PART 4(akhir)
Selepas itu, Rasulullah S.A.W berangkat menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat zohor di sana. Selesai saja solat, Baginda pun meminum air zam-zam lalu menuju ke Bukit Safa utk memulakan saie hinggalah selesai.
Kemudian Rasulullah S.A.W kembali semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari tasrik iaitu 11,13,13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.
Sebelum Rasulullah S.A.W dan umat islam yang lain meninggalkan Makkah, mereka mengerjakan Tawaf Wada' sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.
Dengan Tawaf Wada' tadi, maka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat islam dan mereka mulai berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. Rasulullah dan para sahabat berangkat menuju Madinah.
Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasulullah S.A.W pun wafat menemui Allah S.W.T
Begitulah peristiwa penting yang berlaku dalam perjalanan haji junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Betapa pada masa itu , keadaan sangat-sangat BERBEZA jika kita bandingkan pada hari ini. Dari itu kita yang menunaikan haji atau umrah janganlah bersunggut atau mengeluh dengan sekelumit dugaan atau cabaran yang kita hadapi bila berada di sana . Bersyukurlah kepada Allah S.W.T kerana kita diberi peluang dan dijemput menjadi tetamuNYA.
SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W
MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KE JUNJUNGAN BESAR KITA INI, SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SYAFAAT KETIKA BERADA DI PADANG MASYAR NANTI SEMASA AMALAN KITA DIHISAP DAN MELEPASI TITIAN SILATULMUSTAKIN DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN AHLI SYURGA
AL FATIHAH UTK RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT
Salam CR,
BalasPadamSemoga tetamu Allah yang menunaikan haj tahun ini akan mendapat haji mabrur.
salam CR
BalasPadamterima kasih kerana memaparkan gambar2 disana .
segala kenangan disana terbayang satu persatu .
masa akak kesana tak banyak gambar yg diambil .
masa tu tak bawa kamera pastu beli disana yg murah jer dapat hasil gambar pun kurang memuaskan.
selamat berkorban apa saja.
salam dari akak buat orang rumah CR
Salam CR,
BalasPadamTengok gambar-gambar ni, rasa berdebar, rasa kecik, rasa takut...tapi tetiba rasa macam nak pergi haji tahun depan...terdetik dan rasa macam boleh diusahakan...harap sangat dimakbulkan Allah...
Selamat Hari Raya Haji...
Waalaikum salam az,
BalasPadamsama2 kita doakan , insyallah
salam kak ummi,
BalasPadamsemoga kita dijemput lagi ke sana , insyallah
salam datin,
BalasPadaminsyallah, semoga dapat jemputan menjadi tetamu Allah,
Terima kasih ...gbr ni mengimbas kembali kenangan saya disana ... Sesungguhnya saya sendiri berada di Arafah dan mina mengikut tarikh gbr CR ini
BalasPadamsalam kaknoor
BalasPadamalhamdulillah, terasa sgt rindu utk berada di sana menunaikn haji sekali lagi