Kita sering terserempak dengan bus 2 tingkat berwarna merah yang menjadi ikon kebangaan kota London. Namun perkembangan sejarah bas ini telah berubah sejak dari ia mula digunakan sehingga sekarang.
Sejarah bus ini bermula sejak tahun 1829 lagi bermula dengan menggunakan kuda untuk menarik penumpangnya.
Pada tahun 1902, perubahan telah berlaku seiring dengan kemajuan yang dicapai.
Kuda telah diketepikan,
nyah kau dari sini ngeh,ngeh,ngeh
Maka bermula sejarah perkhidmatan bus ini yang lebih popular
dengan panggilan Red Bus.
Apa yang boleh dipelajari oleh negara kita Malaysia, kesemua pengangkutan awam bagi penduduk London diuruskan dan diselia oleh satu badan dikenali London Transport .
Hanya sekeping tiket atau pass bulanan (oyster card) sahaja digunakan untuk menaiki bus dan tube tanpa perlu membayar dan mendapatkan tiket lain. Kalau di KL, lain kompeninya , lain tiket dan bayarannya tak kiralah bus atau LRT atau ERL. Lagipun jalinan perjalanan mereka bersambung di antara satu sama lain .
Lagi satu yang menarik perhatian ku di sana, kesemua bus mereka tertakluk kepada satu akta "orang kurang upaya" OKU dan memberikan kemudahan kepada penumpang yang berkerusi roda agar mudah menaikinya. Tertarik melihat apabila badan bus ini boleh diturunkan separas dengan kerusi roda yang dinaiki.
Semestinya pihak yang bertanggungjawab telah lama memikirkan dan mengambil pendekatan sedemikian demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat.
Perubahan reka bentuk Red Bus ini telah melalui proses pemodenan sejak dari dulu lagi hingga sekarang. Namun bus yang asal masih dikekalkan untuk laluan tertentu sebagai satu tarikan kepada pelancong yang ingin merasainya.
HERITAGE BUS
Hanya beroperasi dari Royal Albert Hall ke Aldwych dan Trafal Square ke Tower Hill
Sekarang red bus yang digunakan begitu moden seiring dengan kemajuan teknologinya bagi menampung permintaan di kota london . Perkhidmatan yang disediakan yang memuaskan hati pengguna dengan kekerapannya menyebabkan penduduk kota London menjadikan ia sebagai kenderaan utama ke destinasi yang hendak dituju.Mereka lebih suka menggunakannya ke tempat kerja . Mereka hanya menggunakan kereta apabila perlu.
Lagi pun, utk memasuki kota London, "fees" sebanyak 5 pound sehari dikenakan ke atas kenderaan persendirian semasa "peak hour"
Red Bus era baru yang beroperasi di Metro Line
Bus mesra alam "new enviro"
Hari ini, kita tidak akan ketemu lagi red bus yang panjang sebegini kerana perkhidmatannya telah ditamatkan kerana masalah teknikal yang sering dialami kerana terlalu panjang dan keadaan kenderaan di kota London yan sebegitu sibuk setiap hari.
Bagi pelancong yang ingin menikmati panorama kota London, mereka boleh menaiki "Tour Buses" yang terbuka bumbungnya di atas dengan bayaran 24 pound kalau tak salah untuk sehari . Bus ini akan melalui kesemua tempat tumpuan pelancong di kota London. Kalau rasa nak berhenti di situ, silakan. Kemudian boleh menyambung semula perjalanan dengan "tour buses" yang lain.
salam CR...
BalasPadam' Memang seronok naik bus ni ronda2 kota London.
Bayar 1 day pass, naiklah tube atau bas ni
selagi tak "muntah" '
bab selagi tak muntah ni yg kacau, coz ummi ni spesis pening naik bas jauh2 , apalagi nmpk yg 2 tingkat tuh , gayat semacam jer.... tp teringin gak nk naik , kena sediakn ubat thn muntah ler plak
Salam cr,
BalasPadamkalau naik bas yang tingkat atas tak de bumbung...wah rambut/tudung berbuai-buai dihembus angin....tapi musim sejuk tak de kot ye...kalau tak, gigil menggigil dok kat atas tu...habis penuh salji kan...
Salam CL..
BalasPadamsemalam black cab.. ari nie red bus.. esok?? 'yellow submarine.. yellow submarine'.. heh heh
psstt.. kak nija, kalu naik bas tak ada bumbung waktu musim salji.. best hape.. salji tu bleh buat ais kepal.. kalu nak up skit buat ais kacang.. yum yum.. ngeh ngeh ngeh
Salam CR,
BalasPadamIni lah bas dua tingkat yang sebenarnya. Nampak dua tingkat tak macam ba dua tingkat kat sini heheh.
besok black maria. hahahah minta ampun jauhkan malaikat 44.
salam kak ummi,
BalasPadamlaaa, kat ummi rupanya jenis mabuk jalan jauh ngeh,ngeh,ngeh apa nk buatkan, itu pun nikmat Allah
salam nija,
BalasPadammmg sejuk kala angin bertiup, tapi takpenah jumpa salji setiap kali ke london walaupun winter , inikan pula musim panas krn selalunya salji turun kat london awal bulan januari
salam noor,
BalasPadamyellow submarine takde, yeloow pages ada keh,keh,keh
ya tak ya, mana ada zaman ais kepal lagi sekrg ni ngeh,ngeh,ngeh
salam az,
BalasPadamjom kita beli 1 bus tu, boleh buat bus sekolah atau buat bas rombong cik noor psl cik kiah dh berhijrah keh,keh,keh
Dear Rezeki.
BalasPadamUncle tak pernah sampai lagi kat situ. Teringin jugak nak pi kerja kat sana...Dulu ada try apply ke Hilton kat sana tapi katanya depa tak nak pakai waiter...heh3...masa muda2! La ni ada ramai member yang kerja kat Ireland..especially Dublin yang dulu sama2 kerja dengan Uncle kat RKL tahun 96 dulu. Ada satu couple tu, masa kat RKL asyik bergaduh...Tiap2 hari depa bergaduh tapi dah rezeki 2-2 kat Dublin, tiap2 hari jumpa muka serupa, last2 dari dok gaduh, tahun 2002, Uncle dapat wedding invitation depa! Heh3...
salam uncle,
BalasPadamkalau ada masa , bolehlah uncle dtg jenguk mereka sambil cuti-cuti dan horey-horey
tulah, org tua dh cakap kalau benci jgn lelebih, kan masin mulut org tua , akhirnya dr benci jadi sayang dan kawin keh,keh,keh