan kota suci Makkah nanti.

Kerana lepas zohor dan mentari pula terpacak atas kepala,maka tak ramai yang bertawaf ketika itu dan dalam tak sampai setengah jam dah selesai. Cuma peluh sahaja telah membasahi baju yang dipakai. Berdoa seperti yang disarankan selepas itu agar ini bukan perpisahan yang terakhir dan moga sentiasa menjadi tetamu Allah di masa-masa akan datang.

Tiada lagi "wajah" Baitulah  yang aku potretkan kala aku melangkah ke Al Haram sebelumnya dan juga ketika aku melangkah pergi meninggalkannya. Hanya semuanya terpahat erat dalam hati dan sanubari ku sahaja ketika itu.


Ismail dan sorang pembantu telah sedia menanti di hadapan lobby Al Massa . Semua bagasi kami dah berada di lobby hotel .Cuma hand luggage je kat bilik lagi. Aku minta sedikit masa untuk aku membersihkan diri dan menyalin pakaian yang dah dibasahi peluh tadi kerana kalau tak, mau hapak satu badan nak tunggu berlepas terbang nanti dalam pukul 8.30 malam .

Macam-macam ada dalam hati masa tu.Sedih ada dan gumbira pun ada .Sedih kerana setelah rutin seharian berhari-hari lamanya kami lalui di sini yang sentiasa berulang alik dari Al Massa ke Al Haram dan sentiasa menatap Baitullah dan sentiasa dapat melihat panorama umat islam sejagat yang berada di Kota Suci Makkah mendambakan diri melakukan dan menjalani ibadat hanya untuk Allah yang Maha Esa, tapi kini telah tiba saatnya kami akan meninggalkan semua rutin tersebut .

Gumbira dalam hati kerana doa kami dimakbulkan dengan cepat oleh Allah Yang Maha Agung semasa kami melakukan tawaf wada' Jun 2010 dan Mac 2013 , kami dijemput sekali lagi olehNYA

Kini kami akan meninggalkan Al Haram dan tak tahu bila lagi akan berkesempatan ke sini.Kemungkinan besar ikut perancangan , kalau diberikan rezeki serta  kesihatan dan kelapangan masa , 2015 atau 2016 nanti selepas projek pembesaran kawasan Masjidil Haram selesai, kami nak datang ke Rumah Allah ni lagi.


aku panggil getah atas kepala tu "igal" hehehe


tu kiosk drive thru
kereta ke lori ke berhenti kat tepi tingkap dia tu
terdapat banyak juga kedai yang beroperasi di sini
menjual minuman panas dan sejuk

Selamat tinggal Al Haram. 30 minit juga berputar2 dalam kesesakkan untuk meninggalkan Al Haram sebelum Ismail memberhentikan GMC nya di sebuah hentian rehat Drive Thru di tepi lebuh raya yang menuju ke Jeddah. Kami perlu menanti di sini kerana untuk mengambil botol air zam-zam kami sebanyak 4 botol dengan setiapnya 10 liter yang akan dihantar oleh pihak yang diamanahkan. Sekarang semua bentuk botol adalah sama yang diuruskan oleh pihak kerajaan mereka dan diletakkan dalam kotak berwarna putih setelah botol tersebut dibungkus terlebih dahulu dalam plastik kedap kebocoran dan diletakkan dalam kotak.

Dah takde tong-tong air yang 4 segi dan tutup merah macam dulu tu.

Selesai sudah urusan kami mendapatkan air zam-zam untuk dibawa pulang nanti ke Tanah Melayu. Semua tu diuruskan oleh pihak mereka dan kami dah tak payah nak pening2 nak pikir mana nak dapatkan bekalan air zam-zam untuk dibawa pulang nanti.

Perjalanan diteruskan ke Jeddah .Jarak Jeddah dan Makkah tak jauh sangat dalam 90 km je, Tapi yang kita tak boleh jangka adalah kesesakkan lalu lintas yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan ke sana .
terima kasih Ismail dan Abdul Karim  atas khidmat mu yang sangat baik dan memuaskan

Terdapat perkhidmatan teksi sebenarnya dari Airport Jeddah ke Makkah .Kebanyakkan pemandunya berbahasa Urdu .

Tambang teksi dari Jeddah Airport takda yang tetap, ikut suka depa je dan kita kena pandai tawar menawar. Kalau musim tak sibuk lebih kurang dari SR150-SR250 .Tapi bila tiba hujung minggu bagi Saudi iaitu hari khamis dan jumaat , pasti tambang meningkat antara SR250-SR350 kerana ramai yang nak memasuki kota Makkah.

Bila tiba Ramadhan , harganya berlipat ganda hingga mencecah dari SR350-SR450
 

Hotel penginapan juga apabila tiba Ramadhan meningkat dari bulan2 biasa dan 10 hari terakhir Ramadhan juga meningkat sangat tinggi kerana permintaan yang sangat tinggi.

Kami bersyukur dan sangat beruntung kerana urusan semasa kami sampai dari Jeddah dan juga semasa kami pulang semula ke Jeddah berjalan dengan baik sekali  . Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami setelah menjejakkan kaki ke bumi penuh barakah ini hinggalah di saat kami kami menginjak meninggalkan bumi penuh keberkatan ini.

Pasti pengalaman berada di sini ketika ini takkan sama dengan pengalaman akan datang sekiranya kami dijemput menjadi tetamuNYA lagi. Itu kerana landskap kota suci Makkah sekarang dan hari-hari yang mendatang berubah dengan begitu drastik dan pantas seiring dengan segala permodenan dan pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan Saudi untuk memberikan keselesaan di masa akan datang pada para jemaah.





setakat kopak ni satu permandangan lumrah di sini
kalau tak kopak sana-sani , bukan kereta Makkah namanya hehehe


4 ulasan:

  1. Salam bapak. Kisah balik sudah. Alhamdulillah segala urusan telah dipermudahkan olehNya. Saya masih ingat lagi tong ayaq patsagi bertudung merah tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      tong tutup merah bapak buat simpan air kat tepi hutan ni krn kalau putus bekalan tak mengelabah hehehe

      Padam
  2. Salam. Masa saya balik ke KSA, saya ambik teksi dari epot jeddah nak ke mekah. Dia bawak saya ke mekah tapi buat2 salah dan hantar ke InterContinental Hotel instead of Al Safwah. Bayangkan nak kona dari Inter Con ke Al Safwah yang boleh jalan 3 minit, dia mintak SR100! Saya panggil staff saya 4-5 orang terus dikurangkan harga ke SR120. Mula mintak SR150. Masa nak menipu depan Haram dia mintak SR250. Lepas kena gertak dgn staff saudi saya nak report ke authority, terus diacount jadi SR120!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam uncle

      sib baik uncle panjang akal, kalau tak pasti depa nak sembelih , tapi silap orang hehehe

      hari tu sebelum terbang balik, sempat saya berbual dgn pembantu yg hantar saya tu tentang sorang pegawai arab yang kaki "paw" kat aiport jeddah, nanti ada masa saya buat n3nya

      Padam