WARGA SCP

Selasa, Oktober 25, 2011

USS : PART 5 : ANCIENT EGYPT : TREASURE HUNTERS

Aku merayau dan terus merayau di kawasan berhampiran . Cuaca tengahari ini sungguh panas sekali . Anak jantan ku belum keluar lagi dari Revenge of The Mummy. Mungkin panjang barisan beraturnya.

Kelihatan banyak arca2 dan patung yang terkenal semasa zaman mesir kuno terdapat disitu lantas teringat aku sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Said bin Abi al-Hasan iaitu saudara kepada Hasan Basri.

Kata Said, satu ketika saya berada bersama Ibn Abbas. Tiba-tiba datang seorang lelaki berkata:

Wahai Ibnu Abbas, saya merupakan seorang lelaki yang mata pencarianku hanyalah hasil daripada kerja tanganku. Saya mengukir patung-patung ini. Ibnu Abbas lalu berkata" Saya tidak akan menceritakan kepadamu melainkan apa yang telah saya dengar daripada Rasulillah saw.

Saya mendengar baginda bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang membuat satu patung, Allah akan menyeksanya hinggalah dia meniupkan roh padanya sedangkan dia tidak akan boleh meniupkan roh itu selama-lamanya.”

Lelaki itu segera menggeletar dan mukanya menjadi pucat. Ibn Abbas lalu menambah.

”Sekiranya kamu enggan melainkan membuat juga ukiran ambillah pokok ini dan semua benda yang tidak mempunyai roh.”









6 ulasan:

  1. salam - bestnya ! nak pergi suatu hari nanti

    BalasPadam
  2. hmmm... kaki kpah ni macam gatal je nak bejalan..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    saya selalu lalang di hadapan patung terbesar di Asia (agaknya), dekat batu caves, gombak

    Wassalam

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam cikgu sak

    tak jauh melaka-singapore

    insyallah , sampai la

    BalasPadam
  5. kak pah

    apa lagi hehehe

    ikut je langkah kaki yg gatal tu hehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam atuk

    tu kalau runtuh mau sampai taman permata hehehehe

    BalasPadam