WARGA SCP

Rabu, Ogos 26, 2009

DAY 17 01/12/2008 SABTU






Hajarul Aswad ialah batu yang tertanam di Kaabah lebih kurang 1 meter dari lantai dgn panjangnya 25 cm dan lebarnya 17 cm. Pada mulanya merupakan satu bongkah batu sahaja tetapi sekarang menjadi 8 gugusan batu kecil kerana pernah pecah Menurut sejarahnya pernah dicabut dan dipindahkan pada tahun 319 hijrah oleh pengikut Abu Thahir Al-Qarmathi ke sebuah tempat bernama Ihsa 
 
Tetapi dgn izin dan kuasa ALLAH, ia telah dikembalikan ke tempat asalnya pada tahun 339 hijrah. Hajarul Aswad ini diturunkan dari syurga , warnanya lebih putih dari susu pada asalnya, tetapi dosa2 anak cucu adam yang mengucupnya menjadikannya hitam. Batu ini menjadi saksi dan dicium oleh para nabi2 sebelum Muhammad sehinggalah sekarang . Di samping itu, ia menjadi tempat permulaan dan berakhirnya tawaf dan juga tempat mustajab untuk berdoa. Pada hari akhirat kelak, batu ini akan menjadi saksi bagi orang2 yang pernah mengucupnya .
Mengucup Hajarul Aswad bukan merupakan satu kemestian, tetapi merupakan sunnah Rasulullah. Sekiranya terlalu sukar untuk mengucupnya akibat jemaah atau orang yang terlalu ramai sehingga boleh mendatangkan kemudaratan, cukup sahaja dengan bertakbir dan melambai tangan kepadanya sahaja . Melalui proses pembaikan dgn dibuat satu lingkaran perak mengelilingginya.

Subuh ini kedengaran bunyi batuk di sana sini dalam Masjidil Haram. Di sini, inilah penyakit yang paling mudah merebak dan berjangkit krn faktor cuaca, habuk dan orang yang terlalu ramai. Alhamdulillah, aku sentiasa berdoa agar dipelihara kesihatan kami . Aku berserah kepada ALLAH disamping berusaha menjaga kesihatan kami.

Pagi ini 9.30 , mengikuti ceramah di hotel penginapan berkaitan isu2 semasa dan yang berlaku di kota suci Mekah dalam merungkai permasalahan yang timbul. Para jemaah diminta berhati2 dan memastikan segala pantang larang dalam ihram dipatuhi . Kami juga dinasihati agar tidak membayar dam kepada orang persendirian krn terdapat sindiket2 penipuan . Juga semasa tawaf, sekiranya ada pihak yang menawarkan diri utk membantu mengucup Hajarul Aswad, cuba elakan krn mereka akan meminta upah yang sgt tinggi selepas melakukannya. Aku sendiri pernah ditawarkan perkhidmatan itu sebanyak 2 kali semasa melakukan tawaf sunat oleh 2-3 orang pemuda yang aku percayai berbangsa indonesia melalui loghat percakapan mereka.




Permandangan dari depan Bait Al-Abraj


Dalam Bait Al- Abraj yang baru beroperasi di hadapan
MAsjidil HAram





Waktu solat yang lagi 2-3 jam menyebabkan ramai jemaah 
yang kepenatan baring dan tidur di dalam Masjidil Haram . 
Kebanyakan darimereka merupakan jemaah dari pakistan .


Para jemaaah pulang dari Masjidil Haram

4 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 26, 2009

    salam,

    seronok baca blog en rezeki nie...banyak info yg diperolehi....
    pelikkan...di tanah haram nie mereka masih boleh menipukan & mencuri....

    BalasPadam
  2. Salam hanis,
    inilah dinamakan dunia akhir zaman apabila manusia tidak lagi memegang kpd ajaran islam dan sunnah. Dpn kaabah pun ada yg sanggup menipu dan mengambil kesempatan

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki,

    Bagus la info yang diberi. Harap dapat diteruskan

    BalasPadam
  4. Salam CZ,
    insyallah . berbuka apa ptg ni ?

    BalasPadam