WARGA SCP

Ahad, Februari 28, 2010

HARI MINGGU DATANG LAGI

Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udaranya di bumi ini . Hari minggu datang lagi. Seperti biasa , pak itam dan mak itam akan ke pasar tani untuk mendapatkan bekalan ikan segar dan sayuran untuk seminggu yang akan dibawa pulang ke hutan nanti

Dah 2 minggu, tiada peniaga ikan di pasar tani ni. Tapi hari ini, alhamdulillah. Banyak ikan2 segar dan hidupan yang sewaktu dengannya. Ikan merah ada, mayong, sembilang, tenggiri dan banyak lagi. Semuanya segar2 kerana peniaga ini mempunyai bot yang berpengkalan di Kuala Sedili dan ikan2 ini hasil dari tangkapan botnya sendiri.


Suasana di gerai menjual ikan sungguh meriah sekali. Yang bestnya, ikan yang dibeli tak perlu disiang di rumah kerana mereka menyediakan perkhidmatan menyiang secara percuma.


Kalau di Makkah , rasanya perlu membayar perkhidmatan utk menyiang ikan ini.

Suasana Sungai Johor yang melingkari bandar HC sungguh indah sekali tatakala matahari hampir memunculkan wajahnya.

Sambil menunggu mak itam beli ikan,
pak itam duk menikmati sungai yang dah mula nak pasang airnya,
sambil nyanyi dalam hati

"air pasang pagi, surut pukul lima,
pak itam bangun pagi , siram pokok bunga,
pokok bunga melur tanam tepi pantai,
itik bertelur ayam menetas ,
cik baba jatuh dalam parit .... "

Sungguh indah ciptaan Allah, cuba Allah menduga kita dengan tidak menerbitkan matahari bang sehari dua, tentu kacau bilau jadinya.

Oleh itu, kita sebagai insan yang kerdil di sisi Allah sentiasalah memanjatkan rasa syukur dan tawadduk kita kepadaNYA kerana di beri kesempatan dan peluang untuk menemui lagi hari demi hari sehingga kita kembali kepadaNYA

Alhamdulillah, hari minggu datang lagi.

Sabtu, Februari 27, 2010

PANAS DI DUNIA, SEMOGA DINGIN DI AKHIRAT KELAK

Brupppppppp, alhamdulillah. Aku baru lepas makan "benda alah" yang kat atas tu. Orang putih panggil Lamb Chop, orang melayu kata Chop Kambing he he


Panjang ceritanya macammana benda alah tu boleh sesat sehingga mengikut ku pulang ke rumah.

Hari ini sebenarnya, aku seharian di JB kerana menguruskan hal2 yang berkaitan dengan perniagaan ku . Kebetulan anak bongsu ku pulang dari asrama, lalu kami pun keluar bersama sejak dari pukul 9.00 pagi lagi. Kerana aku punya banyak urusan yang perlu diberesi hari ini juga, maka isteri ku dan si anak menghabiskan masa dengan menonton wayang bersama2 di Jaya Jusco Tebrau . Lebih kurang pukul 1.00 tgh, urusan ku untuk "part 1" selesai .

Bahaan bacaan ku yang sempat dibeli oleh isteri ku
selepas menonton wayang

Maka aku pun mengajak mereka untuk menikmati hidangan tengahari di Restoran Singgah Selalu yang terletak di hadapan Danga Bay. Cuaca mmg sungguh panas hari ini, maka minuman ku ialah semangkuk besar ABC dan makanan kami tengahari ini ialah Lamb Chop .

siapa kata naga ada kat tasik je he he

Sebelum tiba Lamb Chop tu , ABC pun sampai . Apa lagi, srupp,srupp,srupp sehingga aku kekenyangan air. Bila lamb chopnya sampai, aku tak boleh pergi lagi he he he

Dan akhirnya lamb chop ku dibungkus untuk dibawa balik he he tu yang benda alah tu mengikut sampai ke rumah , kalau benda alah lain mengikut, seram juga he he he

Urusan part 2 ku bermula selepas itu , Nak kata habis juga satu bandar JB diranjau . Dari johor Jaya , ke Tebrau kemudian ke Danga Bay dan Skudai lalu berpatah balik ke Plentong . Akhirnya aku kepenatan dan kepanasan . Akibatnya , aku meminta isteriku dan anak ku untuk mendapatkan beberapa barang keperluan sementara aku hanya berehat menunggu di dalam kereta.

mahal betul bahan kimia ni, sebotol kecil lebih kurang 100 grm
harganya RM 200-300 juga



Dalam pada itu, aku teringat beberapa sahabat ku yang berada jauh di perantauan. Apa khabar mereka di sana lalu aku menghubungi meraka . Aku berbual2 dengan ketua kumpulan Al-Bam's ,CL di Makkah untuk bertanya khabar. Kemudian aku cuba menghubungi Abang Sulong di Kuching, tapi gagal . Mungkin Abang sulong berada di luar kawasan. Keluar dari daerah Kuching ke Daerah Badak , ada ke daerah Badak kat sarawak he he
Akhir sekali aku menghubungi Uncle di Langkawi pula , lama tak dengar berita darinya.

Doa ku, semoga kehidupan rakan2 ku dan semua yang lain sentiasa berada dalam perlindungan dan kerahmatan Allah S.W.T.


Sambil tu lihat kat dashboard kereta .
Tengok tempreture , "Ya Allah , 35 darjah celcius di kala pukul 5.21 petang"
Ini baru panas di dunia, belum lagi di akhirat.
Semoga di akhirat kelak aku dan kita semua dapat merasakan kedinginannya .

Alhamdulillah, semua itu kurnian dari Allah jua.

Hampir pukul 7.00 juga kami sampai ke HC dan tentunya malam ini aku akan terlena kerana kepenatan dan kekenyangan

Jumaat, Februari 26, 2010

NABI MUHAMMAD , NABI PENGAKHIRAN ZAMAN




SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
SEMOGA KITA SENTIASA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN IKTIBAR
DENGAN APA YANG TELAH DILALUI OLEH
JUNJUNGAN BESAR KITA INI
DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI
DAN MENJADIKAN AL QURAN DAN SUNNAH
PEGANGAN HIDUP KITA
INSYALLAH


SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W


Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

(Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Masa remaja

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berumahtangga

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.

Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan

Gua Hira'

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.


Madinah


Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.


Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
SUMBER : WIKIPEDIA

Khamis, Februari 25, 2010

ALHAMDULILLAH, ALLAH MAKBULKAN HAJAT KU


Alhamdulillah, beberapa minggu lalu , aku menerima kiriman e mail yang aku tunggu2 . Allah telah memakbulkan permintaan ku dan hajat ku sekiranya aku ke sana . Peluang untuk mendapatkan "benda alah" ni agak sukar dan kebarangkaliannya sangat kecil kerana dari seluruh pelusuk dunia mendapat permintaan bagi mendapatkannya.

Namun , semasa aku mengisi permohonan untuk mendapatkannya, aku berdoa kepada Allah kerana segala ketentuan dan kata akhir adalah dari Allah jua, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh sekalian alam.


lagi 107 hari, 18 jam, 32 minit dan 41 saat


Pada 01/12/2009 aku telah melakukan proses permohonan pembelian secara online dan keputusannya hanya keluar pada awal bulan 02/2010 dan permohonan yang berjaya dibuat secara undian dari seluruh dunia.

Kini, kami hanya menunggu detik dan saat untuk berangkat ke sana . Doa ku semoga hajat ku ini tercapai dengan segala perancangan rapi dan dengan izin Allah jua , aku akan menjejakkan kaki ke sana dan diberikan segala kemudahan dan keselamatan serta dipermudahkan perjalanan kami nanti .

Alhamdulillah.
Insyallah.

Rabu, Februari 24, 2010

KUALA GANU : P3

Selalunya bila aku ke Kuala Ganu, aku akan menginap di Primula Beach Resort, tapi kali ni, aku nak tukar angin pulak. Kami menginap di Sumai Aparment Hotel di hadapan Primula tu. Alhamdulillah, hotel aparments ni berkonsepkan islam .

Asalnya syarikat bumiputera ini hanya berpusat kepada perniagaan berasaskan kejuruteraan sahaja , tapi kini telah mula mengembangkan sayap kepada bidang perhotelan pula. Ini satu perkembangan yang baik kepada kemajuan ekonomi umat islam .

Pagi jumaat yang indah, kami menikmati sarapan pagi di restoran. Kena kueh teow goreng bersama daging salai bakar sebagai santapan. Sambil tu menikmati matahari yang mula terbit dari ufuk timur.

Suasana pagi nyaman, tenteram dan terhindar dari bunyi deruan kenderaan .

Malas rasanya nak berkubang kerana dah puas berkubang di Awana Kijal. Jadi aktivitinya hanya bersantai sahaja.

Dalam perjalanan tempohari ke KT, aku terjumpa sebuah gerai yang menjual "ROTI PAUNG" tapi aku tak sempat nak berhenti . Puas aku memikirkan apa benda alah ROTI PAUNG tu, dan akhirnya aku ambil kesimpulan sendiri sebenarnya rasaku dia nak tulis ROTI POUND iaitu roti yang berwarna putih tu yang kemudian dibelah2 dengan pisau panjang , tapi kerana di trengganu maka jadilah ia ROTI PAUNG he he he

Kalau aku silap , sesiapa orang trengganu , boleh tolong betulkan ya

alhamdulillah, kuih teow goreng dgn daging salai panggang

restoran




Selamat Tinggal Kuala Trengganu
Panjang Umur Datang Lagi

Alhamdulillah, sepanjang percutian kami kali ini, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT . Sesungguhnya kepada Allah ku bermohon agar perjalanan kami pergi dan balik dan semasa di sana sentiasa di dalam perlindunganNYA jua dan Alhamdulillah di makbulkan Allah.

Kami bertolak pulang ke HC dengan penuh keriangan . Jarak perjalanan lebih 400++ km dengan tempoh hampir 6 jam juga agak memenatkan juga . Sempat singgah sebentar di Paka untuk menikmati suasana perkampungan nelayan di situ .

Kerana kesuntukkan masa , aku tidak berkesempatan menziarahi kak Nab di Kuantan. Jutaan terima kasih pada kak Nab yang menjemput kami . Tapi tak pa, insyallah, panjang umur, murah rezeki , dan diizinkan Allah, kita pasti bertemu nanti.


pantai batu burok



perkampungan nelayan di Paka

air sungai yang masih terpelihara dari pencemaran

Memang terasa tenang dan mendamaikan berada di tepian sungai Paka

Memang terasa keletihan apabila sampai ke HC setelah memandu dalam jarak yang agak jauh juga. Namun , aku bersyukur kerana selamat pergi dan selamat kembali. Segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT .


ALHAMDULILLAH

Selasa, Februari 23, 2010

KUALA GANU KITE : P2

Selepas asar , kami mula meneroka bandar Kuala trengganu. Alamak , lupalah pulak. Hari ini hari khamis . Esok pula hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu di sini. Jadi , banyak kedai2 di pasar payang telah mula di tutup. Tapi alhamdulillah, kalau ke sini, tak sah kalau tak beli kopok dan kain . Kami dapat membeli beberapa jenis kopok untuk di bawa balik dari Pasar Payang. Seperti biasa, aku minat sungguh dengan kopok yang kecil bungkusannya yang telah disira . Tu kalau makan depan tv, sekali ngap je, habis sebungkus.


Lepas tu biasalah, org perempuan. Banyak himpunan segala jenis kain yang terdapat di pasar payang ni sampai naik juling mata , semua nampak cantik dan menawan . Sehelai dua dibeli sebagai melengkapkan kunjungan kami ke pasar payang.

Aku tak beli sehelai pun baju batik, pasal pak itam memang tak pakai baju batik . Tapi dulu sesekali , pak itam ada juga pakai , tapi pakai kain batik mak itam je he he he

Rasanya kalau kedai semua buka, mau kami berlama-lama di pasar payang untuk menikmati atmosfera suasana di sana yang pada pandangan pak itam amat menyenangkan kerana rata2 kesemua pekedainya dari orang bangsa kita yang boleh berniaga secara aman dan tenteram walaupun kedudukan kedai bersebelahan antara satu sama lain dan menjual produk yang hampir serupa .

Di aras bawah pula, deretan kedai emas dipenuhi ramai pelanggan . Rasanya di sini, mereka boleh membeli emas dan masuk buku 3-5 dan dibayar secara ansuran .


pintu masuk pasar payang
kat bawah penuh deretan kedai emas

naik juling mata tengok kain yang berwarna-warni
penuh keceriaan

singgah,singgah,singgah bang
tengok2 , sapaan pekedai

ingat pak itam kain tu jual dengan patung2 sekali he he


hampir keseluruhan kedai di sini
menerima kad kredit sebagai salah satu
medium pembayaran
dah advanced mereka ni


Hajat kami untuk makan di sebuah restoran terapung di jeti berdekatan tidak kesampaian kerana rupa-rupanya kerja2 pembinaan sedang dijalankan di situ dan akhirnya kami makan di Pantai Batu Burok sahaja.

Suasana kawasan riadah di berdekatan sungguh meriah dengan pengunjung, hari ni kan 1/2 hari bekerja . Di pantai batu burok jangan cakaplah. Gerai menjual jagung bakar meriah sungguh dengan pelanggan yang duk beratur. Jagungnya mak datuk, besar-besar .

masjid berdekatan dari pandangan jendela bilik hotel

suasana perkampungan masih kelihatan di tengah bandar Kuala Ganu

suasana malam di Kuala Ganu
meriah sungguh

Isnin, Februari 22, 2010

KE KUALA GANU KITE : P1

Setelah segala urusan "check out " berjalan pantas , kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Ganu pula utk meneruskan "honey moon" kami lagi 2 hari di sana . Sambil memandu menyusuri jalan di persisiran pantai, melayan lagu dari cd koleksi "Alleycats" yang menjadi halwa teliga ku dan isteri . 

Niat di hati nak cari gerai menjual kuih akok terlaksana apabila terjumpa dengan sebuah warung kecil yang usang di tepi jalan. Sekeping 50 sen dan hampir 10 biji akok juga yang dibeli . Ramai kereta yang berhenti ketika itu utk membelinya . Yang menjadi keistimewaan ialah akok tersebut dibakar menggunakan arang yang menambahkan kesedapannya . Manis, lemak dan memang menyelerakan .

Apa lagi, sebelum meneruskan perjalanan, kami pun menyantap 2-3 biji juga di dalam kereta.


akok yang menjadi pujaan hati ku

Warung menjual akok

Perjalanan kami terhenti seketika untuk menikmati keindahan pantai di Tanjung Jara Resort yang sangat terkenal di kalangan pelancong asing berbangsa eropah . Memang resort ini punya kelasnya yang tersendiri . Lihat sahaja harga biliknya yang mencecah ribuan ringgit semalam . 

Kalau di lihat di kalangan pengunjungnya, rata2 mat salleh dan minah salleh yang sudah agak tua dalam lingkungan 60-70 tahun yang telah bersara dan menghabiskan usia mereka dan wang mereka di tempat2 sebegini yang kadang kala dari 2 minggu hingga sebulan. Dah jadi budaya mereka .

harga bilik di Tanjung Jara Resort
dan senarai anugerah yang dimenanginya
ni baru berbintang2
Top 10 Super Spas - Spa Village Tanjong Jara
Elle UK, 2009
Best Spa Resort
Expatriate Lifestyle, The Best of Malaysia Travel Awards, 2008
Best Hotel Spa in Asia Pacific and the Indian Subcontinent / Listed in “ Best of the Best” World’s Top 26 Spas – ranking number two
Condé Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2008
Five Star Diamond Award
The American Academy of Hospitality Sciences , 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007
Most Innovative Spa
Tatler UK – Spa Awards, 2007
Best Wellness Programme ( Syurga Tujuh )
Malaysia Spa & Wellness Awards, 2007
Best Spa Therapist

Asia Spa & Wellness Awards, 2006
Best Overseas Hotel Spa – Ranked Fifth
Condé Nast Traveller UK – Readers’ Travel Awards, 2006
One of the Seven Natural Wonders of the World
Condé Nast Traveller UK ( March 2006)
Best Spa Therapist – Pak Yahya
Malaysia Spa & Wellness Awards, 2006
Hotel of the Week
The Independent on Sunday, UK – November 27, 2005
One of the Seven Natural Wonders of the World
Condé Nast Traveller UK ( March 2005)
Top Ten in Overseas Hotel Spas- Asia’s category / Listed in the “ 100 Top Spas Worldwide”
Condé Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2004
antara penginapan di tanjung jara

pantai tanjung jara resort



Satu lagi perkara yang menarik perhatian ku, di sepanjang perjalanan, begitu mudah untuk menemui masjid yang tersergam indah akan senibinanya . Ia memberi kemudahan kepada kita yang beragama islam untuk menunaikan solat dan sepatutnya tiada alasan diberikan jika hendak menunaikan solat .

Alhamdulillah, masjid berada di sepanjang perjalanan


Beberapa km lagi untuk sampai ke Kuala Ganu, Noof Arfa Kompleks menjadi perhentian kami untuk meninjau beberapa aktiviti di sana . 

Sebuah kompleks yang besar tersergam indah sebagai salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat dan mengalami sendiri bagaimana proses pembuatan kain batik sutera dihasilkan.

Kompleks Noor Arfa Batik

Demonstrasi mencanteng batik

Peralatan utk proses membuat batik

Blok



Pintu masuk ke Masjid Terapung

Akhirnya hampir pukul 3.00 ptg juga, kami sampai ke destinasi yang dituju untuk bermalam, Sumai Aparment Hotel yang terletak bersebelahan dengan Primula di Pantai Batu Burok. 

Penginapan kami sebuah suite dengan sebuah bilik tidur dan hall yang dilengkapi dengan semua kemudahan termasuk wifi , namun aku lebih suka menggunakan kemudahan broadband ku yang dibawa bersama.

Kerana cuaca yang agak panas, kami hanya merancang akan mengelilingi bandar Kuala Trengganu pada sebelah petang selepas asar .

Alhamdulillah.

sambil rehat2 mengadap lappy, sambil makan kuih akok ,
1 untuk pak itam , 1 untuk CL
he he he