WARGA SCP

Selasa, Oktober 04, 2011

MAKKAH : IKAT BEBETUL, KARANG TERBURAI

Hudaibiyah, salah satu tempat bermiqat yang terletak agak jauh juga dari kota suci Makkah. Ia terletak dalam tanah halal . Tapi amat jarang mereka yang hendak berniat ihram ke sini berbanding dengan Tanaem yang paling ramai menerima kunjungan jemaah .


Melihat keadaan anak muda ini dari jauh mengenakan kain ihram, aku terkenang kali pertama aku mencuba memakai kain ihram ni 7-8 tahun yang lalu . Untuk yang pertama kali mengikat kain ihram ni, pasti akan menghadapi sedikit kesukaran , tapi kalau dah tau caranya,lepas tu insyallah tak kan timbul masalah.

Yang mengajarku memakai ihram buat pertama kali ialah Tn Hj Khalil yang kerap kali juga pergi ke Makkah. Dia ni kira selalu jadi ketua rombong bagi sebuah agensi pengurusan umrah bagi kawasan BP.

Peristiwa tersebut berlaku di rumah ku sebulan sebelum kami 4 beranak menjejakkan kaki kali pertama ke tanah suci . Dari situlah , aku terus mempelajari dan mempelajari segala ilmu berkaitan haji dan umrah samada melalui secara berguru atau melalui pembacaan.

Kain ihram ni ada saiz S,M,L,XL bergantung pada tubuh badan kita, begitu juga dengan talipinggangnya.

Kain ihram bagi lelaki ni kalau tak pakai dan ikat kemas2 dan tak kena cara pemakaiannya, karang ada yang tak sepatutnya "terkeluar" dari persembunyiannya , tak pasal2 menjerit mak2 arab dan pak2 arab,

"haram, haram, haram"

di tanah haram pulak tu...

kita ni yang tak tahu cakap arab mesti ingat apa yang haram yang dijerit oleh mereka lalu berfikiran,

"mesti depa kata nak pi haram tak,
jom naik dengan depa "

hehehe

Tu sebab kena belajar supaya pandai pakai ihram ni dan kemudian diikat gunakan tali pinggang besar tu supaya dia tak melondeh dan menutup aurat .


Kain ihram ni bukan macam kita pakai kain pelikat pasal kain ni tak berjahit dan bersambung. Kalau kita main balut je macam balut nak buat popia, karang sukar pulak nak berjalan dan duduk antara dua sujud. Itu sebab ada cara pemakaiannya . Jemaah muslimah pula kurang bermasalah pasal ihram kerana cara mereka memakai telekung untuk solat itulah cara pemakaian ihram mereka . Semua tertutup kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja.

Cerita pasal ihram ni,
aku memang suka ihram yang dah kira "season" sikit pasal bulu2 kain dia dah gugur lagi berbanding dengan yang baru .Kalau jenis yang baru lagi ihramnya, tu yang kita tengok dok melekat penuh memutih kat atas karpet masjid .

OK, dah pakai ihram,
yang paling utama ialah mematuhi segala pantang larangnya.
dan juga kita memahami falsafah dan apa yang tersurat dan tersirat disebalik segala pantang larang yang Allah kenakan itu

Alhamdulillah.



8 ulasan:

  1. Lucu sokmo citer pak itam...hahahaha

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada pengalaman seorang jemaah pada kursus perdana pada musim haji tahun lepas baru pertama kali memakai kain Ihram dah semacam memaiak kain belah di hadapan apabila duduk sementara nak menunggu waktu solat..
    sememangnya perlu cuba memakainya berulang-ulang kali baru betul....

    BalasPadam
  3. As Salam pak menakan,

    ahaaa, pakai molek molek arr.. sib baik jemaah m'sia pakai ihram kain tebal ala ala towel gitu.. ada sesetengah jemaah dari india dok pakai kain puteh yg macam wat baju kurung skolah tu.. adusssss, naya sehh

    pssstt, tulun kirim salam kat jemaah hat gambaq nombot 5 tuh.. cam cheq kenai ja..

    BalasPadam
  4. kak nab

    benar ibuk cerita bapak ini hehehe

    tu pun udah disensored ceritanya hehehe

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam hj pesona

    betul tu, nampak mcm mudah kali pertama memakainya , tapi salah pakai bak kata haji mcm kain belah pulak hehehe

    BalasPadam
  6. waalaikusalam anak menakan

    hehehe terpaksa lah kak ngah pejam mata ye bila terlihat yg sebegitu

    kawan kak ngah ye tu hehehe

    BalasPadam
  7. Cr,

    Saya suka bab ni....saya salah sorang yang begitu sukar pakai ihram...ada benar citer ni....tp bila kat perut saya tu....alamak...besar membukit...

    BalasPadam
  8. en rosli


    hehehehe

    tapi itulah keistimewaan ihram tanpa mengenal pangkat, darjat , kecik, besar, hitam atau putih warna kulit

    BalasPadam