WARGA SCP

Sabtu, November 07, 2009

KOTA LONDON : PART 2 BRITISH MUZIUM




BRITISH MUZIUM

Untuk mengenali sejarah ketamadunan sesebuah negara dan bangsa,
rasanya tempat yang sesuai untuk dituju ialah muzium.
Jadi kami tak lepaskan peluang menjelajahi
British Muzium.
Masuk percuma.
Di buka dari 10.00 am hingga 5.00 pm
Terletak di
Great Russell Street
London
WC1B 3DG

pelan lantai btitish muzium

Sebuah muzium yang hebat mengenai sejarah dan budaya manusia.
Himpunan objeknya yang berjumlah melebihi 13 juta barangan, adalah antara himpunan muzium yang terbesar dan paling komprehensif dan berasal dari semua benua. Himpunan barangan ini menggambarkan dan mendokumenkan cerita kebudayaan manusia dari awal hingga kini.

Ini adalah ruangan bagi koleksi yang terdapat di dalamnya
mengikut benua
Rasanya kalau nak belek satu persatu bahan pamerannya
mau sepurnama tak habis.
Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang ada disetiap
bahagian yang dipamerkan,
klik je pada link tu yg dibawah
Ini cikgu sejarah mcm CM pasti suka jika
nak tambah ilmu pengetahuan ngeh,ngeh,ngeh


-->

Americas


Ancient Egypt


Ancient Greece and Rome


Asia


Middle East




opss, bapak siapalah ni ngeh,ngeh,ngeh
tak malu sungguh


koleksi buku yang sangat bernilai






Helmet dari kapal yang terdampar di Sutton Hoo

Anglo-Saxon, awal kurun ke 7
Dari Mound 1, Sutton Hoo, Suffolk, England
helmet besi yang dihiasi dengan corak yang dibuat dri gangsa
Mumia











Day of the death





Head of the lion

Kapak dari malaysia semasa zaman pra sejarah Munia kucing dr zaman Firaun

11 ulasan:

  1. salam rezeki
    saya pun suka muzium. Tapi terlalu banyak habiskan masa kat muzium pun boleh poning kapla den hehehe.
    InsyaAllah kalau ke London lagi memang nak pi muzium ni sekali lagi. Hari tu pi pun tak puas meronda. Masa kat Paris tak pi The Lourve? Tu pun best tapi terlalu besar.

    BalasPadam
  2. salam CR
    MasyaAllah , bila baca N3 ni , baru tersedar diri , ummi tak pernah masuk lagi muzium negara , he he he ketinggalan zaman tol...

    awat la hang pi boh gambaq tengkoghak pakai helmet tu awal2 sangat , terkejuk chek .

    dah berapa ratus thn usia mumia tu ek...

    BalasPadam
  3. Salam Rezeki,

    Hang ni macam guru media ler. Satu per satu - detail. CM memnag suka sebab sejarah kan?

    Tadi termimpi, gambaq tu bapak Robin hood punya. ngeh ngeh ngeh!!!

    (susahnya nak lepas kat n3 awak ni)

    BalasPadam
  4. salam khairyn,

    mmg leka duk belek dan baca dan lihat bahan pemeran yg sgt bernilai kat muzium. Sedar tk sedar 3-4 jam kat dalam keh,keh,keh

    muzium tentera je tak sempat pegi

    BalasPadam
  5. salam kak ummi,

    dah brp lama tu keh,keh,keh

    tu topi besi zaman tuk adam

    mumia tu zaman firaun lagi

    BalasPadam
  6. salam az,

    bukan cikgu media , kasi up sikit
    cikgu besau keh,keh,keh

    BalasPadam
  7. Salam CR

    TQVM,3 kali CM datang sini,teruja tahap gaban dgn n3 ni...tapi setiap kali nk post komen,CM tersangat malu dgn gambar patung si Plato Philosopher zmn Greek tu...cm lari cepat-cepat,buat malu kaum jer....hehehehe

    jap lagi dtg orang mekah beristifar dia nanti,PANDA pun boleh terkejut beruk nanti...CR noti arr tunjukkan kami gambar cam tu...malu sehhh

    BalasPadam
  8. CR nk tengok gambar lg muzium ni,pleasee special request dr sahabatmu ini...

    BalasPadam
  9. salam cm,

    tulah , bapak sapa lah, kurang sopan

    gambar tu kita ambil iktibar dan apa yg tersurat, itulah budaya org barat yg sejak berkurun lamanya yg dipertunjukkan oleh Allah SWT yg boleh dilihat hari ini, kalau dulu pada patung, sekarang pada realitinya manusia yg berbogel

    patung tu mmg original lagi zaman greek lagi

    banyak lagi gmbr kat muzium tu, tapi ada gambar kami, ngeh,ngeh,ngeh

    insyallah, nti saya carikan mana yg sesuai dn tambah kat n3 yang sama ni.

    BalasPadam
  10. Salam CR..

    seharian cheq kat Masjid India.. dok carik kain pelikat.. nak bagi kat bapak robin hood yang 'togel' tu pakai.. kesian kat dia.. sejuk wooo

    mereka menganggap patung2 sebagai satu kesenian.. dan dikalangan orang2 kita juga ada yang mengikuti dengan nama sebuah kemajuan!

    pssstt.. cheq pinjam topeng tu arr.. nak buat p menoreh, misti kengkawan cheq respek.. macam starwars.. ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  11. salam noor,

    yulah pasal, kita balut dengan gotah koping jo keh,keh,keh

    sebagai iktibar ada budaya dari barat yg baik dan tidak bertentangan dgn agama islam boleh dijadikan panduan, ada budaya barat yg bertentangan dgn islam kita jadikan sempadan

    topeng tu kalau buat pegi noreh, mau sebatang pokok gotah pun tak siap noreh, asyik tertunduk malu psl berat topeng tu ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam