WARGA SCP

Jumaat, November 13, 2009

DETIK DAN SAAT PALING INDAH & BERMAKNA : DUNIA HANYA PINJAMAN

ALHAMDULILLAH

Hari ini aku ingin mengenang kembali detik paling indah dan amat bermakna
buat diri ku dan isteri

Suatu catatan perjalanan dalam hidup kami yang tidak akan kami
lupakan selagi hayat dikandung badan

Suatu catatan perjalanan yang amat bermakna sekali
yang tidak dapat dijualbeli dengan wang ringgit

Suatu catatan perjalanan yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT
dalam menuju negeri akhirat yang kekal abadi

Suatu catatan perjalanan yang menjadi titik perubahan
Suatu catatan perjalanan yang sangat-sangat kami rindui
untuk mengulanginya

Suatu catatan perjalanan yang mungkin kali terakhir
sebelum kami pulang kepada pencipta

Tentu rakan-rakan tertanya-tanya
apa kaitan dengan kasut dan kereta tu
selain bertemankan Allah SWT dan kedua malaikat di kiri kanan bahu ku
kasut ini yang menemaniku setiap hari di masjid Nabawi
kasut ini juga yang menemaniku setiap waktu ke Masjidil Haram
kasut ini juga yang menemaniku di Arafah
kasut ini juga yang menemaniku di Mina
namun kasut dan kereta itu
adalah sebahagian harta yang menjadi perhiasan dunia
satu benda yang bersifat sementara seperti diri ini
aku menginsafi diri ku
dunia hanya pinjaman
akhirat yang kekal abadi
segala-galanya di dunia akan ditinggalkan
tinggalah harta, tinggal anak,tinggal isteri
TINGGAL SEMUANYA
yang dibawa hanya amalan

Namun aku sentiasa memanjatkan doa dan syukur
yang tidak berbelah bahagi
kerana kami telah diberi peluang dan kesempatan
untuk menjadi tetamuNya

Setiap kali musim haji tiba,
rasa kerinduan, kesyahduan terbit
dari hati kami

adakah kami berpeluang untuk mengulangi
sekali lagi suatu catatan perjalanan itu
Semoga suatu catatan perjalanan ku itu
diterima Allah SWT

Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Semoga kami diberi
sekali lagi kesempatan dan jemputan
untuk mengulanginya.

Sesungguhnya aku menginsafi diri
kehidupan ini hanya sementara
dunia hanya pinjaman
AKHIRAT YANG KEKAL ABADI










P/S : SEORANG SAHABAT SAYA CIKGU KHAIRUDIN BIN MIS TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA PUKUL 4.00 PAGI TADI. MENINGGALKAN SEORG BALU DGN 3 ORANG ANAK YG MASIH KECIL.ALLAHYARHAM MASIH MUDA , 38 TAHUN DAN PENYAKITNYA HANYA BARU DIKESAN SEBULAN YANG LALU BERKAITAN HATI.

JENAZAH SAMPAI KE KT DARI HOSPITAL MELAKA PUKUL 11.00 PG NI
TERUS DIMANDIKAN DAN DIKAFANKAN
DIBAWA KE MASJID UTK DISEMBAHYANGKAN
SELEPAS SOLAT JUMAAT.
ALHAMDULILLAH, MENINGGAL DUNIA PADA HARI JUMAAT
PENGHULU SEGALA HARI

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN PARA SOLIHIN

AL-FATIHAH

10 ulasan:

  1. salam CR..
    انا لله وانا اليه راجعون
    salam takziah dr ummi buat keluarga arwah..semoga tabah menerima ujian ini...

    setiap yg bernyawa akan menemui ajalnya , bila tiba masanya , tidak akn dilewatkan walau sesaat @ dipercepatkan walau sesaat ..begitu lah janji Allah kpd hamba2nya...
    bagi kita yg masih diberi peluang bernafas ni rebut lah seberapa banyak berbuat amal dgn seikhlas hati sebagai bekalan di sana...

    BalasPadam
  2. Salam CR..

    dalam meneruskan kehidupan yang telah ditetapkan.. kita mempunyai berbagai2 pengalaman yang dilalui.. namum pengalaman berada ditanah barakah.. memang tiada tandingan nya..

    Al Fatihah untuk Cikgu Khairudin.. semoga roh nya ditempatkan bersama para solihin.. semoga isterinya tabah dan redho dengan kehilangannya.

    something to share, 12 thn yang lalu.. cheq kehilangan arwah abg ipar ketika beliau berusia 39 tahun.. meninggalkan kakak cheq, kak faridah dan 4 orang anak. dikala itu jugak kakak cheq sedang mengandung 6 bulan.. tetiba, cheq yang baru je kawin 2 bulan dah dapat anak segera 4 orang.. carca marba sehhh..

    BalasPadam
  3. Salam..

    CR,CM nak bergurau ni
    ...kalau CR nak bersedekah,CR bagi kat noor selipar...CM nak kereta tau..

    Alfatihah untuk cikgu K..meninggalkan kita dihari mulia..

    noor hingga sekarang mengasuh anak kak faridah dengan penuh kasih sayang,tang sifat penyayang noor tu lah yg menyebabkan CM melekat dengan noor sorang ni!!

    BalasPadam
  4. salam kak ummi,

    mmg kematian tidak tercepat dan terlambat barang sesaat pun, tadi lps solat jumaat , alhamdulillah ramai jemaah terus melakukan solat jenazah, sedih melihat anak perempuan arwah yg sulung darjah 5 menangis memanggil arwah bapanya semasa jenazah diusung dr masjid ke tanah perkuburan. Masih tergiang ditelinga, salah satu peringatan imam yg membaca talkin, "jgn kita terpedaya dgn tipu daya dunia" , akan ku sematkan setiapmasa dlm hati ku .Pukul 2.30 ptg , alhamdulillah jenazah diselamat dikebumikan.

    BalasPadam
  5. salam noor,

    alhamdulillah, pengalaman di tanah suci makkah dan madinah sangat hebat dan indah .
    betul kata noor, tiada bandingannya walupun bersesak-sesak dan berkusut masai

    pengorbanan noor kepada kakak dan anak saudara , hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Insyallah.Besar jasanya dan pahalanya.

    BalasPadam
  6. salam cm,

    keh,keh,keh selipar tu dh 2 tahun tapi masih saya pakai lagi. Kalau kasi noor pun , tak muat ,saiz 12 keh,keh,keh

    arwah tinggal last semester buat PJJ kat USM, sepatutnya bulan 12 ni dia masuk ke USM dan ambil peperiksaan akhir. Tapi Allah SWT lebih menyayanginya. Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan org yg beriman.

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Takziah kepada keluarga cikgu K, dan al-Fatihah kepada arwah Cigu K. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah.

    p/s : lawa kasut CR tu. (maksudnya selipar tu dah naik taraf jadi selipar. ngeh ngeh ngeh)

    oo silap, sebabselipar dok atas BMW makan selpiar tu kena panggil kasut. ngeh3X lagi, dan lagi

    BalasPadam
  8. salam az,

    kita kasi up sikit, psl kasut a.k.a selipar tu dh sampai 2 tanah suci , jauh tu dia dh jalan siap ikut sama pegi melontar , pegi wukuf ,byk jasanya keh,keh,keh

    BalasPadam
  9. salam hj rezeki,
    salam takziah dari saya utk family arwah khairudin..al fatihah

    BalasPadam
  10. salam olive,

    semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam