WARGA SCP

Jumaat, Februari 12, 2010

MALANG TIDAK BERBAU: BERHATI-HATI DI JALANRAYA

kebakaran berjaya dipadamkan


kesesakan lalulintas






Kata pepatah "malang tidak berbau " ada kebenarannya . Kalau berbau macam bau durian ke, cempedak ke , tentu kita akan berhati-hati dan cuba untuk menghindarinya.

Tempohhari, semasa pak itam duk leka ke hulu ke hilir, keluar masuk sementara menunggu "kereta kebal" pak itam siap diselenggara, tetiba terdengar bunyi letupan dan keriuhan di jalan besar di hadapan . Keadaan lalulintas mula kelam kabut dan bunyi hon kenderaan memecah langit petang. Kepulan asap hitam kelihatan tinggi, lalu pak itam pun pergilah menyiasat apa yang berlaku.

Rupa-rupanya sebuah kereta proton wira terlibat dalam kemalangan dan dan telah terbakar. Pemandunya seorang wanita telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai .

Keadaan menjadi kelam kabut kerana waktu tu "peak hours" lebih kurang jan 2.30 ptg.
Pihak polis terpaksa menutup jalan bagi membolehkan pihak bomba menjalankan tugas pemadaman kerana ditakuti berlaku letupan besar .

Menurut jurucakap di situ, kereta tersebut sebelum itu telah mengalami kerosakan di tepi jalan lalu pemandunya cuba menghidupkan kembali enjin keretanya dan secara tiba-tiba meletup dan mengakibatkan kebakaran.

Apa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran ialah , pastikan kenderaan kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut waktunya.

Bagi pemandu yang beragama islam pula , sebelum memulakan sesuatu perjalanan, jangan lupa jadikan amalan membaca surah al fatihah dan doa . Akhirnya pandu dengan mengikut peraturan yang di tetapkan dan tawakkal kepada Allah .

Minggu depan cuti CNY yang panjang , pasti rakan2 semua akan menghabiskan masa dengan berkunjung atau pulang ke kampung halaman . Berhati-hatilah ketika memandu dan patuhi segala peraturan jalan raya. Hargailah nyawa anda, sikap bertimbang rasa di atas jalanraya sangat penting dan bersabarlah ketika memandu terutama ketika semua jalanraya dan lebuhraya yang pasti sibuk dengan kenderaan.

Insyallah.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


22 ulasan:

  1. Salam Rezeki,
    Saya masih terkesan baca cerita 6 sekeluarga terbakar kat senawang tuh 2-3hari lepas....moga Allah sentiasa melindungi kita...

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,
    Minta jauh sekelian bala. Mujurlah pemandu diselamatkan awal-awal. Kalau tak,eh..malas nak cakap..

    Doa tu bagus diamal. Saya tambah lagi,Kalau berhadapan dgn orang gila atau anjing, baca doa tu, insyallah tak diganggu.

    Hari ini masak asam pedas ikan kerapu. Dah pesan pada kak sulung masak pedas sikit, baru umppp..

    BalasPadam
  3. salam CR ..

    ni bdk2 sekolah agama lum balik lg utk smbg ngaji kat akak lak , jd amik ksmptn btandang ksini jap ..
    si Abihanan lak ni g jumpa anak AZ kat tol KD. he he he ada apalg tuh , hanya mereka aje yg tahu .

    mdh2an kita semua dihindari dr segala bala .

    ttg doa tu memang ummi yakin bebenar .baca ler 3kali wktu pg dan 3 kali waktu ptg

    kalu ada sesuatu yg lbh mustahak , akak baca 7 kali tanpa ada gangguan ketika mbaca doa tu , jika tganggu , diam skjp , pastu ulang semula 7kali bacaan .cth: kalu kita nak bertolak kesuatu tmpt yg mgkn ada yg kita rasa x sedap hati.( was was )

    sekadar berkongsi maklumat..

    BalasPadam
  4. Salam CR...

    Ngerinya... nasib baik pemandu tu selamat...

    cr mintak copy n simpan doa tu...

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    memnag takut hal-hal kemalangan ini. Minta dijauhkan sungguh. Sebelum mula memandu, baca doa perjalanan, Insya Allah akan memeliharaNya.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Wah3x macam wartawan plak buat liputan terus segar dari ladang ekeke
    Betul kata Kak Nija, ngeri yg accident di Senawang tue..
    Slmt bcuti Pak Itam, maaf lama plak rasanya tak tinggal jejak..

    BalasPadam
  7. Salam Pak itam,

    ari nie waktu kak ngah on d way p menoreh.. kat MRR2 ada satu xsiden.. motor berlaga ngan bas.. bas tu macam rosak.. park kat lorong tepi.. agar nyer mamat motor tu tak perasan kot.. kesian kat dia.. masa kak ngah tgk tu.. dia tgh terlentang berdarah muka & kaki.. nak brenti tolong.. kak ngah dok kat lorong paling kanan.. sib baik ramai gak mamat2 motor yang lain pakat brenti.. sian kat dia.. semoga Allah selamatkan kan dia..

    psstt.. kak ngah pun dok amalkan doa tu.. banyak kebaikan nyer..

    Selamat bercuti untuk pak itam sekeluarga..

    BalasPadam
  8. salam

    kak nija,yg 6 sekeluarga orang dekat2 kg saya tau,dia ada kilang kt teluk mas,semua pergi kan tak de waris,kata ustaz saya dulu,org mati kemalangan terbakar ni syahid dunia,moga roh mereka ditempatkan di kalangan org beriman..


    jalan jd jem,bila org sibuk tengokkk..

    BalasPadam
  9. salam rezeki

    masa balik mesia raya lepas memang rasa gerun sangat nak memandu. Dah lama x memandu pas tu pulak kat sini tak sesibuk kat Malaysia. Doa naik kenderaan tu entah berapa kali ulang huhuhuhu...
    Dah tu pulak rasa pemandu2 kat Mesia ni selalu panas baran. Err.. seram gittew huhuhu

    BalasPadam
  10. salam pak itam,

    nasib baik pemandu itu terselamat.

    BalasPadam
  11. salam rezeki...


    semoga selamat sampai nanti kedestinasi yang di tuju..moga allah swt melindungi serta memelihara man sewaktu memandu nanti..insyalah doa dari Cl di makkah..

    waslam

    BalasPadam
  12. salam datin

    malang tidak berbau, hanya doa dan tawakkal mengiringi setiap perjalanan kita, insyallah

    semoga kita sentiasa dilindungiNYA

    BalasPadam
  13. salam abg sulong

    mmg banyak fadhilat doa tu, semoga menjadi amalan seharian

    sekrg ikan susah nak dapat yg fresh krn banyak bot tak ke laut, cuti panjang katanya

    jadi dlm stok byk daging dgn ayam je, ikan pun yg dapat minggu lepas dan buat stok psl cuti panjang, pasar tani ikan takde

    BalasPadam
  14. salam kak ummi

    mesti ada projek baik tu he he

    mmg bagus dan banyak fadhilat doa tu

    BalasPadam
  15. salam tikah

    silakan, nanti amalkan setiap pagi dan petang , doa tu pendek je, senang hafal

    BalasPadam
  16. salam az

    kita baca apa yg patut sebelum memulakan perjalanan, minta dihindarkan dari segala musibbah

    insyallah

    BalasPadam
  17. salam syima

    selamat bercuti juga buat syima

    BalasPadam
  18. salam kak ngah

    kemalangan berada di mana, cuma kita mampu berdoa dan bertawakkal

    mmg byk fadhilat doa tu

    selamat bercuti juga buat kak ngah dan "adik-adik" serta cik abang he he

    BalasPadam
  19. salam kak nab

    org ramai sempat keluarkan dia, lps tu polis duk letak dalam kereta mereka ,suruh bertenang

    BalasPadam
  20. salam CL

    jutaan time kasih atas kesudian mendoakan ku,

    alhamdulillah, selamt pergi dan selamat kembali ke HC

    BalasPadam
  21. salam cm

    tulah , bila berlaku accident, mrk slowkan kereta nak tengok, akhirnya jalan jem, silap2 tersondol kereta kat depan pulak

    BalasPadam
  22. salam khairyn

    sikap kebanyakkan pemandu kat malaysia mmg begitu, bukan nak puji lah, tapi pemandu kat UK lebih berhemah berbanding negara kita malaysia, tapi kalau kar arab, lagi dasyat driver mereka he he

    BalasPadam