WARGA SCP

Jumaat, Oktober 18, 2013

PART 56 TANAH SUCI MAKKAH : KEKUATAN FIZIKAL MENTAL PERLU KUAT DAN SEIMBANG

ALHAMDULILLAH

Antara perbezaan pekerjaan haji dan umrah adalah bermalam di Mina 11,12 Zulhijah bagi yang melakukan nafar awal manakala bermalam 11,12,13 Zulhijah bagi yang berniat nak lakukan nafar thani.

Jemaah yang melakukan haji tak kiralah haji tamattuk , haji ifrad atau pun haji qiran diwajibkan bermalam di Mina . Ketika mula bergerak ke Arafah pada hari Tarwiyah, maka bermulalah sebenarnya cabaran yang menuntut kekuatan fizikal dan mental 100% kerana kita akan bergerak dari Arafah ke Mudzalifah dan ke Mina pula.
tepi khemah kami jalan utama menuju terowong Muaasim
seberang sana perkhemahan jemaah Indonisia yang ketika itu hampir 300 000 ribu 
jemaah malaysia ketika itu hanya 27 000 je
Tidur dan rehat kita tidak menentu ketika itu .Namun jangan terperanjat jika terdapat jemaah yang berpendapat tak perlu bermalam di Mina dan bersusah-payah di sana dan semua boleh ditebus dengan hanya membayar dam . Di dunia yang fana' sampai perkerjaan wajib haji pun golongan ni nak "swastakan". Allah memberikan sedikit kelonggaran jika berlaku uzur syarei dan tak dapat dielakkan,bukan suka-suka je ikut hukum sendiri. Memang sah hajinya, tapi dikira "cacat".

Sambung balik cerita di masyair. Berbeza di Arafah dan Mina, persingahan sebentar di Mudzalifah yang berbumbungkan langit malam , bulan dan bintang kekadang yang memakan masa 3-4 jam seperti dijadualkan akan menjadi 10-12 jam tanpa diduga kerana bas yang akan membawa jemaah ke Mina tersangkut dalam kesesakan dan ketika itulah memerlukan kesabaran yang tinggi . Kalau penat sangat di Mudzalifah, hanya beg kecil yang dibawa sebagai penyandar atau bantal dan beralaskan plastik atau tikar sahaja.
yang pergi ke jamrah dan balik sama ramai je petang hari Nahar 
Sebab itulah kita sering diingatkan agar bukan sahaja ilmu di dada perlu diisi dengan ilmu yang berkaitan, tapi mental dan fizikal kita juga harus kita persiapkan bagi menghadapi cabaran tersebut . Pekerjaan haji adalah pekerjaan yang memerlukan kudrat dan berkusut masai.

Sampai sahaja di Mina nanti , khemah-khemah besar yang menempat 30-40 orang jemaah sudah sedia menanti yang akan menempatkan kita selama 2 atau 3 hari dalam melakukan salah satu lagi wajib haji iaitu melontar di ketiga-tiga jamrah mengikut masa dan hari yang terkandung dalam aturannya .

Bagi yang tak dapat menerima dan menyesuaikan dengan keadaan suasana di Mina , ada segelintir jemaah yang akan berulang-alik dari Mina dan Makkah . Mereka hanya mabit di tepi2 jamrah dan cukup je waktu , terus melontar dan pulang ke penginapan di Makkah dan esok akan mengulanginya dan kebiasaannya mereka akan melakukan nafar awal dan tak perlu lagi bermalam di Mina dan melontar pada 13 Zulhijah.
kesabaran pasti teruji di sini
kemudahan tandas hanya peringkat asas je
Ni kira bahagian memasing kerana aku bertemu dengan 3-4 orang yang kiranya berjawatan tinggi antaranya  professor yang katanya tak boleh menginap di Mina dalam khemah dan tempat tidur yang berhimpit-himpit kerana tak biasa serta tak boleh dan  tak biasa menggunakan tandas di Mina yang kita sedia maklum tandas sementara dan tak berapa selesa berbanding di bilik hotel . Jadi ketiga-tiga malam tersebut , mereka tak tidur di khemah. Mereka hanya mencukupkan waktu mabit di Mina di tepi jalan berhampiran kawasan jamrah kira dalam kawasan Mina sahaja.Macam aku kata, "bahagian memasing".
pangkal terowong Muaasim
 

Jika selalu kita sering dengar yang jemaah yang dah pergi haji yang ceritanya sekembali dari Makkah nak pergi lagi. Tapi aku sendiri bertemu dengan seorang jemaah yang sedang mengerjakan pekerjaan wajib haji ketika itu mabit di Mina yang katanya cukuplah sekali je kerana tak tahan dengan cabaran sebegini terutamanya di Mina dan dia pun tak tidur di perkhemahan di Mina dan berulang-alik ke Makkah . Tak terkata aku bila ia mengeluarkan kata2 tersebut ketika masa tu baru masuk fasa mabit di Mina . Bahagian memasing. 
macam semut pagi 11 Zulhijah dalam jam 10 pagi
aku ambil foto ni atas flyover depan kawasan 
perkhemahan kami
 
keadaan sebegini tak putus-putus memenuhi semua jalan yang menghala ke jamrah
tak kira waktu dan masa
Bercakap tentang penginapan di Mina, kebiasaannya kebanyakkan perkhemahan yang menempatkan jemaah Malaysia adalah di Mina Muaasim. Sebenarnya kawasan perkhemahan di Mina terbahagi kepada 3 iaitu paling dekat Mina Jamrah, ke 2 Mina Muassim dan paling jauh Mina Muhassir.

Untuk yang khemahnya di Mina Jamrah, kira rezeki mereka murah dikurniakan Allah dan membayar hampir 100k++ . Namun seperti yang diceritakan oleh seorang hamba Allah yang menggunakan pakej tersebut yang terpaksa pulang berjalan kaki ke Makkah kerana bas yang sepatut membawa mereka pulang tak boleh melalui jalannya yang dipenuhi oleh jemaah tak kira waktu kerana khemah mereka dekat sangat dengan jamrah.

Lihatlah kekuasaan Allah. Walaupun mereka nak pegi melontar dekat dan tak perlu jalan jauh kerana dekat khemah mereka dengan jamrah, tapi Allah gantikan dengan peristiwa yang aku sebutkan tadi . Hikmahnya sebenarnya, Allah nak tunjuk dan nak mereka rasai sebagaimana jemaah2 lain dari seluruh pelusuk dunia yang terpaksa berjalan kaki berulang-alik ke jamrah berkilometer jaraknya untuk melakukan lontaran.


askar ramai berkawal di pintu masuk terowong
sapa bawak beg tak dibenarkan masuk
Jarak antara Mina Muassim dengan kawasan jamrah pula boleh tahan juga dalam 3-4 km dan khemah aku di sini dipangkal terowong muaasim . 

Memang ketika itu sangat memerlukan tenaga berulang-alik ke jamrah dalam jutaan jemaah yang ramai. Namun aturan Allah begitu "cantik dan sempurna". Di benarkan bagi jemaah haji yang uzur dan lanjut usia mengambil rukshah syara' iaitu mewakilkan kepada orang lain untuk melakukan lontaran bagi diri mereka. Tapi orang yang diwakilkan lontarannya itu tadi perlulah menyelesaikan dulu kesemua lontaran yang diwajibkan kepadanya pada hari tersebut sebelum melakukan lontaran bagi pihak yang diwakilkannya itu.

Namun jangan pulak kita sesuka hati mewakilkan kepada orang lain sedangkan kita tidak dikategorikan sebagai uzur .

Lontaran pertama yang kekadang mencetus suasana yang boleh mendatang sedikit keributan adalah lontaran di Jamratul Kubra pada 10 Zulhijah iaitu Hari Nahar . Hari Nahar ni kira Hari Raya Korban. Waktu afdal ialah pada waktu Dhuha. Masa tu kawasan Jamratul Kubra memang sangat padat kerana hampir 80% jemaah akan berebut-rebut nak melontar kerana nak ambil pahala lebih . Pada Hari Nahar , hanya satu lontaran je di Jamratul Kubra. Lepas lontar dah boleh bergunting dan bertahalul awal dan bukak kain ihram dan ganti dengan pakaian biasa bagi lelaki. Kena tunggu masuk waktu 11 Zulhijjah pula untuk mula lontar Jamratul Sugra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra.

Bagi jemaah Tanah Melayu, biasanya pihak Tabung Haji akan hanya membawa jemaah memulakan lontaran pada Hari Nahar sebelah malam 10 Zulhijah untuk mengelakkan kesesakkan dan risiko perkara tak diingini. Jadi biasanya apabila kita tiba di Mina pagi hari Nahar 10 Zulhijjah dalam jam 10-11 pagi, ketika itu pantang larang ihram perlu dijaga hinggalah malam nanti apabila telah dibawa melontar di Jamratul Kubra serta bergunting dan automatik kira Tahalul Awal.

Malam tu lepas kami melontar untuk pertama kalinya di Jamratul Kubra, aku capai gunting dan gunting beberapa helai rambut. Cari tempat kosong sikit dan terus bukak ihram dan tukar dengan t-shirt dan track suit kerana kami ambil keputusan pulang ke Makkah dengan berjalan kaki . Tujuan kami ialah untuk selesaikan tawaf ifadah dan saei haji sebelum subuh nanti  kerana saat itu jemaah yang berbuat demikian tak begitu ramai kerana untuk berjalan kaki ke Makkah yang jaraknya dalam 10-12 km melalui beberapa terowong yang penghabisan terowongnya berhampiran istana raja depan Masjidil Haram memerlukan kudrat kerana makan masa 2-3 jam perjalanan.

padat sungguh masa tu, semua nak siapkan tawaf ifadah (tawaf rukun)

Dah siap nanti tawaf dan saei haji, balik semula ke Mina untuk bermalam pada 11,12,13 Zulhijjah nanti dan sempurnakan ketiga-tiga lontaran pada hari tersebut.

13 Zulhijjah nanti balik ke Makkah, kira dah sempurna kesemua rukun dan wajib haji . Ketika 13 Zulhijah lah, keadaan di Masjidil Haram tersangat padat kerana masa tu hampir 70 % jemaah yang tak siap lagi pekerjaan hajinya akan melakukan tawaf ifadah atau tawaf rukun dan saei.



Hari ni Jumaat 13 Zulhijah. Fikiran aku kembali melayang mengimbas kembali detik-detik kami di sana 6-7 tahun yang lalu. Masa kami kembali semula ke kota Makkah setelah bermalam diMina selama 3 malam, keadaan di Masjidil Haram terlalu sesak terutama di kawasan tawaf dan saei. 

Alhamdulillah,
kami dah selesai semua rukun dan wajib haji ketika itu sebelumnya. Cuma satu jela lagi iaitu tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal yang hanya dilakukan sebelum meninggalkan kota suci Makkah.

Ada jemaah mengatakan yang 2-3 jam  diperlukan untuk melakukan tawaf ifadah ketika itu kerana terlalu padat sangat . 

Ok, rasanya dah panjang benar perkongsian aku hari ni . Apa yang baik dari perkongsian aku ni kita jadikan teladan manakala sebaliknya kita jadikan sempadan.

tiada ruang lompang langsung
namun Allah Maha Kaya
kalau tawaf, pasti ada Allah sediakan ruang untuk tetamuNYA
menyempurnakannya

8 ulasan:

  1. semuga satu hari nanti saya ada rejki ke rumah Allah nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah
      boleh pegi sekali dgn cik abang yang pasti akan jadi mahram MZ

      nak wish kat sini 'selamat pengantin baru "buat MZ

      Padam
  2. Assalam Pak Itam,
    Alhamdulillah...Pak Itam sudah menyelsaikan rukun Islam ke 5...mudah2an bapa saya yg sedang berada di sana sabar dan sabar untuk menyelesaikan kesemua kerja haji...hari ini hari terakhir...sayunya hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      kami hingga sekarang masih merindui saat2 manis mengerjakan haji dulu dan ingin lagi mengulanginya

      Padam
  3. Menariknya perspektif ini. Membuatkan minda ini berfikir.

    Nanti baca pula entri saya tentang Dugaan di Mina. Akan muncul tak lama lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah baca kat n3 akak
      mmg cabaran di Mina besar dan memerlukan kesabaran

      Padam
  4. Salam bapak. Subhanallah. Saya pun takut jugak kekalau bila di sana nanti mulut saya ni cakap yg bukan2 & tak tahan dugaan tapi kena doa banyak2 supaya mulut ni terpelihara & kuat semangat..takut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      biasalah kita manusia yg lemah, mcm bapak kalau terlintas yg tak sepatutnya di hati semasa di sana, cecepat istifar mohon keampunan dr Allah

      Padam