Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udaranya di bumi ini . Hari minggu datang lagi. Seperti biasa , pak itam dan mak itam akan ke pasar tani untuk mendapatkan bekalan ikan segar dan sayuran untuk seminggu yang akan dibawa pulang ke hutan nanti
Dah 2 minggu, tiada peniaga ikan di pasar tani ni. Tapi hari ini, alhamdulillah. Banyak ikan2 segar dan hidupan yang sewaktu dengannya. Ikan merah ada, mayong, sembilang, tenggiri dan banyak lagi. Semuanya segar2 kerana peniaga ini mempunyai bot yang berpengkalan di Kuala Sedili dan ikan2 ini hasil dari tangkapan botnya sendiri.
Suasana di gerai menjual ikan sungguh meriah sekali. Yang bestnya, ikan yang dibeli tak perlu disiang di rumah kerana mereka menyediakan perkhidmatan menyiang secara percuma.
Kalau di Makkah , rasanya perlu membayar perkhidmatan utk menyiang ikan ini.
Suasana Sungai Johor yang melingkari bandar HC sungguh indah sekali tatakala matahari hampir memunculkan wajahnya.
Sambil menunggu mak itam beli ikan,
pak itam duk menikmati sungai yang dah mula nak pasang airnya,
sambil nyanyi dalam hati
"air pasang pagi, surut pukul lima,
pak itam bangun pagi , siram pokok bunga,
pokok bunga melur tanam tepi pantai,
itik bertelur ayam menetas ,
cik baba jatuh dalam parit .... "
pak itam duk menikmati sungai yang dah mula nak pasang airnya,
sambil nyanyi dalam hati
"air pasang pagi, surut pukul lima,
pak itam bangun pagi , siram pokok bunga,
pokok bunga melur tanam tepi pantai,
itik bertelur ayam menetas ,
cik baba jatuh dalam parit .... "
Sungguh indah ciptaan Allah, cuba Allah menduga kita dengan tidak menerbitkan matahari bang sehari dua, tentu kacau bilau jadinya.
Oleh itu, kita sebagai insan yang kerdil di sisi Allah sentiasalah memanjatkan rasa syukur dan tawadduk kita kepadaNYA kerana di beri kesempatan dan peluang untuk menemui lagi hari demi hari sehingga kita kembali kepadaNYA
Alhamdulillah, hari minggu datang lagi.
Salam Pak Itam Wah seronoknya membeli ikan sambil menikmati keindahan air...
BalasPadammama nak ke pasar borong ni...di sini ikan pun disiang sekali tanpa charge...jadi kerja lebih mudah..
Masak apa hari ni?
Salam,
BalasPadamWah..sungguh cantik pemandangan dan ditepi sungai disimen dan bersih. Indah permai. Mana tak sampai keluar lagu "air pasang pagi". Itu lagu kesukaan anak kecik saya tu pak itam,satu lagi burung kakak tua.
Pak itam & Mak itam beli ikan sayur ni kira awal pagi lah tu.. Kita lagi awal, pukul 4.30 pagi dah turun ke pasar "main bazzar"yang jauh kira-kira 25km dari rumah. Maklumlah anak ramai,kalau awal pagi boleh beli borong & murah untuk seminggu.
Selesai membeli, singgah ke masjid india solat subuh. Lepas tu barulah "mamak mee jawa 2 & teh tarik 2.. heh..heh..
Salam Pak Itam...
BalasPadamCantiknya permandangan... soronoknya pak itam... sambil dok nunggu mak itam sempat lagi menyanyi riang... kalau mak itam ada sekali nyanyi lagu apa agaknya... hehehe
salam pak itam...
BalasPadamkak nab pun nyanyi gak lagu tu...hiks!!
Bestnya, sambil beli ikan dan sayur sambil nyanyi ... tapi baik2 nyanyi tu bila sampai part .. " cik baba jatuh dalam parit ..." kot tersilap langkah pak itam tergelicuk masuk sungai ..hehe.
BalasPadambtw, akak pun ke pasar borong pagi tadi sempat borong ayam, ikan merah, sotong dan ketam , siap dengan telur ayam kampung , konon nak rajin sikitlah masak minggu ni ..hahaha.
ikan mayong?
BalasPadamwow..fevret tuh..masak asam pedas dan separuh lagi goreng buh kunyit banyaki sket..
uihssss
Salam CR,
BalasPadamMasa az duduk di Muar dulu, paling best g pasar Pt Jawa, di situ x perlu cakap, ikan2 siap di siang termasuklah ikan kembung di uabung isi perutnya. Memang best dududk di muar. Oh Muar, aku rindu kpada mu.
Salaam Pak Itam,
BalasPadamCantikla gambar pemandangan kat tepi sungai, yang ada pokok tu...
Best jugak kalau bersantai/beriadah kat situ waktu pagi/petang... tak nampak pulak bangku2 disediakan di situ.... jogging track ada tak, Pak Itam? Gerai cendoi, ABC, chop kamben?
VpeaceV
salam,
BalasPadamhari minggu, kat Kedah hari jumaat iaitu pengulu segala hari.
pasartani sesak kalu hari jumaat.
salam pak itam
BalasPadamterhibur hati cm mendengar lagu dendangan pak itam,masa cm belajar cm ada buat projek sejarah lagu2 rakyat byk gak cm hafal,cm nk share dgn pak itam untuk tmbh koleksi pak itam di kala sunyi..
mula sekali cm sambung lagu pak itam tu yarr..
air pasang dalam surut pukul 3
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik keretapi singgah kuala lumpur
jumpa isteri comel terselit celah dapur
bila pak itam nampak mak itam pak itam nyanyi lagu ni..
rasa sayang hey,
rasa sayang sayang hey,
hey lihat nona jauh,
rasa sayang sayang hey.
bila nk balik pasar pulak nyanyi yg ni lak duet dgn mak itam
Geylang si paku Geylang
Geylang si rama rama
pulang marilah pulang
marilah pulang bersama sama
mari pulan marilah pulang
marilah pulang bersama sama
bila bergurau senda dgn mak itam nyanyi lagu ni tau..boleh juga dinyanyi ketika memilih atau mengoreng ikan..hehehe
Ikan kekek mak eloi, eloi
Ikan gelama mak elai, elai
dapat isteri cantiknya amboi
tapi ketawa mengilai-gilai..
bila pak itam dok buat kerja pak itam nyyanyi ni pulak..
Lagu 3 kupang, saku penuh padi
6 ekor burung masuk dlm kuali
Bila sudah masak burung nyanyi saja
Tentu sedap mkn beri pd raja
Raja dlm rumah buat kira2
Suri dlm dapur mkn roti gula, hey
Dayang tepi kolam mau jemur tepung
Dtg burung hitam patuk btg hidung, hidung, hidung, hidung......
dan last sekali bila pak itam bawak JLL pi jalan2 pak itam nyanyi lagu ni..
Bapaku Pulang
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah
Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek
SEKIAN DULU ASIGNMENT SAYA KALI NI,DI HARAP TUAN PROFESOR TERHIBUR,HAHAHAHA,AMPUUN SY PAK ITAM,KU KOMEN SAAT BETUL-BETUL TAK DE KERJA DAH!!!!
NYANYI TAUUUUUU...DAAAAAAA...
salam mama ju
BalasPadamhari ni asam pedas ikan sembilang
seronok makan he he
salam abg sulong
BalasPadampasar tani kat sini mula pukul 7.00 pagi, kalau pasar borong kul 4.00 pg dh buka
salam tikah
BalasPadamkalau mak itam ada sama, pak itam nyanyi lagu nasyid he he he
salam kak nab
BalasPadammasa kecik2 dulu saya teringat ibu ku selalu menyanyikan lagu tu bila dodoikan dlm buai he he
salam kak ina
BalasPadamhe he nasib baik ada pagar kat tepi sg. tu
masak apa hari ni kak?
salam catz
BalasPadampeminat ikan mayong rupenya he he
samalah kita
kena kepala mayong huuuuu lupa ssegalanya
salam az
BalasPadamkalau balik muar, saya selalu pegi pasar pt jawa cari ikan
yg best tu, tgk ikan baru naik
salam umaizudin
BalasPadamada jogging track kat situ, kalau kat sebelah sana, pagi minggu ada arobic lagi he he
sebelah ptg meriah ada playground kat siru
tapi tepi sg tu takde gerai menjual makanan dan minuman
salam kak S
BalasPadampasar tani kat sini kecik je
kalau kat kedah meriah sungguhkan
pernah pegi pasar tamu kat KK, penat berjalan psl sepanjang jalan
salam cm
BalasPadamheeeeeeeeeeeeeeeeeee
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa
rasa2 pagi pegi pasar tani, ptg baru sampai umah he he he
pak itam kasi a+ utk kerja kursus cm ni he he
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamterhibur Pak Itam nyanyikan Lagu
berduit dgn Mak Itam yeee
kirim salam dgn Mak Itam
Salam CM
Tak lepas peluang dia, menyanyi jugak
nak berduit dgn siapa
Wassalam
salam rozali
BalasPadamtak , semalm pak itam nyanyi kategori solo, sementara pasangan duet ku tgh pilih ikan je he he he