WARGA SCP

Selasa, Disember 29, 2015

USA PART 18 : WASHINGTON DC (SIRI 2) CAPITOL HILL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Explorasi kami di historic district Washington DC akhirnya bermula dengan iringan hujan renyai membuatkan kedinginan semakin terasa mencucuk-cucuk tulang .Hanya kami dan beberapa orang sahaja ketika itu dalam bas. Tepat masa , bas meluncur pergi .

Heater dalam bas telah dihidupkan. DC Trails ni banyak basnya yang beroperasi tanpa henti kerana akan berhenti samada untuk menurunkan atau mengambil penumpang yang telah membeli tiket. Julat masa kekerapan bas pula adalah setiap 20-30 minit setiap stesyen . 

Jadi kalau kita berhenti sekadar untuk merakamkan foto di perhentian pilihan kita, lepas tu dah boleh naik balik bas berlainan dari syarikat yang sama. Lambai je nanti kat drebar tu. Yang best , mereka tetap beroperasi walaupun seorang sahaja penumpang di dalamnya.


Bas tersebut dioperasikan oleh seorang pemandu dan serta seorang tour guide yang akan tentunya mempunyai pengetahuan yang amat mendalam akan setiap bangunan, setiap jalan serta setiap tarikan di sepanjang route yang dilalui olehnya kerana ia akan memberi penerangan yang lengkap setiap kali melalui sesuatu bangunan .

Persingahan pertama pilihan kami pagi itu adalah Capitol Square di mana terletaknya bangunan Capitol Hill .
 




Capitol Hill merupakan kawasan bersejarah serta kawasan kejiranan terbesar di Washington DC. Di sini juga terletaknya United States Capitol dimana para ahli kongres bersidang . 

United States Capitol  adalah bangunan yang digunakan sebagai pejabat dan juga tempat bersidang ahli Kongres USA, badan perundangan USA. Bangunan ini di puncak bukit Capitol yang popular dengan panggilan Capitol Hill .

Capitol pada asalnya direka oleh William Thornton . Pelan ini walau bagaimanapun telah diubah oleh Stephan Hallet ,Benjamin Latrobe dan kemudian Charles Bulfinch . Kubah  dan sayap Dewan perwakilan dan Senat direka bentuk oleh Thomas U Walter dan August Schoenborn , dan disiapkan di bawah pengawasan Edward Clark .
Patung yang terletak di atas kubah bangunan ini adalah melambangkan Statue of Freedom.


kalau summer
padang hijau tu jangan cakap, penuh tempat mereka melepak


Ketika ini bahagian kubah yang menjadi lambang penting senibinanya sedang dalam proses renovasi . Jadi , ia agak mencacatkan untuk dirakamkan foto sebenarnya bangunan bersejarah ini yang banyak mencatatkan sejarah dalam sistem perundangan dan pentadbiran di bumi Uncle Sam ini.

Cuaca pagi tu dingin sekali sebenarnya . Tiada blue sky ketika ini untuk dirakamkan. Namun awan kelabu sebenarnya memberikan gambaran foto yang agak menarik juga sebenarnya untuk aku rakamkan di persekitaran Capitol Building ni.
 




Kerana masih awal pagi lagi, tak ramai lagi pengunjung yang datang ketika ini . Kebetulan hujung minggu pula yang mana menjadi kebiasaan bagi rakyat mereka yang masih berlengkor atas katil dan hanya akan keluar lepas pukul 10-11 pagi nanti .

Jadi suasana pagi ini pada aku cukup mendamaikan . Berbanding musim panas atau summer, tempat ini pastinya akan dipenuhi setiap ceruk dengan pengunjung . Itulah perbezaan yang ketara ketika winter dan summer. 

Summer , boleh jalan sampai pukul 9-10 malam kerana waktu siangnya panjang. Winter pula pukul 4.30-5.00 petang dah gelap . Tapi summer, semua tempat tarikan pelancong penuh dan juga harga bilik hotel berlipat ganda ketika itu. 


berceranggah dengan staging







private tour ni
canggih kenderaannya

sebuah lagi company hop on hop off






Dah rakam semua shot menarik persekitaran Capitol Building ni, terus menunggu di tempat kami turun tadi untuk bas DC Trails yang lain pula . Lepas ini nak turun kat mana, tak tahu lagi .

Persinggahan  ku kali ini di sini memberikan aku sedikit sebanyak pengetahuan tentang sejarah dan ketamadunan America yang tentunya berbeza sama sekali dengan Tanah Melayu kerana kita banyak menuruti corak sistem pemerintahan British kerana kita pernah dijajah oleh mereka.
 

7 ulasan:

  1. masih di bumi uncle sam? lamanya travel ? mentang2 visa 10 tahun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org tua2 katakan Kak, alang2 mandi biar basah, alang2 menyeluk pekasam biar spi ke pangkal lengan, jadi alang2 pegi biar berbaloi kak hehehe

      Padam
  2. As salam.pak tam boleh kirim frezer magnet.1pn jd lerr.hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Alaaa, bapak takde peti sejuk, tu yg bapak tak beli besi magnet tu, kalau gelas2 kecik tu ada beli hehehe

      Padam
  3. Masih terpelihara bangunan bersejarah ini seperti dulu, semasa kunjungan saya 24 tahun dulu.
    Cantiknya daun maple itu. Saya masih simpan daun maple Amerika dan saya bingkaikan sebagai kenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warisan sejarah mrk beratus tahun masih terpelihara hingga kini kak, kat Philidelphia lg byk krn independence bermula disana

      Padam
  4. Salam.

    Saya duk google pasal NYC sampai ke blog ni. Nice sharing sbb mmg plan nak drive jugak. Hehe. Thanks!

    BalasPadam