Suatu Catatan Perjalanan mengajak kekawan semua pegi melawat zoo.
Dah takde keje,
Zoo pun zoo lahhh
Apa yang menariknya zoo ni. Tempat pembelajaran sebenarnya. Berbagai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan di adakan.
Ada teatear berkaitan kitaran hidup rama-rama
dengan kostume yang menarik.
Melukis dan mewarnakan muka menyerupai haiwan.
dan banyak lagi lah.
Sebenarnya banyak iktibar dan pengajaranyang boleh kita ambil sambil memerhatikan gelagat dan perangai binatang ni yang kadangkala menyerlahkan sikap dan tabiat manusia masa kini..
Sekarang pun, dah ramai manusia bertopengkan binatang.
Cuba kita lihat, saban hari banyak kes sumbang muhrim berlaku.
Bapak sanggup merogol anak kandung sendiri.
Tidak segan silu melakukan maksiat
seumpama binatang.
Manusia pun sudah berpuak-puak seumpama binatang.
Allah SWT menjadi haiwan dan binatang
berjenis-jenis, berpuak-puak.
Maha kaya Allah yang menciptanya.
Teringat satu cerita yang menarik untuk renungan bersama :
Tentang sekumpulan burung yang boleh membaca al-Quran di antaranya surah al-Fatihah dan al-Ikhlas. Selain itu boleh juga memberi salam dan berselawat ke atas Nabi saw. Diajar oleh penjaga mereka sendiri yang berasal dari Pakistan,
Hal ini membenarkan kisah Nabi Sulaiman as yang boleh berinteraksi dengan binatang-binatang dan kisah binatang yang boleh mengerti ayat-ayat bacaan Nabi Daud as.
PENGAJARANPengajaran yang boleh didapati ialah, manusia lebih utama dalam memartabatkan al-Quran berbanding makhluk lain kerana al-Quran diturunkan adalah untuk mereka. Dan pastikan anak-anak kita diajar membaca al-Quran kerana mereka adalah harta kita yang paling berharga di akhirat kelak. Ameen..."Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu ganjarannya sepuluh ganda.Tidaklah aku kata Alif Lam Mim itu satu huruf (bahkan) Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"-
Diriwayat al-Tarmizi sebagai hadis Hasan Sohih,dan al-Darimi-
Jom ikuti PENGEMBARAAN suatu catatan perjalanan
ZOO LONDON (ZLS)
Rasanya inilah rimau bintang yang mengamuk kat estet tu, la ni dia lepak kat Zoo London kerana dgrnya mandor kat estet tu dah beli senapang gajah ngeh,ngeh,ngeh
Seronok nya anak2 bermain dgn binatang2 di zoo..siap boleh pegang lagi. Saya dah lama tak ke zoo...tak tahu lah kalau ade service macam tu di Malaysia.
BalasPadamsalam CR..
BalasPadamhai dah lama tak pegi Zoo...
dekat estet pun ada ka kwn2 semacam tu????
he he he..
nak tanya dlm gambar k4 dr bawah tu , apa ke nama menatang tu ?????? kambing ke unta @ kibasy ..
Salam CR
BalasPadamwooww tempat paberettt,teringin nk belanja CR pi Zoo Ulu Kelang,cm mampu arr,Zoo Melaka pun CM mampu,jommmm...
Zoo London taraaa mampu bro,,zoo Indon pun tak mampu,,tapi yg penting zoo kan
tak jumpa ker binatang peliharaan sahabat CM PANDA...dah pupus ker???
salam al qalamun
BalasPadammmg seronok, jgn kata budak je, org tua pun seronok ngeh,ngeh,ngeh
kat mesia takde kot
salam kak ummi,
BalasPadamkak estet mcm2 ada ngeh,ngeh,ngeh
menatang tu llama rasanya
salam cm,
BalasPadamoooo cm suka gi zoo ya keh,keh,keh
kalau cm ajak saya gi zoo, saya nk tapau sekali panda sekor ngeh,ngeh,ngeh
panda takdelah cm, psl dia punya chief kat malaya
Salam CR..
BalasPadamcerita pasai zoo nie, terkenang zaman dulu2.. inilah tempat yang paling happening yang mak & bapak cheq bawak.. cuti raya je p zoo.. tiap2 tahun without fail.. dari umah cheq naik bas turun kat Bangkok Bank.. pas tu amik bas p ulu kelang.. berderet cam rombongan cik kiah.. siap bawak bekal nasik lemak ngan ayaq 'lemenet' aka 'oren bodo'.. dapat tengok beruk, gajah, unta.. seronok giler.. balik umah 3 hari 3 malam dok cerita pasai 'sedara-mara' kat zoo.. heh heh
psst.. kat estet tinggal panda je.. yang lain2 semua dah berhijrah.. emm, nak tapau panda??.. muat ke plastik tu nak sumbat panda..
ngeh ngeh ngeh
note: tn ismet, tolong check e-mail arrr
Salam Rezeki,
BalasPadamDulu masa rombongan sekolah...almaklumlah budak kampung..bila dalam senarai antaranya subang airport, rtm, masjid negara, tugu negara, batu cave (dulu famous ni...mesti gi sini kalau rombongan ke KL) dan palig best gi zoo...kat zoo kat ada banyak gerai...masa tu rasa glamor sesangat dapat beli aiskrim koneto ngan air tin...itu kira standard gile...harganya mahal...yang bawak duit poket RM10 je layak dan berkemampuan membelinya...
lama bertahun tak gi zoo nih...nak ke zoo di london lagi le ntah bila...agak-agaknya...binatang tu sume mesti speaking london sesama mereka ye...mentadak Mesia tu pun dah terror speaking gamak nya...sian dia bila musim salje ye...camner la pesen baju sejuk dia ye...
salam noor,
BalasPadamtentu seronok kalau diingat masa kita kekecik dulu. dulu air lemonet bodo tu kalau tak salah 20 sen sebotol.
tu kalau nk tapau panda tu, mau dgn plastik hitam beso ngeh,ngeh,ngeh
salam datin,
BalasPadamberuntung datin , masa kecik2 dulu dpt pi rombongan, saya langsung tak pernah . ialahlah arwaw pak gaji kecik rm 200 je nk besarkan anak2 12 org, namun alhamdulillah .
terkenang jasa ibu ayah membesarkan kita dlm serba kekurangan .