WARGA SCP

Isnin, Oktober 03, 2011

MAKKAH : جمل a.k.a JAMAL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Kami berkesempatan mengunjungi sebuah ladang unta yang terletak di sebuah padang pasir berdekatan Hudaibiyah. Boleh tahan juga jaraknya dari kota Makkah . Di sana terdapat beberapa buah ladang unta yang menjadi tumpuan para jemaah yang merupakan salah satu dari program ziarah luar jika berada di kota Makkah.

Unta-unta ini tidak dibiarkan bebas berkeliaran. Kalau tak kurung, mau sampai Qatar dia berjalan kerana seperti yang kita ketahui, unta atau lebih dikenali sebagai kenderaan padang pasir boleh hidup lama tanpa minum dan memang Allah jadinya ia sebagai salah satu tunggangan bagi kaum yang tinggal di padang pasir sejak dari zaman para nabi kita terdahulu.


Bahasa Arab ,unta dikenali sebagai جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).






aku suka tengok unta yang kulitnya keputih-putihan sikit ni
mesti dia ni "otai"
kira handsome hehehe

Kisah mengenai unta banyak juga disebut di dalam kitab suci Al Quran , antaranya dalam surah Hud yang menceritakan tentang Nabi Salleh yang diutus Allah SWT, mengajak kaum Tsamud untuk bertauhid mengakui keesaan Allah S.W.T.

Namun, kaum Tsamud tidak menerima begitu saja. Mereka minta ditunjukkan satu mukjizat sebagai bukti bahawa Nabi Salleh adalah utusan Allah. Mereka telah meminta seekor unta betina keluar dari celah batu.



"cute"

Nabi Salleh pun berdoa meminta kepada Allah S.W.T. Doanya dikabulkan, dan keluarlah seekor unta betina dari celah batu besar. Dia lalu berpesan kepada umatnya, jangan sampai menyakiti unta tersebut, apalagi membunuhnya. Azab Allah amat dahsyat, kalau sampai unta tersebut dibunuh seperti dalam ayat di bawah :

"Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat."
(Hud: 64)














Selang beberapa waktu, salah seorang umatnya mengingkari dan nekad membunuh unta tersebut.

Nabi Salleh amat marah. Dia tahu, azab Allah akan datang dan menghapuskan kaumnya. Kerana, “mukjizat unta” hanyalah simbol kepatuhan kaum Tsamud kepada Allah yang Maha Esa.

Tidak lama kemudian, Allah memperlihatkan kemurkaannya dengan menghantar angin puting beliung dengan suhu dan udara yang sangat dingin menyelimuti hari-hari kaum Tsamud dan juga diiringi gempa sangat dahsyat.

Akhirnya, kaum Tsamud tenggelam ditelan bumi. Yang tertinggal hanya beberapa rumah dan istana gunung batu sebagai hasil karya mereka dan juga sebagai peringatan dan ikhtibar kepada kita semua.


"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Salleh. Ia berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu.

Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih.

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah;, maka ingatlah nikmat- nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerosakan.

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: 'Tahukah kamu bahawa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya ?' Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu yang Saleh diutus untuk menyampaikannya.' Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu."
( al-araf: 73-76)



Alllahuakbar,
Sesungguhnya kunjungan ku hari ini ke ladang unta ini mengingatkan dan menyedarkan ku bahawa azab Allah amat berat kepada orang yang ingkar akan suruhan dan larangannya.


10 ulasan:

  1. minum susu unta pakitam? Kpah tak larat nak minum. Ada yang lumur muka dengan buih susu unta lagi. ish.. tak nak aku ..

    BalasPadam
  2. comel jer unta2 tu dok posing ketika pak itam tangkap gambar mereka...hehehe...ada baca2 ke?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    masa ambil gambar tu....
    pak itam suruh unta tu senyum ke..
    sebab semua gambar unta tengah senyum ajer...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  4. abi/umi wafaOktober 03, 2011

    salam pak itam,

    your fotos are good.kami tak mahir fotografi,but i know a good one when i see one.trima kasih atas catatan pak itam selama ini.very very helpful.asyik baca tapi tak pernah berterima kasih.InsyaAllah kami,abi dan umi wafa akan sampai ke sana pada 24oct.pak itam akan berada disana sampai habis musim haji?
    thanks again,salam pd mak itam.

    BalasPadam
  5. kak pah

    jamah2 gitu je kak hehe

    kalau sapa perut alah, mau cirit

    BalasPadam
  6. kak nab

    masa nak suruh depa dok posing,
    saya mainkan lagu kebangsaan saudi hehehe

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam atuk

    hehehehe

    mana tak senyum, pak menakan dia sampai hehehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam abi/umi wafa

    alhamdulillah

    semoga Allah permudahkan buat abi dan umi sekeluarga

    no lah, kami sekrg kat tepi hutan dah ni, tu kat belakang mak itamnya tgh masak ikan parang buat berbuka nanti hehehe

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Tn Hj,

    Pernah melawat ladang Unta semasa mengerjakan Umrah 2007...tetapi tak sanggup merasai susu unta segar....

    BalasPadam
  10. waalaikusalam hj pesona

    kalau tak biasa akan rasa mual sikit pasal fresh milk

    kalau dah sejuk dalam peti sejuk, sedap rasanya

    BalasPadam