WARGA SCP

Sabtu, November 14, 2009

BRISBANE , AUSTRALIA

Alhamdulillah, perjalanan dengan SIA ke Brisbane Australia berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah. Setiba di Imigresen, seperti biasa yang terkenal denganpelbagai undang-undang bagi melindungi negara mereka.

Semua hasil tenusu dan buah-buahan tidak dibenarkan dibawa masukke Australia dengan alasan takut membawa bersama penyakitdan membawa kemudaratan kepada industri pertanian mereka.

5 minit lagi kapal terbang nak mendarat pun,pramugari telah menyembur sejenis semburan dari hadapan ke belakang. Rasanya semburan pembasmian kuman.

Pelbagai soalan yang perlu ditanda dan dijawab dalam borang kemasukan imigresen. Pendek kata kalau nak selamat,ikut je lah.

Sebuah keluarga berbangsa cina dari malaysia yang menaiki pesawat yang
sama telah di soal dengan panjang lebar oleh pegawai imigresen.
Mungkin kerana kumpulannya agak ramai terdiri 8-9 orang anak-anak .
Pihak imigresen takut mereka datang bukan sebagai pelancong,
tapi untuk berhijrah dan mencari pekerjaan secara haram.

Sebuah coaster telah menunggu kami untuk meneruskan perjalanan.Pemandu coaster merangkap pemandu pelancong dengan mic kecil di mulut mengalu-alukan ketibaan kami.

Destinasi pertama ialah bandar Brisbane.

Hampir 1 jam juga kami berhenti di sana,menikmati suasana pagi di Brisbane .Kelihatan semua warga Brisbane sedang berjalan dengan pantas dan agak serius menuju ke tempat kerja masing-masing.





























16 ulasan:

  1. Salam.....

    Nice pic. Moga dirahmatiNya selalu...

    razimaju@gmail.com

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    woow, seluruh pelusok dunia tn ismet udah menjelajahinya. Abih tu nak ajak az pergi mana ni

    BalasPadam
  3. salam razi,

    thanks. moga kita semua dirahmati Allah SWT

    BalasPadam
  4. salam az,

    jom kita pegi kl keh,keh,keh

    tadi kata nk pegi kl, dh spi kl ke belum ?

    BalasPadam
  5. Sdr Rezeki,
    Salam perkenalan. Saya masuki melalui blog PDKM. Sebuah laporan catatan perjalanan bergambar yang menarik. Tahniah.

    BalasPadam
  6. salam wan,

    salam ukhwah, tk .
    sekadar pengkongsian cerita dan pengalaman.

    BalasPadam
  7. salam CR..

    Australia ni macam panas ker???

    BalasPadam
  8. salam cm,

    bulan 6 dia winter, bulan 12 dia panas
    tapi winter dia dalam 14-22 darjah je, tak brp sejuk

    BalasPadam
  9. salam CR...
    alamak dah ke Australia pulak ..
    dah sah2 memang tak terkejar nk ngikut CR jalan , dpt kejar ikut blog jer ler .

    BalasPadam
  10. salam kak ummi,

    jom, jalan-jalan cari makan ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  11. Aah blk kg..Miss tulisan CR,agaknya negara mana yg belum dilawati..oh nak ke Afrika s tu bila?Mama cuba menghayati tejemahan surah tu sampai habis..mcm2 ada..tk

    BalasPadam
  12. salam mama ju,

    mama ju balik kg mana ?
    insyallah, bulan 6 2010 tgk world cup dan nak pegi safari, tgh buah preparation dan itenarinya.Kalau jadi, disember ni semua nk kena confirmkan tiket flight. Moga Allah SWT memperkenankan, saya hanya merancang. Nti rancang nk kesana, aleh-aleh tempat lain yg sampai keh,keh,keh
    itu namanya manusia hanya merancang, Allah SWT yang tentukan.

    oh surah tu , ayat akhirnya sebagai pegangan kehidupan kita utk dunia dan akhirat:
    " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

    BalasPadam
  13. TK CR,peserta pertama tu adik mama,nampaknya bertambah peminat CR...mama blk kelate rumah mertua.Tambang rm63 dah boleh terbang ke sana.Mudah2an dgn kemudahan begitu kita lebih dekat dgn famili dan selalu blk kg...minggu seblmnya balik rengit bp.Tanya sikit.CR ni sedara TPMkan....?

    BalasPadam
  14. Salam CR,
    Brisbane ni antara yang dalam senarai nak pegi...tapi masih stuck kat list je...bila ye...jadi le tumpang langut kat gambar-gambar CR nih...

    BalasPadam
  15. salam mama ju,

    lama saya dh tak sampai kelate, last rasanya 10 tahun lps masa ada keje kat sana

    alhamdulillah, sekrg air asia pun tambangnya murah

    kita semua saudara seagama

    BalasPadam
  16. salam datin,

    bolehlah nti pegi sana, boleh bawa anak2 pegi goldcoast , mcm2 ada

    BalasPadam