WARGA SCP

Isnin, November 02, 2009

LUCERNE, SWISS



Tasik dan bandar Lucerne dari gunung pilatus
Sungguh indah ciptaan Allah

Malam ni dlm kedinginan malam yg mencengkam, mendapatkan rehat yang secukupnya.Bermalam selama 2 hari di Luzern.Dengan populasi penduduk yang sederhana lebih kurang 58,000menjadi tumpuan pelancong.Terdapat sebuah tasik yang indah,aman dan tenteram.

Dikiri Gunung Pilatus dan Rigi di pergunungan Alps.
Salah satu sumber bagi Sg Rhine yang melingkari negara eropah datang dari pergunungan Alps.Maha suci Allah, menjadikan kejadian di dunia ini.Tapi semuanya musnah dek tangan-tangan rakus manusia juga.


Apa yang menarik di tasik Luzern ini ialah
Chapel Bridge yg di bina pada kurun ke 14 lagi, masih dijaga dan dipelihara.
Kalau nak short cut pegi new town Luzern, inilah jalan 
yang kami ikuti.

Berjalan berpimpinan tangan, teringat dulu masa hangat bercinta.
Semoga cinta kami terus mekar dan tak malap.


Lurcerne River Cruisse


Pagi tu lepas sarapan, kami menuju ke bandar Lurcerne.
Keadaan pagi yang agak berkabus dengan kedinginan yang mencengkam memang terasa.

Allah menjadikan 4 musim bagi sesetengah negara di dunia
Bila sejuk nak panas, bila panas nak sejuk itulah ragam manusia .


Chapel Bridge

Chapel Bridge, penuh dan sarat dengan sejarah dan nostalgia.204 m(670 kaki) merintangi sungai Reuss di tengah Lucerne. Merupakan jambatan kayu tertua di eropah .
Apa yang menarik , sejarahnya diterjemahkan dalam bentuk lukisan mengenai sejarah Lucerne dijambatan ini.
Dibina pada tahun 1333 .

Jambatan ini pernah musnah dibedil pada perang dunia pertama.
Kemudian tahun 1993, musnah sebahagian akibat terbakar.
Namun mereka tetap memulihara dan memelihara
khazazah sejarah ketamadunan negara mereka
yang menjadi kebanggaan dan peninggalan anak cucu mereka.

Kita sepatutnya mempelajari dan menjadikan sikap
sayangkan warisan bangsa dalam diri .
Ini tidak, atas nama kemodenan,
semua warisan bangsa di lupakan.








Suasana kedinginan pagi begitu mengasyikkan.
Kalau dapat jogging tiap-tiap hari kat tepi tasik ni,
alangkah bagusnya.

Apa yang menarik dan menyentuh hati melihat pokok-pokok
yang masih hidup walaupun dah botak dan tiada daun
Kejadian alam yang dijadikan Allah SWT
yang cukup indah untuk direnungi bersama





Destinasi ku diteruskan ke sebuah monumen kebanggaan
rakyat Swiss.

The Lion Monumen of Lucerne.
Lambang ketaatan tenteranya yang mempertahankan
raja,negara dan bangsa dari musuh.




Lihatlah
mukanya yang menahan kesakitan akibat ditikam.
Itulah simbol atau perlambangan mereka
yang sanggup mengadai nyawa demi agama,bangsa dan negara.
Ini dilambangkan sedemikian rupa
agar anak bangsa mereka mengetahui
sejarah ketamadunan mereka dalam membina bangsa dan negara.

Tapi menyedihkan, apabila anak-anak bangsa kita
telah lupa perjuangan menuntut kemerdekaan oleh
pahlawan-pahlawan dan negarawan dahulu.
Pada mereka merdeka ialah bebas melakukan apa sahaja
sehingga melanggar batas agama dan budaya.







Tasik Lurcene sangat besar lebih kurang 114 km persegi menganjur dari bandar Luzern hingga ke kawasan pergunungan.

Ketenangan tasik Luzerne, sambil melihat burung bebas terbang
dan itik-itik memenuhi tasiknya.
Tentu sekali airnya tidak tercemar sehingga haiwan-haiwan ini
bisa hidup rukun damai di sini mencari rezeki.
Rakyat mereka sentiasa peka dengan isu-isu alam sekitar.
Itulah sebabnya antara salah satu aktiviti mereka kepada pelancong
ialah "river cruise"
Menjadi produk pelancongan yang mendatangkan pulangan yang lumayan.
Tapi , cuba kita renungi kembali ,
apa yang terjadi kepada sungai-sungai kita ???
Memang betul hujan emas di negeri orang, hujan batu 
di negeri sendiri

Lebih baik negeri sendiri
Tapi, nilai-nilai orang barat yang baik perlu kita ambil
iktibar dan pengajaran dalam membina bangsa.
Yang negatif pula kita jadikan sempadan.
Ini tidak ,yang negatif menjadi ikutan.





Chapel Bridge

13 ulasan:

  1. Salam CR,

    Wow.... cantiknya keindahan tasik tu.... terasa nyaman melihatnya...

    Pst.. pst.. CR nie penjelajahan mengenang kembali detik2 manis masa bercinta ngan Mrs. CR ker? Romantiknya....

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Rezeki,
    Switzerland adalah negara yang teringin sangat saya lawati.. tah bila la sampai... yang banyak sampai 'island' je.. Kalau beli hartanah kat sini tiap tahun wajib datang ye... tolong bagi doa sikit, bagaimana nak banyak rezeki. ngeh ngeh ngehhh
    Saya akan menghayati perjalanan haji tuan, belum habis baca lagi.. tuan pergi masa haji akhbar ye. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. salam saudara Rezeki..

    alhamdulilah...lurcene adalah salah satu tempat kota idaman ku dulu masa nak berbulan Madu"..tetapi dah takda rezeki kan...heheheh


    Mr Rezeki nih dah nak kena tukar nama lah...jadi MR WORLD..sebab satu dunia dia dah round nih..

    waslam

    BalasPadam
  4. salam tikah,

    mmg aman, damai dan tenteram .

    takda la romantik, hanya menyemai kasih sayang
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  5. salam zie,
    insyallah, satu hari sampailah ke sana.

    tipsnya usaha keras melalui jalan betul, berdoa dan tawakkal. Titipkan doa setiap masa agar dikurniakan rezeki yang tidak henti2 , rezeki yang berkat dan benar-benar halal dan tidak melalaikan.Jika tiada keberatan, amalkan solat dhuha . Hayati maksud doa khusus selepas solat dhuha tu.
    "Ya Allah , sesungguhnya waktu dhuha itu waktu mu, kekuatan itu kekuatan mu, kekuasaan itu kekuasaan, perlindungan itu perlindungan mu.
    Sekiranya rezeki masih di atas langit turunkan lah, sekiranya rezeki ku masih di dalam bumi, kau keluarkanlah, sekiranya rezeki ku masih jauh, kau dekatkan lah, sekiranya rezeki ku masih sukar, kau permudahkanlah, sekiranya rezeki ku masih haram, kau sucikanlah.
    Dgn berkat waktu dhuha, keagungan mu, kekuasaan mu serta perlindungan mu, kau kurniakan dan limpahkan kpd kami apa yang telah engkau kurniakan dan limpahkah kepada hamba-hamba mu yang soleh, terdahulu daripada kami"
    Sekadar perkongsian dan bukan niat saya utk menunjuk2 .
    Insyallah , Allah maha mendengar.

    Catatan perjalanan kami menunaikan haji sgt istimewa kepada roh dan jasad kami berbanding dgn mana2 tempat lain yang kami pergi.
    Terlalu istimewa ....

    BalasPadam
  6. salam cl.
    apa nak buat, belum sampai lagi rezeki cl.
    tentu ada cerita menarik di sebaliknya.
    nti balik kl, kita pekena tey tarik, boleh stori-stori ye cl ngeh,ngeh,ngeh

    saya tak khatam lagi round the world ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  7. Salam Tuan Rezeki,
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini, saya tahu tuan tidak menunjuk2, jauh sekali riak. Insya Allah saya buat dengan penuh pengharapan.... mungkin selama ni saya solat dhuha asal buat sahaja. Alhamdulillah, pengajaran haji banyak mengubah kehidupan. Saya ingin merasai pula sebulan ramadhan di MH.. moga satu hari nanti saya dijemput menjadi tetamuNya dibulan yang mulia.

    BalasPadam
  8. salam zie,

    alhamdulillah, sekadar perkongsian ilmu dr saya yang masih terus belajar mendalami keindahan islam sebagai satu perjalanan hidup.
    insyallah, niat murni zie akan dipermudahkan dan tercapai.

    BalasPadam
  9. Salam CR,seronoknya dpt tgk byk gambar2.Cantik sungguh khasnya gambar tasik tu..mama nak mintak izn copy gambar tu masuk blog mama,komen sikit...Lepas ni mintalah yang tersayang menoleh skit ke camera..boleh...kami di sini sentiasa mengikuti cereta CR..terimakasih sekali lagi.

    BalasPadam
  10. salam mama ju,

    nak copy gambar tu, silakan . tiada masalah.

    ada banyak gambarnya, tapi takpelah ngeh,ngeh,ngeh

    tk kerana sudi mengikutinya.

    BalasPadam
  11. kesian cl,boleh lagi tu,pi lah honeymoon nanti,cm tak putus berdoa untuk cl sorang ni...moga dapat dia berpimpinan tangan dgn isterinya nanti dkt swisss,romantik jugak CL ni!!!!

    BalasPadam
  12. salam CM,

    sama-sama kita doakan agar cl menemui kebahagian di dunia dan juga akhirat

    BalasPadam
  13. alhamdulillah saya sudah sampai di Lucerne di pada tahun 2007.. memang sejuk ketika winter tempoh hari..dan dapat berjalan2 sekitar Lucern dan Engelberg. Naik cable car di Titlis Mountain, sangat cantik pemandangan Pergunungan Alps. :)

    BalasPadam