WARGA SCP

Ahad, Oktober 02, 2011

MAKKAH : DARI JENDELA KAMAR AL MASSA part ha


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السلام عليكم

Alhamdulillah

Kota Makkah sekarang sudah bersedia menerima kunjungan para tetamu Allah yang telah dijemput olehNYA untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

Pada setiap tahun , anggaran 2-4 juta para tetamu Allah akan berkampung di Madinah dan di Makkah dalam menyempurnakan rukun islam yang ke 5 ini.

Bayangkanlah bagaimana sejumlah besar jemaah berkumpul dalam satu2 masa . Pelbagai peringkat umur samada yang muda atau yang tua, lelaki atau perempuan . namun rata2nya adalah jemaah yang agak berumur berbanding segelintir jemaah2 yang masih muda.

Pelbagai gelagat dan karenah dapat dilihat semasa perhimpunan agung ini.

Suasana dan jangkamasa antara mengerjakan umrah dan haji sangat berbeza sekali. Umrah hanya mengambil masa antara 7-14 hari (terkecuali umrah sebulan Ramadhan) berbanding 45 hari bagi para jemaah haji.

Jadi persiapan mental dan fizikal , rohani serta jasmani harus kuat dan mantap .Perlu berulang alik setiap masa ke Masjidil Haram "bersaing" dengan jutaan jemaah . Kalau lambat , alamatnya kita hanya dapat bersolat di kawasan luar dan kangkala jalanraya dipenuhi dengan saf2 .

Bersedialah untuk menghadapi hari wukuf di Arafah nanti, mabit di Mudzalifah serta bermalam di Mina untuk melakukan lontaran di jamrah kelak.

Bersedialah untuk menghadapi ratusan ribu malah jutaan jemaah semasa kita menyempurnakan tawaf ifadah atau tawaf haji dalam keadaan yang berhimpit-himpit.

Apabila sampai di sana, lupakan seketika kampung halaman kita kerana terdapat 2-3 situasi yang aku temui yang setibanya di sana , ada yang seumpama "hilang akal sementara" kerana asyik teringatkan kampung halaman serta ayam itik di kampung .

Kesihatan perlu dijaga kerana kebarangkalian mendapat batuk dan demam sangat tinggi akibat perubahan cuaca dan juga keadaan kota suci Makkah yang sangat berabuk akibat pembangunan disekitarnya. Banyakkan minum air zam2 , banyakkan berdoa serta tawakkal kepada Allah .

Bagi yang alah kepada habuk, pakailah "mask" ketika tidak berihram , terutamanya apabila berulang-alik ke masjid.

Usahlah membawa wang yang banyak setiap kali ke masjid demi mengelakkan perkara yang tidak diingini . Apabila memerlukan wang , kita boleh mengeluarkannya di kaunter2 Tabung Haji yang disediakan di hotel2 penginapan .

Bagi yang menghadapi kemusykilan berkaitan bab2 agama , janganlah segan berjumpa dengan guru2 agama yang dilantik dan bertauliah .Mereka sedia membantu kita .

Jangan terikut-ikut dengan perlakuan jemaah yang datang dari pelbagai negara dengan pelbagai mazhab yang padanya mungkin sesuatu perbuatan itu tidak mengapa . Pastikan jemaah2 wanita bersolat didalam kawasan dan saf kaum perempuan terutamanya di Masjidil Haram berbanding Masjid Nabawi yang memang tersedia kawasan khas bagi kaum muslimah.

Selamat datang tetamu-tetamu Allah .

Lakukanlah seberapa banyak amal ibadat di sana samada yang wajib serta yang disunatkan.Isikan masa2 terluang dengan membaca Al-Quran dan antara maghrib dengan isyak pula, ambillah kesempatan beriktikaf di sana dengan diselangi solat sunat awabbin, solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Dikala antara dua azan pada waktu subuh pula, iringi waktu terluang dengan solat tahajjud pula.

Kurangkan "tawaf kedai" dan perbanyakkan tawaf sunat .

Semoga kalian dikurniakan Haji Mabrur.

Insyallah

PANORAMA SEKITARAN MASJIDIL HARAM
dari jendela kamar Al Massa
persekitaran Masjidil Haram yang penuh dengan kerja2 pembinaan

ulangalik ke Masjidil Haram merupakan rutin harian

kalau lambat ke Masjidil Haram,
hanya dapat solat di lamannya


kekadang, jalanraya ni pun dengan jemaah bersolat di atasnya


ingati pintu masuk ke Masjidil Haram supaya tak sesat





waktu wukuf nanti,
Masjidil Haram lenggang
Arafah jadi tumpuan


8 ulasan:

  1. terharu...tersangatlah rindunya nak ke mekah lagiiii...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Kekuatan Fizikal dan mental perlu bagi melakukan Ibada haji dengan para jemaah yang mengunjungi MH dianggar 2 - 4 juta orang yang mana bertumpu untuk melakukan iabadah dan juga perjalanan untuk melontar amrah di Mina yang banyak menggunakan tenaga (6km pergi balik)......perlu perbanyakkan kesabaran di Tanah Suci.....

    Merasai kerinduan untuk mengunjungi Tanah Suci apabila meliha akan gambar-gambar MH di blog Tn Hj...

    BalasPadam
  3. Salam...
    Thank you for sharing, I will definitely remember it when I'm there...

    BalasPadam
  4. salam tuan haji.
    belum sampai lagi ke sana..
    dengan membaca kat sini pun dah teruja untuk menziarahinya..

    BalasPadam
  5. kak nab

    dah boleh plan utk tahun depan hehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam hj pesona

    alhamdulillah

    betul tu
    persiapan fizikal, mental perlu cukup
    dan mantap

    penting sekali doa dan tawakkal setelah cukup semua persediaan

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam nur

    alhamdulillah

    insyallah
    tanamkan azam , tekad dan cita2 utk mengunjungi 2 tanah suci,
    insyallah ,Allah akan permudahkan

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam marla

    alhamdulillah

    insyallah

    BalasPadam