WARGA SCP

Jumaat, Ogos 28, 2009

DAY 23 07/12/2007 JUMAAT

Betapa meriahnya suasana di Haram

Waktu subuh, ramai jamaah wanita berada dilaman kaabah


Jalan di hadapan Firdaus Marwa yg sesak setiap kali
jemaah pulang dari Masjidil Haram


Suasana selepas waktu subuh menuju Misfala






Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik utk terus menghirup udara di bumi ALLAH dan beribadat kepadaNYA. Hari ini subuh Jumaat. 3.40 pagi telah berada di Masjidil Haram yang sentiasa ceria, meriah seumpama pesta . Pesta dalam mencari keredhaan ALLAH.


Rasanya pada mulanya hendak melakukan tawaf sunat selepas sampai , tapi terpaksa menangguhkan dulu niat tersebut kerana kesemua jalan menuju ke halaman kaabah berlaku kesesakkan dan ini menandakan kawasan tawaf terlalu padat . Sudah menjadi kebiasaan, setiap hari jumaat, akan berlaku kesesakan yang agak luarbiasa sedikit dari hari2 yang lain terutama pada waktu subuh krn jumaat merupakan cuti umum bagi mereka. Kebanyakkan dari penduduk di sini akan keluar beramai2 menuju ke Masjidil Haram utk melakukan ibadat .


Mengambil tempat yang agak strategik di tingkat yang searas dgn kabaah dan kelihatan kaabah di hadapan dan terus beriktikaf. Masa yang terluang hampir 2 1/2 jam diisi dgn solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat sunat hajat dan bertadarus. Rasanya lagi 1-2 hari lagi , dapat aku khatam Al-Quran di Masjidil Haram. Keadaan bersolat dalam minggu2 terakhir sebelum wukuf ini agak berhimpit-himpit sedikit kerana hampir 2 juta jemaah telah berada di Mekah .

Kebiasaannya pada waktu solat subuh , imam Masjidil Haram akan bersolat menghadap ke Pintu Kaabah dan Multazam . Begitu juga solat magrib dan isyak. Bagi solat zohor dan asar pula di belakang tembok Hijir Ismail. Imam sentiasa dikawal ketat oleh beberapa pegawai polis kerana jika tidak diberi kawalan, ditakuti jemaah2 yang berada berhampirannya akan mengerumuninya. Antara imam Masjidil Haram yang terkenal ialah Sheikh Dr Abdurrahman as-Sudais .


Salasilah keturunannya ialah Abu Abdulazeez Abdurrahman Ibn Abdulazeez Ibn AbdullahIbn Abdulazeez Ibn Muhammad Ibn Abdullah as-Sudais. Dilahirkan pada tahun 1382H (1961M) di Riyadh, Arab Saudi. Beliau adalah dari keturunan Bani Anzah (Kabilah yang terkenal di Arab Saudi) dari Wilayahal-Bakirya di dalam daerah al-Qusaim.Menghafaz al-Quran semenjak kecil lagi ketika berumur 12 tahun.Bapanya menghantar beliau belajar di dalam Pertubuhan Menghafaz Al-Quran di Riyadh yang dikelolakan dan dipantau oleh SheikhAbdurrahman Ibn Abdullah al-Faryan (Guru Quran yang masyhur di sana)dan kemudian belajar dengan Qari Sheikh Muhammad Abdulmajeed dan beberapa orang guru yang lain dan guru terakhir beliau adalah Sheikh Mohammad Ali Hassan. 

Bagi sesiapa yang pernah ke tanah suci Mekah yang pernah bersolat diimamkan oleh beliau, tentu masih tergiang2 dlm ingatan kita bacaannya . Imam yang bertugas di sini secara bergilir-gilir . Seorang lagi imam yang terkenal ialah Sheikh Dr Saud Ibn Ibrahim as-Shuraim.

9.30 pagi , kami telah ke Masjidil Haram utk solat Jumaat. 10.00 pagi Masjidil Haram telah mula dipenuhi oleh jemaah. Jalan2 masuk disekeliling Masjidil Haram telah ditutup 2 jam lebih awal sebelum waktu solat jumaat dan dibuka 2 jam selepas solat jumaat kepada semua kenderaan . 

Ada jemaah2 yang terlewat ke Masjidil Haram membuat saf-saf di kaki lima kedai , hotel dan dalam pusat membeli belah yang terletak berhadapan Masjidil Haram. Permandangan sedemikian telah menjadi lumrah di sini terutamanya minggu2 terakhir sebelum tiba hari wukuf . Keadaan seumpama "pesta" tetapi "pesta dalam mencari keredaan ALLAH"


4 ulasan:

  1. Salam Rezeki,

    Hebatla saudara mencatat. Saya dah tak berapa ingat nak menulis macam ni, gambar2 yang di ambil pun bagus sekali.

    BalasPadam
  2. Salam CZ,
    Bakat terpendam semulajadi.Itulah saja kenangan paling indah dalam suatu catatan perjalanan dlm hidup kami jika nk berbanding tmpt2 lain .

    p/s :Baru spi muar ni, jap lagi nk solat jumaat.

    BalasPadam
  3. Salam ER..

    'membuat saf-saf di kaki lima kedai'.. kat M'sia pun ada jugak.. cuba lalu kat Jln Masjid India waktu solat jumaat.. misti ternampak suasana sebegini.. kawan2 saya merasa pelik bila melihat.. tapi bagi saya.. ia nyer menggamit kenangan ketika disana..

    psst.. pernah bersolat kat tepi tangga babul fatah bersama-sama geng 'bin laden'.. he he.. angkara terlelap sebelum zohor..

    BalasPadam
  4. Salam Noor,
    kensngan yg takkan dilupakan, kalau kat malaysia solat kat kaki lima kedai, mati org kata sampai bila2. Tapi kat makkah semua tak kisah psl ketaatan kita kpd perintah agama.

    BalasPadam