WARGA SCP

Khamis, Februari 18, 2010

BERBULAN MADU KE TRENGGANU : P 1

Alhamdulillah, cuti yang panjang membolehkan pak itam mengaturkan satu pakej bulan madu bersama mak itam, anak yg bongsu pula telah dihantar ke asrama semalam kerana sekolahnya tidak mengambil cuti tambahan. 

Walaupun dah berumur, namun pak itam rasa bulan madu ini pun sangat penting dalam menyemai kasih sayang antara suami dan isteri jika ada kesempatan .

Pilihan pak itam kali ini ialah Trengganu kerana mak itam sangat suka dengan suasana pantai . Jadi hari ini , lebih kurang pukul 9.00 pagi , kami pun bertolak dari HC menuju destinasi kami untuk bermalam di Awana Kijal Golf ,Beach and Spa Resort sebelum meneruskankan perjalanan ke Kuala Trengganu . 

Jaraknya lebih kurang 359 km dan dijangka sampai pukul 1.51 ptg


sempadan rompin - mersing

nelayan di sungai rompin


Perjalanan kami agak santai kali ini, maklumlah Ops Sikap masih berjalan.

Jadi paling laju pun lebih kurang 90 km sejam.
Kami mengambil kesempatan singgah di pekan Tg Gemok, Rompin Pahang yang bersempadan dengan Mersing, Johor untuk menikmati suasana perkampungan nelayan di sepanjang sungai .

Alhamdulillah, cuaca panas sepanjang sebulan ini mula menampakkan tanda akan berakhir.

Hujan telah mula turun sedikit
membasahi bumi yang kering kontang ini


Lebih kurang pukul 12.00 tgh , perut dah mula "berkeroncong"
Berhampiran Pekan, Pahang terjumpa dengan sebuah kedai makan di tepi jalan Nama kedainya "PAH BEDAH"

Senang je kalau nak tahu sesebuah kedai makan itu sedap atau tidak
dengan memerhatikan jumlah kenderaan dan pengunjungnya kalau nampak banyak pemandu lori singgah di situ memang sahlah, tentu masakannya sedap dan menyelerakan

Sangkaan aku tepat sama sekali , banyak lauknya yang menyelerakan kami memilih ikan patin masak gulai tempoyak, ikan keli yang besar digoreng bersambal dan ikan entah apa kah namanya.

Memang sedap dan menyelerakan masakan "Pah Bedah" ni
kalau mahal pun tak apa . Berbaloi.
Tapi apa yang memeranjatkan kami
masakan seenak itu dengan apa yang kami makan
hanya RM 16.50

memang sungguh murah
Semoga Allah meluaskan lagi pintu rezeki towkey kedai makan ini
terima kasih "Pah Bedah"

Nanti hari jumaat semasa kami balik
kami akan singgah lagi ke sini


Besar betul resort ni

Pandangan dari depan pintu bilik di tingkat 7

permandangan dari jendela bilik


Kami sampai agak lewat juga dari waktu yang dijangkakan lebih kurang pukul 3.15 petang kerana banyak sangat tempat kami duk menyinggah dalam perjalanan ke sini.

Sampai je, segala urusan "check in" berjalan lancar kerana dua minggu sebelum tu, pak itam dah membuat tempahan untuk bilik premier yang mengadap laut.

Syukur , alhamdulillah.

12 ulasan:

  1. Salam CR,

    alhamdulillah. Selamat berbulan madu. Ingatlah dunia ini ente yang punya. hehheh

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dimurahkan rezeki..

    Resort tu memamg cantik..nampak tenang. Berapa lama kat sana?

    Ikan patin tempoyak dan ikan bersambal tu memang makanan kegemaran kami anak beranak kalau kat jalanan.

    Wah semua org2 glamour dah tunjuk GPS!

    BalasPadam
  3. salam rezeki..

    alahmdualilah...seronok nyer pergi Ganu KItE...heheheheh

    Semenjak CL duk pamer GPS ramai yang duk promo jugak.bravooooo....

    waslam

    BalasPadam
  4. hmm Tg Gemuk..
    dulu2 CP g pulau tioman, memalui jeti tg gemuk tu lah..

    waa best nya makan angin.. kalau tau leh kirim belikan baju batik, huhu

    BalasPadam
  5. Salam pak itam,

    Amboi! berbulan madu sakan ya! Mai lah singgah kuantan...tapi jangan terjah cam cl wat ke kak nab hari tu..hu hu!!

    E-mail: zainab180553@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    Wah berbulan madu kali ke berapa ni ..entahlah yang ke berapa ribu kali tak taula yer,,seronok jalan2 kan CR, akak pun baru balik tapi satu keluarga..

    Jelesnya semua dah ada GPS tu akak pun nak lah.tapi tak dapat restu lah...kan ummi.

    BalasPadam
  7. salam az

    ngeh ngeh ngeh penat berjalan
    cuti mmg seronok, lps tu naik keja , mulalah nk dptkan "tune" balik

    BalasPadam
  8. salam mama ju

    alhamdulillah

    resort tu besar sangat dan cantik

    esok balik ke HC

    BalasPadam
  9. salam CL

    ganu kite he he

    ada cite menarik psl GPS tu hari tu, nanti pak itam citekan kat cl he he

    menjadi kenangan buat kami berdua psl gps tu hingga mak itam cakap pada pak itam "ada aku kisah" sambil kami gelak bersama

    BalasPadam
  10. salam CP

    banyak baju batik kat ganu, tapikan pak itam tak pakai baju batik lah, jadi tak beli ngeh ngeh

    BalasPadam
  11. salam kak nab

    memadu kasihlah katakan he he

    jutaan tk atas jemputan kak nab

    BalasPadam
  12. salam kak sidah

    bulan madu yg ke ... he he

    kalau boleh tetiap hari nak bulan madu ngeh ngeh

    BalasPadam