WARGA SCP

Isnin, November 30, 2009

SEMPADAN TANAH HARAM MAKKAH


- Nakhlah : 13 km
- Adlat Laban : 16 km
- Ji’ranah : 22 km
- Hudaibiyah : 22 km
- Bukit Arafah : 22 km
Sebagai perkongsian ilmu,
Sempadan Tanah Haram Makkah merupakan satu ketentuan daripada
Allah SWT. Persempadanan ini telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dengan
bantuan dan petunjuk malaikat Jibrail.

Antara sempadan yang sering menjadi tumpuan khususnya bagi jemaah umrah seperti

1. Al-Tanaim
Terletak berhampiran Masjid Aisyah iaitu 7.5 km dari Masjidil Haram.
Diriwayat bahawa isteri Rasulullah S.A.W telah berihram
umrah di sini sekembalinya daripada mengerjakan haji bersama Rasulullah.
Kini , Tanaim merupakan lokasi utama bagi jemaah yg berada di Makkah untuk
berihram kerana kedudukannya yang paling hampir dengan Masjidil Haram
dan banyak kemudahan pengangkutan tersedia,
dengan menaiki van hanya sr5 sahaja.


van dan bas yg menunggu jemaah di Masjid Tanaim
perkhidmatan van dan pickup utk ke miqat dan massjidilharam ada di di mana mana


2. Jabal Arafat
terletak kira2 22 km dari Masjidil Haram. Ianya turut menjadi
pilihan sebagai tempat berihram bagi jemaah selepas melakukan
ziarah sekitar Mina, Mudzalifah dan Arafah

3. Al-Syara


Kira2 16 km dari Masjidil Haram. Berhampirannya terdapat sebuah
masjid iaitu Masjid Ji'ranah. Sejarah mencatatkan bahawa Baginda Rasulullah pernah berniat ihram umarah di di sini.

Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 8 hijrah selepas
peperangan hunayn di mana pada siang hari sebelumnya,
Baginda S.A.W telah membahagikan harta rampasan perang
kepada para mujahid. Manakala pada waktu malamnya,
Baginda secara senyap2 telah telah pergi menunaikan umrah

Inilah 3 tempat yang bersempadan dengan Tanah Haram Makkah yang sering menjadi tumpuan diziarahi atau berniat ihram umrah.

Tempat2 lain adalah seperti al-Hudaibiyyah (al-Syumaisi) yang terletak kira2 22 km

dari Masjidil Haram dan Adhaat Libn (al-'ukayshiyyah) yang terletak
kira2 16 km dari Makkah

Sebenarnya banyak lagi tempat bermiqat bagi jemaah haji dan umrah seperti Bir Ali yang
menjadi tempat bermiqat dan sempadan tanah haram bagi mereka yang datang dari Madinah


5 ulasan:

  1. salam dik CR
    bercerita ttg masjid ja'ronah , akak macam terperasan bahawa kat situ ada satu telaga ja'ronah .tp ada ke sesapa yg tahu asal usul cerita telaga tu .ada berkisar tentang penawar racun ..itu yg akak tak ingat ..ada sapa nk tolong ceritakan tak? ingin tahu sangat....

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Banyak la info yang tn ismet kongsi dengan kami. Semoga Allah mmberkatinya

    BalasPadam
  3. salam kak ummi,

    mmg ada cerita tentang perigi tu dan airnya , tapi saya dh lupa.

    yang pasti di situ terdapat 1 papan kenyataan yg meminta agar kita tidak melakukan kurafat bahawa air perigi itu dpt menyembuhkan penyakit, krn yg menyembuhkan penyakit hanyalah Allah SWT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nnt sakit jangan makan ubat, jangan jumpa doktor. Doktor n ubat bukan penyembuh. Tikam suami kamu, cakap kat dia kalau mati Allah yg mematikan. Bukan pisau dan kamu yg menikam

      Padam
  4. salam az,

    sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yg ada , insyallah

    BalasPadam