WARGA SCP

Isnin, November 30, 2009

SEMPADAN TANAH HARAM MAKKAH


- Nakhlah : 13 km
- Adlat Laban : 16 km
- Ji’ranah : 22 km
- Hudaibiyah : 22 km
- Bukit Arafah : 22 km
Sebagai perkongsian ilmu,
Sempadan Tanah Haram Makkah merupakan satu ketentuan daripada
Allah SWT. Persempadanan ini telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dengan
bantuan dan petunjuk malaikat Jibrail.

Antara sempadan yang sering menjadi tumpuan khususnya bagi jemaah umrah seperti

1. Al-Tanaim
Terletak berhampiran Masjid Aisyah iaitu 7.5 km dari Masjidil Haram.
Diriwayat bahawa isteri Rasulullah S.A.W telah berihram
umrah di sini sekembalinya daripada mengerjakan haji bersama Rasulullah.
Kini , Tanaim merupakan lokasi utama bagi jemaah yg berada di Makkah untuk
berihram kerana kedudukannya yang paling hampir dengan Masjidil Haram
dan banyak kemudahan pengangkutan tersedia,
dengan menaiki van hanya sr5 sahaja.


van dan bas yg menunggu jemaah di Masjid Tanaim
perkhidmatan van dan pickup utk ke miqat dan massjidilharam ada di di mana mana


2. Jabal Arafat
terletak kira2 22 km dari Masjidil Haram. Ianya turut menjadi
pilihan sebagai tempat berihram bagi jemaah selepas melakukan
ziarah sekitar Mina, Mudzalifah dan Arafah

3. Al-Syara


Kira2 16 km dari Masjidil Haram. Berhampirannya terdapat sebuah
masjid iaitu Masjid Ji'ranah. Sejarah mencatatkan bahawa Baginda Rasulullah pernah berniat ihram umarah di di sini.

Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 8 hijrah selepas
peperangan hunayn di mana pada siang hari sebelumnya,
Baginda S.A.W telah membahagikan harta rampasan perang
kepada para mujahid. Manakala pada waktu malamnya,
Baginda secara senyap2 telah telah pergi menunaikan umrah

Inilah 3 tempat yang bersempadan dengan Tanah Haram Makkah yang sering menjadi tumpuan diziarahi atau berniat ihram umrah.

Tempat2 lain adalah seperti al-Hudaibiyyah (al-Syumaisi) yang terletak kira2 22 km

dari Masjidil Haram dan Adhaat Libn (al-'ukayshiyyah) yang terletak
kira2 16 km dari Makkah

Sebenarnya banyak lagi tempat bermiqat bagi jemaah haji dan umrah seperti Bir Ali yang
menjadi tempat bermiqat dan sempadan tanah haram bagi mereka yang datang dari Madinah


Jumaat, November 27, 2009

SUATU CATATAN PERJALANAN : DARI ARAFAH KE MUDZALIFAH

Suatu perjalanan yg agung
dalam mencari keredhaan Allah SWT
Jutaan jemaah yg berwukuf di Arafah
menuju ke Mudzalifah
dalam mengerjakan pekerjaan wajib haji mereka



























Khamis, November 26, 2009

MUHASABAH DIRI : MENGENANG KEMBALI PERISTIWA PENTING DALAM HIDUP KU




GAMBARAN TERKINI SEMASA WUKUF DI PADANG ARAFAH
2009


Alhamdulillah, hari ini 17/12/2007 bersamaan 8 Zulhijjah merupakan hari Tarwiyah. Kami dijangkakan bertolak ke Arafah selepas waktu zohor lebih kurang pukul 2.00 ptg. Namun di sini, kita hanya mampu merancang sahaja dan segala ketentuan hanya pada ALLAH. Kami diberitahu bahawa kami hanya akan bertolak ke Arafah selepas waktu Isyak kerana masalah kesesakan jalanraya menuju ke Arafah yang penuh dgn "lautan bas" menyebabkan bas ulang-alik sebanyak 10 buah yang akan membawa kami seramai lebih kurang 2000++ jemaah mengambil masa yang panjang.Ada diantara rakan kami yang telah memakaikan ihram . Jadi aku menangguhkan dahulu niat utk memakai ihram dan berniat haji .


Naik semula ke bilik hotel dan berehat kerana ada lagi masa hampir 6 jam sebelum bertolak.1 jam lagi sebelum bertolak seperti yang dijangkakan, aku melakukan persiapan dgn melakukan perkara2 yang disunatkan sebelum ihram spt :- mengerat kuku- merapikan janggut/misai/rambut- memotong bulu ketiak/ari2 dan sebagainya- mandi sunat ihram- mengambil wuduk- memakai wangi-wangian pada badan- memakai kain ihram berwarna putih- solat sunat ihramSelepas itu menghadap kiblat , melafazkan dan berniat haji , Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana ALLAH Taala.Maka bermulalah bagi kami 13 pantang-larang dalam ihram yang perlu dipatuhi dan dijaga selama beberapa hari.


Dalam hati kami, tidak dpt digambarkan akan kegembiraan kerana kami akan mengerjakan dan menyempurnakan haji buat pertama kali dan kami berdoa agar kami dapat melakukan segala rukun dan wajib haji dengan sebaik-baiknya, diberikan kesihatan yang baik dan segala kemudahan dari ALLAH dan haji kami diterima menjadi haji yang mabrur. Tiada balasan selain syurga bagi haji mabrur.Akhirnya kami bertolak ke Arafah lebih kurang jam 8.00 mlm hampir 6 jam lewat. Perjalanan yang hanya 21.9 km mengambil masa hampir 3 jam lebih. Lebuh raya 4 lorong telah menjadi 6 lorong dipenuhi dgn "lautan bas" yang membawa jemaah menuju ke tempat yang sama .


Teringat kembali sejarah Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.


Perjalanan kami diiringi dgn laugan talbiah ,"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak"menyebabkan aku rasa diri ini terlalu kerdil dalam perjalanan utk menghadap ALLAH .Ya ALLAH, kami datang dari jauh dengan membawa segala dosa samada disedari atau tidak, samada besar atau kecil , kami malu untuk menghadap Mu Ya ALLAH atas apa yang telah kami lakukan , namun atas keberkatan Mu, kami dipilih menjadi tetamu Mu Ya ALLAH.Semuanya sama sahaja dgn memakai 2 helai kain putih yang tidak berjahit dan bercantum bagi lelaki dan telekung bagi wanita .

Hati ku bercampurbaur, perasaan diasak sayu, insaf dengan kekhilafan dan kekurangan diri namun masih diberi nafas dan nyawa utk terus beribadat,bertaubat dan hidup di muka bumi ini ,kagum dengan kebesaran ALLAH dan sebak serta gembira menjadi tetamu jemputan ALLAH untuk menunaikan ibadat haji di kota suciNya.Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah NabiMuhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.Padang Arafah adalah tempat pertama di bumi ini ALLAH menerima taubat hambaNYA.


Di Jabal Rahmah, Adam dan Hawa bertemu semula setelah dikeluarkan dari syurga kerana kesilapan melanggar perintah ALLAH. Bertahun-tahun lamanya Adam memohon taubat di sini dan akhirnya taubat kedua-duanya diterima dan diampunkan . Kami sekarang berada di bumi Arafah sama seperti hasrat dan matlamat Adam dan Hawa, memohon keampunan dan berharap mendapat haji yang mabrur.

Diri ini terasa sangat kerdil dan cuba melakukan amalan di sini dgn sebaiknya dan berdoa semoga ALLAH menerimanya.

Kami sampai lebih kurang jam 11.30 mlm ke kawasan perkhemahan yang disediakan di hujung kawasan Padang Arafah yang seluas 10.4 km persegi. Di sambut oleh petugas THTS . Terus mencari khemah yang sepatutnya mengikut penempatan nombor khemah yang dibekalkan.Setiap khemah menempatkan 18 orang jemaah dgn dibekalkan sekeping tilam yang kecil, selimut dan sebiji bantal .Khemah didirikan di atas kawasan padang pasir dgn beralaskan permaidani. Kemudian terus ke kawasan belakang perkhemahan utk makan malam yang disediakan oleh pihak pengurusan Tok Syeikh @ muasasah yang dilantik oleh pemerintah Arab Saudi . Jam menunjukkan hampir 12.00 tgh malam.Alhamdulillah, akhirnya masa yang sangat dinantikan akan tiba juga dengan izinNYA.




Melepaskan lelah seketika selepas subuh kerana
hampir semalam berjaga


Air Cooller yang mendingin sedikit khemah ku


Suasana di luar kawasan perkhemahan kami


Alhamdulillah,
Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi 9 Zulhijjah. Setelah menempatkan beg galas di khemah, terus ke bilik air yang terletak berdekatan dgn khemah. Sejumlah 20 buah bilik air lelaki dan 20 buah bilik air wanita ini yang akan kami gunakan utk lebih kurang 2500 jemaah selama 1 1/2 hari ini. Jadi setiap jemaah mestilah bertimbangrasa semasa menggunakannya kerana tandas adalah terhad. Bagi jemaah yang kepenatan, ada yang telah melelapkan mata .Ada pula yang berehat di khemah sambil berzikir, bertalbiah dan bermacam2 bentuk ibadat . Selama 34 hari aku bersama2 isteri ku, malam ini dan beberapa malam berikutnya kami terpisah kerana jemaah lelaki bersama kumpulan lelaki manakala perempuan pula juga . Kami sebenarnya mengambil pakej untuk 2 orang sebilik suami isteri yang ditawarkan oleh THTS.

Aku mengambil keputusan utk ke surau yang disediakan yang beralaskan permaidani di atas padang pasir yang kontang . Aku mengambil peluang pada malam yang indah ini di bumi yang penuh keberkatan utk melakukan ibadat sebaik mungkin kerana peluang , masa dan kesempatan yang datang ini kemungkinan hanya sekali dalam hidup ini kerana aku tidak tahu sampai bila aku akan bernafas dan berada di bumi ALLAH ini.

Memperbanyakkan solat tahajjud, solat sunat taubat , solat sunat hajat , di samping berdoa dan bermuhasabah diri.Padang Arafah merupakan tempat yang sebaik-baiknya utk bermuhasabah diri, mengenang dan mengingati kembali apa yang telah aku lakukan selama ini .

Adakah aku sebagai hambaNYA telah melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA semasa aku masih hidup dengan sebaiknya ?

Kemudian dgn diketuai oleh seorang guru agama menlakukan Qiamulail sementara menunggu masuk waktu subuh yang dijangkakan 5.29 pagi. Subuh ini kami beramai-ramai solat secara berjemaah. Dinding khemah dibuka bagi menyambung saf-saf dgn imam. Kemudian diikuti dgn tazkirah.

Pagi ini acara bebas bagi jemaah sementara menunggu pukul 10.00 pagi. Aku mengambil kesempatan utk melelapkan mata seketika agar aku segar dan cergas kembali apabila menjelang masa wukuf nanti kerana sepanjang malam tadi aku berjaga.

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika . Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia ,tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.


Para jemaah telah bersiap menunggu masuk waktu wukuf


Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)


Jemaah dari negara luar yang tidak berkhemah hanya
menantikan berakhirnya waktu wukuf di tepi-tepi jalan

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Pukul 11.00 pg melakukan persiapan diri utk wukuf yang dijangka 12.18 tgh. Menjelang waktu wukuf dgn dipimpin oleh beberapa orang guru agama, acara dimulai dgn talbiah dan zikir serta tazkirah .Masuk sahaja waktu zohor , khutbah pertama dibaca . Setelah selesai diikuti dgn khutbah kedua serentak dgn laugan azan Zohor. Kemudian kami solat zohor dan asar secara jamak takdim tamam .

Khutbah Arafah yang dibaca sungguh meruntun jiwa , menyentuh hati dan perasaan . Dengan nada suara yang merayu dan merintih kepada ALLAH memohon taubat dan keampunanNya Tanpa disedari air mata bergenang dan berlinangan . Ia mengingatkan diri kita sebagai hambaNYA yang kerdil banyak melakukan dosa-dosa , kesilapan dan perkara yang mungkar semasa kita hidup , dosa-dosa yang kita lakukan terhadap kedua ibubapa kita , dosa-dosa terhadap isteri atau suami , anak-anak dan anggota keluarga. Namun masih diberi kesempatan dapat menjadi tetamuNYA dan berpeluang memohon keampunanNYA.

Berdoa di bumi Arafah semasa wukuf merupakan salah satu tempat mustajab dan diangkat terus doa itu ke langit. Kemudian diteruskan lagi dgn Zikir dan Doa Arafah sebagai pengisian wukuf sehingga hampir pukul 5.00 ptg. . Sebelum waktu magrib tiba pada 5.43ptg , aku berdoa secara bersendirian kerana itulah waktu yang paling afdal utk berdoa ketika berada di bumi Arafah. Mengerjakan solat magrib dan isyak secara jamak takdim tamam dan seterusnya bersiap-siap pula untuk meninggalkan bumi Arafah yang penuh keberkatan ini menuju ke Mudzalifah .


2 TAHUN HIJRAH TELAH BERLALU
AKU BERSYUKUR KERANA AKU DIBERI PELUANG
DAN MASIH DAPAT MENGHIRUP UDARA
DAN BERNYAWA
MEMPERBAIKI SEGALA APA JUA KEKURANGAN
DI DUNIA DAN AKHIRAT
AGAR DITETAPKAN IMAN DAN TIDAK BERPALING
KEPADA YANG LAIN SELAIN MU YA, ALLAH
SEHINGGA NAFAS TERAKHIR KU
DALAM HIDUP YG SEMENTARA INI

YA ALLAH,
TERIMALAH SEGALA AMALAN KU
JAUHKAN LAH AKU DARI SEKSA KUBUR DAN SEKSA API NERAKA
SEMOGA AMALAN TIMBANGAN BAIK KU MELEBIHI YG SATU LAGI
DAPAT MELINTASI TITIAN SIRATULMUSTAKIM SEPANTAS KILAT
MENERIMA SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W DI PADANG MASYAR KELAK
MENDAPAT KEBAHAGIAN DAN KEREDHAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
TEMPATKANLAH AKU DI SYURGA FIRDAUSI

selamat menyambut hari raya aidil adha
buat semua rakan dan pembaca
semoga kita dapat menghayati
falsafah hari raya korban ini
dan memperbaiki diri kita
yang serba kekurangan dan kerdil di sisi
ALLAH S.W.T

Rabu, November 25, 2009

PART 4:SUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W































PARA SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN KU, SEMPENA HARI WUKUF YG AKAN TIBA TAK BERAPA HARI LAGI , MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI RENTETAN SEJARAN PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W SEBAGAI SATU WADAH PERJUANGAN DALAM HATI KITA UNTUK SAMA-SAMA MENGHAYATI FALSAFAH HAJI DAN SEJARAH JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMAD S.A.WSUATU CATATAN PERJALANAN : PERJALANAN HAJI RASULULLAH S.A.W
PART 4(akhir)


Selepas itu, Rasulullah S.A.W berangkat menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat zohor di sana. Selesai saja solat, Baginda pun meminum air zam-zam lalu menuju ke Bukit Safa utk memulakan saie hinggalah selesai.

Kemudian Rasulullah S.A.W kembali semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari tasrik iaitu 11,13,13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.

Sebelum Rasulullah S.A.W dan umat islam yang lain meninggalkan Makkah, mereka mengerjakan Tawaf Wada' sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.

Dengan Tawaf Wada' tadi, maka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat islam dan mereka mulai berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. Rasulullah dan para sahabat berangkat menuju Madinah.

Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasulullah S.A.W pun wafat menemui Allah S.W.T


Begitulah peristiwa penting yang berlaku dalam perjalanan haji junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W


Betapa pada masa itu , keadaan sangat-sangat BERBEZA jika kita bandingkan pada hari ini. Dari itu kita yang menunaikan haji atau umrah janganlah bersunggut atau mengeluh dengan sekelumit dugaan atau cabaran yang kita hadapi bila berada di sana . Bersyukurlah kepada Allah S.W.T kerana kita diberi peluang dan dijemput menjadi tetamuNYA.


SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KE JUNJUNGAN BESAR KITA INI, SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SYAFAAT KETIKA BERADA DI PADANG MASYAR NANTI SEMASA AMALAN KITA DIHISAP DAN MELEPASI TITIAN SILATULMUSTAKIN DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN AHLI SYURGA


AL FATIHAH UTK RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT