Aku dulu menghabiskan zaman persekolahan ku di sini dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6 atas dan hampir 2 tahun selepas tu barulah aku keluar merantau ke tempat lain demi meneruskan sebuah kehidupan . Namun landskap bandar maharani tidak banyak berubah dari sebelumnya .
Cuma ketenangan suasana kampung tidak lagi terasa kerana semua dihimpit arus pembangunan. Kenderaan telah terlalu banyak di sini menyebabkan kesesakkan jalan raya di bandar berlaku setiap masa , tidak seperti 20 tahun lepas di mana aku bebas berbasikal di serata ceruk bandar .
Namun , deretan kedai-kedai lama dan usang masih boleh ditemui di sini. Kalau dulu selepas balik dari sekolah (High School Muar) untuk ke stesyen bas, aku kerap juga menyusuri jalan ini untuk menyaksikan "penjual-penjual ubat tradisional" beraksi di kaki lima kedai untuk memperdagangkan keluaran mereka dengan pelbagai cara dan telatah yang memang menghiburkan .
Di deretan kaki lima ini juga dulu terdapat sebuah kedai peminjam wang berlesen yang asal dari keturunan india yang lebih mesra di panggil "cetti" yang suasana kedai didalamnya lapang dan hanya terdapat sebuah peti besar dan meja seperti orang mahu mengaji tu. Mereka hanya berkain pelikat putih yang kerap disinsing hingga ke lutut dan sering membawa payung hitam . Di dahi pula , tercalit calitan kapur 3 baris sebagai identiti mereka. Namun panorama tersebut telah lenyap ditelan arus pemodenan.

Dan kesedapan aroma dan rasa kopi 434
yang terkenal memang tidak dapat dipisahkan .
Namun kerana cuti CNy , aku tidak dapat
membelinya di kedai ini kerana ditutup .
yang terkenal memang tidak dapat dipisahkan .
Namun kerana cuti CNy , aku tidak dapat
membelinya di kedai ini kerana ditutup .
Mungkin bagi orang luar, mereka merasa agak janggal bila melihat dan mengetahui bahawa penduduk muar amat popular bersarapan pagi dengan sate dan nasi himpit sebagai salah satu menu utama di samping menu lain seperti mee rebus dan lontong.
pukul 7.00 dah penuh
yang makan lain, yang bungkus lain
lihat tu memasing tengah beratur hanya untuk diambil pesanan
jom mari kita "MENYATE"
yang makan lain, yang bungkus lain
lihat tu memasing tengah beratur hanya untuk diambil pesanan
jom mari kita "MENYATE"
Tapi itulah keistimewaan bandar maharani yang terkenal dengan sate babat atau sate perut yang keenakkannya , jangan kata mak mertua lalu, jin aperit lalu kat belakang pun tak perasan, sesadar dah 20-30 cucuk habis he he
Setiap kali pulang, aku tidak akan melepaskan peluang keemasan uantuk menikmatinya . Terlambat sedikit lebih kurang pukul 7.00 pagi, pelanggan telah memenuhi kedai . Tukang kipas sate sedang berperang dengan sate pula. Pesanan dibuat untuk dibawa balik bersarapan bersama ibu dan keluarga,namun giliran ku mengikut buku latihan yang tulis pesanannya menyebabkan aku terpaksa menunggu hampir 1 jam . Namun penantian ku berbaloi apabila kami dapat merasakan keenakkan dan keranggupan sate babat pada ku tiada tandingan di tempat lain.

Pemandangan sebegini juga dengan kedai menjual rempah ratus yang banyak terdapat di sini merupakan fenomena biasa kerana bandar maharani memang terkenal dengan keenakkan nasi beriayani dan mee bandung sehingga kalau kita lihat di tempat2 lain di seluruh negara, ada saja pekedai yang menggunakan trademark "mee bandung muar " sedangkan rasanya tidak dapat menandingi dengan rasa sebenar "mee bandung muar"
Dan bandar maharani juga terkenal seantero nagara dengan masakan asam pedasnya terutama di Parit Jawa dan Tanjung Emas, namun aku bersyukur kerana aku tidak perlu ke kedai untuk menikmati keenakkan asam pedar muar kerana isteri ku kerap memasakan menu kegemaran ku ini.
Itulah bandar maharani, di mana aku menghabiskan sebahagian kehidupan ku di sini .

Bagi sesiapa rakan2 yang kaki makan, berkunjunglah ke bandar maharani untuk merasai sendiri keenakan sate babatnya beserta mee bandung dan nasi beriayani serta murtabaknya di kedai2 atau warung2 yang terkenal dengan masakan dan keenakkannya.
Salam CR
BalasPadamSedapnya...Saya tak pernah makan asam pedas Muar...makan sate babat pun tak pernah...nama je org johor...keda sate tu bukak tak masa lain?
Org kelantan pun makan nasi impit dgn sate pagi2..1 bungkus tertakluk hanya 2 batang sate! org muor berbyk2 sate!
CR muor kat mana.?.asal keturunan saya dari Pt Nawi dtg dari semarang!
salam
BalasPadamnenek CM orang Sri Menanti Muar,Dari Umbai kami pi Muar dulu naik bas MOS warna kuning...pas tu ingat lg tempat nama Tanjung.lama benr tak pi Muar ada jugak 15thn dah tak pi Muar.padahal dkt jer dgn kg tu..
Salam
BalasPadamMasa kecik2 dulu arwah abah suka bawak kami merayap bandar muar kalau kami balik kg (Pancor and Pontian). Sate babat memang my favourite tuh huhuhu.. Asam pedas pun nyam nyam tapi arwah abah punya mee bandung gak paling sedap in the world!
Jangan tak caya, saya memang impot kopi 434 ni ke UK ni.. Sedap! Stok yg paket2 dah habis, sekarang ni tinggal stok yang serbuk. Kenalah bancuh dalam carafe kopi, tapis serdak
Salam CR,
BalasPadamoooo bandar maharani, kamu mengamit nostalgia ku. Kat situ lah AZ jumpa, dating ngan mrszain. hheheheh
20 tahun di muar, ermmmm. Aku kangan bangat dengan tanjung mas. (bukan cikgu mas)
Salam Khyrn,
lama tak jejak umah az
salam CR
BalasPadamhmm menarik juga upernya bndar maharani niee...
nanti boleh la singgah2 tapi bila laa nak pi sana kan...??
trimakasih nice info
Salam,
BalasPadamhanis pon suka sgt dengan mee bandung muar & satay babat nie...walaupon tak sesedap yg kat bandar maharani tu...tetap habis kalau dah ade kat depan mata hanis...huhuhuhuhu.....
pak itam...hanis suka gak mee jawa...terbau2 udang keringnya nie....
Salam rezeki,
BalasPadamActually 14 Feb aritu saya pun lalu kat 434, then nak gi mkn mee bandung tp tutup pulak, then gi masjid tepi laut tu. Lalu kat high school dan tjg emas. Saya bukan orang Johor tp Muar dah agak mahir sebab selalu balik kg....434 mesti nak pekena....restoran sate dan mee tu mmg best....tp org sentiasa penuh.
Setiap bulan saya mesti balik kg tgk mak mertua. Saya selalu pesan pada wife mesti tgk mak semasa mereka masih ada... mak dan abah saya dah lama tiada.
salam mama ju
BalasPadamhe he mmg sodap sate babat tu, kedai tu bukak dr jam 6.30 pg hingga 3.00 ptg
kalau cuti umum jgn ceritalah, org luar yg balik ke muar pasti akan ke situ
kat bakri, keturunan datuk nenek berasal dr acheh
salam cm
BalasPadamdulu pak itam masa kecik kalau arwah ayah bawak naik bas tu mesti tak kena bayar(free) psl dulu kekanak percuma
pak itam masih punya ramai sedara lagi kat melaka terutama sebelah ayah krn dulu ramai org muar yg juga merantau ke melaka
salam khairyn
BalasPadamcite sate babat, terliur pulak. hari tu saya beli hampir 100 cucuk utk dibawa balik dengan nasi himpit he he
mee bandung tak sempat makan psl dah kekenyangan ngeh ngeh
wah, kopi 434 dh spi UK gamaknya he he mmg "kaw" kopi tu kan
salam az
BalasPadamohhhh, az berendut dgn mrs zain kat tanjung mas ya he he
lps dating makan rojak petis pulak ngeh ngeh
salam ainhany
BalasPadammmg banyak benda yg menarik kat bandar maharani ni terutama makanannya, tapi kena cari dan kena dgn warung atau kedainya lah he he
salam hanis
BalasPadampak itam kalau sate babat sekali ngap mau 20-30 cucuk he he lepas gian bila balik kg he he
tampat lain sate babat dan mee bandungnya tak sesedap dan selazat mcm kat muar, entah kenapa
salam rosli
BalasPadammmg kedai tu tak pernah lapang dan sentiasa sesak, kalau nak duduk pun kena tunggu org lain habis makan
ada satu lagi warung yg mee bandungnya sedap terletak di parit amal , jln hj kosai
mmg perlu semasa kedua ibu bapa kita masih hidup, kita kena selalu jenguk dan ambil berat
salam,
BalasPadambagi catz bandar muar ni istimewa juga..malah kdg kami gelarkanmuar ni bandar org pencen..ihiks.kerana bila pagi, suasananya yang santai, org drive slow-slow pepagi tuh..
nampak ramai org tua mkn di warung/restoren..
makanan pun istimewa..pernah juga sarapan sate di waktu pagi..mkn mee bandung and siap bei perencah mee bandung segera..
senang...
:)
salam catz
BalasPadammmg gelaran bandar pencen krn dulu bilangan warga tua dan berumur serta pencen ramai di sana, tapi sekarang tidak lagi rasanya
sekarang muar kalau jln jem mengalahkan kl he he