WARGA SCP

Khamis, November 19, 2009

GOLD COAST , AUSTRALIA : PART 1






Si kecil ku dah bergaya dgn baju supermannya yg dibeli di Movie World


Selama seminggu, kami menginap di Concorde Gold Coast
Alhamdulillah, bilik berkembar kami mempunyai
balkoni yang luas dan menghadap Sungai Nerang.

Sungguh indah panorama di sepanjang sungai itu
Sungai yang yang bersih dan tidak tercemar
membolehkan pelbagai aktiviti air boleh dilakukan.

Kalau bernasib baik, kita akan ketemu dengan ikan lumba-lumba
di situ.













Alangkah indah kalau dapat mendirikan sebuah rumah seperti di sini
Kebanyakkan rumah yang dibina di sini mempunyai jeti persendirian
dan bot


Gold Coast sebuah bandar pelancongan yang terletak dalam Queensland, Australia.

Merupakan bandar yang ke 6 menjadi tumpuan dan
 popular di Australia.
Mengalami suhu subtropika dan popular dengan aktiviti 
meluncur di pantai.
Antara tarikan yang terdapat di Gold Coast ialah Warner Bros Movie World, Sea World
Dream World, Wet n Wild Water World
disamping banyal lagi tempat-tempat menarik lain.

Kalau nak pegi semua 2-3 bulan baru selesai keh,keh,keh

Apa yang menjadi tarikan utama pada musim panas di Gold Coast
ialah pantainya yang menjadi tumpuan para peluncur dengan
ombak yang kuat dan tinggi.

Pantai yang memutih memanjang sejauh 57 km.
Antara pantai yang popular ialah Surfers Paradise ,Main Beach dan Broadbeach



Industri pelancongan di sini berjaya menarik seramai 10 juta orang pelancong setahun
yang menjana ekonominya sebanyak $4.4 billion AD setiap tahun.
Apa yang disediakan di sini ialah 65,000 katil penginapan
bagi menampung pelancong yang datang.
Jika ingin menikmati permandangan Gold Coast
pengunjung boleh menaiki Q1 dan naik sehingga tingkat 77
ke menara peninjau yang menjanjikan permandangan yang indah.

Gold Coast pada waktu malam dari Q 1

Pandangan dari Q1


11 ulasan:

  1. salam CR..
    kalu "Pandangan dari Q1" boleh nampak M'sia tak ???? he he he

    Sungai Nerang tak dapat pegi tp Kuala Nerang akak dah pernah pergi coz kat Kedah jer ..

    cantik gambar " Pandangan dari Q1 " ni kalu CM tengok kata nya CR ni nk saing dgn gambar yg kat sekolah dia tu ,he he he jangan marah CM,nanti kena jual.

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Cantik betul pemandangan yang dipaparkan. SubhanAllah,. I feel good

    BalasPadam
  3. Salam CR..

    Indahnya panorama..
    Cantik..
    Dah lama simpan niat nak ke sana tp belum ada peluang dan ruang huhu..I/Allah satu hari nanti kot hehe

    Salam Taaruf..

    BalasPadam
  4. Salam CR...

    Lama tak jenguk rumah CR... subhanallah...cantiknya bumi Australia....

    BalasPadam
  5. salam kak ummi,

    boleh kak ummi psl malaysia bolehkan ngeh,ngeh,ngeh

    tu lah, kadang kala nama jalan atau sg kat sana diambil dari masyarakat pribumi mereka

    kak ummi, cm kalau kena jual nk pakai timbang kati ke kilo

    jgn marah cm, nti kena lelong mcm marjinah ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  6. salam az,

    alhamdulillah if u feel good

    hari ni not so good psl tekak dh mula meragam , cuaca tak menentu

    namun , alhamdulillah

    BalasPadam
  7. salam Sinomosa

    tk kerana sudi menjenguk

    insyallah, satu hari nti sampailah ke sana, mcm2 ada

    salam ukhwah

    BalasPadam
  8. salam atikah

    wah, lama menghilang. mesti bz byk keje. apa nak buatkan

    dh hujung2 tahun ni , byk sgt kene settelkan , kelam kelibut dibuatnya

    keh,keh,keh

    BalasPadam
  9. Salam CR,

    Betul tu... hari nie baru habis settlekan kerja... boleh relax jap... lepas raya sambung bzz balik.. :)

    BalasPadam
  10. Salam CR.menariknya gambar yg dipaparkan.Terliuk aje lee..

    BalasPadam
  11. salam mama ju,

    mmg cantik bumi Allah ni

    BalasPadam