WARGA SCP

Jumaat, Oktober 21, 2011

USS : PART 4 : ANCIENT EGYPT : REVENGE OF MUMMY

Sebuah lagi park yang menarik perhatian ku ialah Ancient Egypt.
Sementara anak lelaki kami dok melayan roller coaster yang terdapat dalam "Revenge of the Mummy" mak itam dok tunggu dengan kakak kat luar.

Aku pula dok melayan DSLR aku merakamkan foto2 yang menarik sekitar ku.
Nak suruh aku naik roller coaster, minta maap le bebanyak. dulu sekali kami 4 beranak naik, terus taubat tak naik lagi.

Masa tu kat Warner Bros Gold Coast, kami nampak satu "ride" Sco Bidoo Bidoo . kami pun cuba le pasal tengok dari luar mcm ok je . Rupa-rupanya "tipah tertipu" hahaha

Kereta sco bi doo bi doo tu masuk je ke dalam , dah lah dengan gelap nampak cahaya samar2 , dia punya landasan segi empat ke dalam dan ke bawah tanah

Dah terpekik terlolong aku dengan bini aku, mak itam punya le kuat paut tangan aku sampai sakit , sib baik aku tak terkencing je hehehe

Tu sebab, aku kalau roller coaster ke atau sewaktu dengannya , minta maap le bebanyak
Takut "tipah tertipu lagi"







Aku benar2 tertarik dengan karektor yang dibawa mamat ni. Kita bebas bergambar di tepinya. Tapi muka dia garang betul dan sentiasa menyingga. Takde senyum langsung.

Berpeluh juga dia pasal lama juga dia lepak kat depan tu sebagai tarikan pengunjung . Dalam 7-8 shots juga aku rakamkan fotonya pasal aku suka lihat pembawaan karektornya.

Begitulah juga dengan kehidupan kita manusia di dunia yang kekadang ada yang mengibaratkan sebagai pelakon di pentas sandiwara dunia. Terpulanglah kepada kita nak bawa watak apa atau karektor apa sekali pun, tetapi perlu diingat bahawa apabila tiba hari pembalasan, tiada lagi pentas sandiwara untuk kita berlakon kerana setiap apa yang kita lakukan di pentas sandiwara dunia pasti takkan terlepas walau sebesar zarah pun dari pencipta kita Yang Maha Agong , Allah S.W.T








6 ulasan:

  1. he he..mummy ride tu pun sama ja ngerinya..dah la dok dalam gelap, ditarik ke belakang, menjunam bagai nak jatuh betul2.. pertama dan terakhir la kot naik roller coaster tu..

    BalasPadam
  2. Saya suka naik carrousel permainan kuda pusing turun naik, turun naik....happy happy aje sambil melambai-lambai. Hee, hee....

    BalasPadam
  3. zue pun naik gak roller coaster tu...ngeri seh..klu ada sakit jantung mau pengsan dibuatnya.

    BalasPadam
  4. norh

    terus tobat tak naik hehehe

    rasa dalam perut naik,turun,naik,turun masa naik tu hehe

    BalasPadam
  5. Hjh Noralenna

    tu je kak yg sesuai bagi kita hehe
    naik kuda kayu hehe

    lagi satu naik cawan pusing hehe

    BalasPadam
  6. zue

    beraninya naik,

    bapak dah tua baru jumpa mainan tu, kalau dulu 20-30 tahun dulu, mau cuba naik juga hehe

    BalasPadam