WARGA SCP

Jumaat, Disember 30, 2011

KOTA SINGA PART 10 : INDAH MALAM YANG MENGASYIKKAN

ALHAMDULILLAH

Foto ini dirakamkan dari jendela bilik penginapan kami . Rasanya dalam hampir 11 malam ++ juga ketika mak itam dan anak bongsu kami telah nyenyak tidur . Aku memang tak bawak lappy kali ni , tu yang abang tidur awal . Lagi pun dah kepenatan mereka aku ayak ke hulu ke hilir menaiki SMRT .

Suasana indah yang sempat aku rakamkan dalam keheningan malam tanpa hiruk pikuk amat aku syukuri . Lupa seketika masalah duniawi apabila aku leka memetik lensa ku.


Macam aku cakap tadi , kalau aku bawa lappy sekali, tentu abang tgh mengadap FB . Cerita pasal FB, aku sampai sekarang entah kenapa kurang berminat . Tentu sesetengah individu mengganggap aku ketinggalan zaman . Aku account FB pun takdak hehehe

Sebenarnya setiap teknologi atau alat yang dicipta mempunyai kebaikkan dan keburukkan . Terpulanglah kepada penggunanya samada utk kebaikkan atau sebaliknya . Kalau di salah gunakan , tentu akan memberikan kesan yang tak baik . Tapi kalau digunakan untuk kebaikkan tak kiralah blog atau FB atau Twitter atau Skpe, maka baiklah kesudahannya.

Cerita pasal FB ni , baru2 ni seorang yang aku kenal yang sudah agak berumur juga baru berpisah dengan isterinya akibat cinta terlarang isterinya di FB dengan bekas kekasih lama yang dapat dihidunya . Aku geleng kepala kerana kalau budak2 umur 20 han sebegitu , tentu akalnya boleh kita kira belum "masak" sepenuhnya. Ini dah berumur dan beranak pinak serta usia perkahwinan bukan setahun jagung , tapi masih boleh lagi terperangkap dengan perkara2 sebegitu.

Ambil perkara2 sebegini sebagai iktibar dan pengajaran agar kita tahu batas2 pergaulan walaupun dalam FB dan juga di alam maya kerana benda alah bertanduk dua tu sering membisikkan kata2 indah agar terjerumus ke kancah sebegitu.




OK , kita tinggalkan bebelan ku tadi kerana aku memang asyik leka memandang lampu di atas bumbung serta balkoni yang akan bertukar warna setiap beberapa minit menjadikan kawasan persekitaranya begitu indah,indah dan mendamaikan .

Kejap dia tukar oren, kejap dia tukar purple, kejap dia tukar entah apa2 warna yang menyebabkan banyak juga shots aku malam ni .

Nasib baik kolam renang tu tak 24 jam beroperasi, kalau tak tentu aku dah terjun dari balkoni bilik aku ni hehehe



Selasa, Disember 27, 2011

KOTA SINGA PART 9 : CRANE DANCE


ALHAMDULILLAH

Crane Dance

Suatu pertunjukan animatronik yang setinggi 10 tingkat. Ia direka oleh pemenang 4 kali anugerah Emmy , Jeremy Railton . Mengisahkan tentang sepasang kren yang jatuh cinta dan mendoakan kemakmuran untuk para tetamu.

Bertempat di Water Front dalam kompleks RWS bermula jam 9 malam. Pada mulanya aku pun tak tahu apakah bentuk pertunjukkannya . Kami mengambil tempat disebelah tepi kerana ditengah2 telah dipenuhi oleh penonton . Pentas terletak di tepi gigi air dengan tempat duduk ala stadium mini terbuka manakala benda alah tu kat tengah2 air . Pertunjukkan ini percuma kepada para penonton .

Tepat jam 9 malam , maka bermula pergerakkan kren jantan diikuti kren betina dengan diiringi muzik latar . Memang menakjubkan kerana pancaran cahaya berwarna warni diikuti dengan semburan air seiring dengan muzik dan tema cerita percintaan kren jantan dan betina gamaknya. Takkan nak dua2 kren jantan , itu gay namanya yang sekarang gejala tersebut semakin menular di kebanyakkan negara termasuklah negara kita sendiri.Ditakuti Allah menurunkan bala bencana macam yang diturunkan pada kaum Nabi luth.

Asy-Syu’araa’ 160-168
“Kaum Luth telah mendustakan rasulnya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”.

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

Mereka menjawab “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir”.

Luth berkata ‘Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ‘.”


OK lah , layan jelah foto-foto yang sempat aku rakamkan malam itu dalam pertunjukan yang mengambil masa hampir 1/2 jam juga. Tak larat nak berceloteh kerana hari ini aku dan isteri temankan anak ku puasa nazar dan tadi kami balik ke teratak tepi hutan yang dah lama tak balik. Rumput dah tinggi pinggang , kalau ada ular pun tak nampak lalu aku capai mesin rumput lalu zapsssssss . Satu sessi sebelum zohor dan satu sessi lagi sebelum asar dan nak hampir siap. Tapi keletihan punyalah terasa . Ni aku asyik togak air kosong je dah 4-5 gelas .

Good night everybody.
Sweet Dream.

Wasalam










semburan air dengan suluhan lampu berwarna-warni
diiringi muzik latar menjadikan pertunjukkan begitu menarik dan hebat








Ahad, Disember 25, 2011

KOTA SINGA PART 8 : ANTARA IMPIAN, REALITI DAN KENYATAAN

ramai sekali umat manusia
aku saja ambik gambar ni out of focus

ALHAMDULILLAH

Tak habis lagi aku menulis tentang kembara ku di Kota Singa tempohari, semalam petang selepas solat jumaat lebih kurang pukul 3.00 petang , aku masuk sekali lagi ke Kota Singa . Ketika itu hujan telah mula turun . Aku bercadang nak ikut Tambak Johor je dengan beranggapan tiada kesesakkan yang serius.

Hujan semakin lebat dalam perjalanan menyebabkan perjalanan ke JB tidak begitu lancar kerana takungan air memenuhi jalan . Memang lebat sungguh petang semalam .Aku terpaksa pegang handle motor roda tiga ku kuat-kuat.

Setiba di persimpangan jalan Tebrau menghala ke CIQ Tambak Johor dalam 3-4 km lagi, kelihatan deretan kenderaan telah terhenti .



Ni kalau tak kena gaya , mau 2-3 jam sahaja masa terbuang di situ lantas aku pun korner lipat motor roda tiga ku menyusuri Danga Bay lantas berdesup ke kompleks KIK Sultan Abu Bakar dan ambil keputusan ikut Tuas.

Walaupun jaraknya 28 km berbanding depan bijik mata je nak masuk KIK Tambak Johor, tapi hanya 1/2 jam sahaja yang diperlukan untuk melepasi kedua2 pemeriksaan imigresen berbanding nanti 2-3 jam masa terbuang begitu saja kalau ikut tambak.


Sampai ke Orchard Road hampir 6 petang .Tujuan kami petang semalam kerana ibu itam telah berjanji kalau "my son of gun" dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang baru diumumkan , dia nak hadiahkan sesuatu utknya . Bukan apa , sebagai galakan dan motivasi kepadanya .

Paginya pula , aku dah berkejar ke JB untuk mengambil borang pertukaran kerana anak ku ini dia memang berminat besar dalam bidang teknikal . Jadi jika ada rezeki , dari SMK Agama di tepi hutan ni, akan bertukar pula di SMK Agama JJ yang punyai aliran teknikal yang ada satu2nya di JB. Masih lagi dalam aliran agama tapi ditambah pula dengan matapelajaran teknikal. Kalau dapat nanti keputusan ke SBP, baru kami fikirkan kemudian arah tujunya nanti samada nak terima atau sebaliknya.



Bukan apa, itu semua sebagai persediaannya esok lusa , kalau kami dah takda, sekurang2nya kami dah jalankan tanggungjawab yang sepatutnya dan tunjukkan jalan ke arah keagamaan dan disamping itu masih tidak meninggalkan ilmu2 dunia yang banyak dikuasai oleh bangsa2 lain. Jadi dua2 dapat nanti, insyallah

Dunia dikelek, akhirat dijunjung . Moga nanti dia menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya nanti bila kami dah tiada lagi.



Semalam , Orchard Road punyalah sesak kerana faham2 jelah dah nak cuti Krismas . Alhamdulillah, hujan di sini dah teduh. Kiri kanan Orchard Road dipenuhi oleh manusia kerana mereka tengah shopping utk menyambut Krismas.

Terus menuju ke Paragon Shopping Compleks dan hampir 45 minit juga abang dok belek mana satu yang dia berkenan kerana abang ni punya citarasa sendiri . Habis dicubanya satu persatu ditangannya .




Ibu itam membiarkannya sahaja membuat pilihan kerana citarasa anak2 sekarang tak sama macam citarasa kita ni yang dah berumur. Akhirnya pilihan penamat buatnya hadiah dari seorang ibu dengan diiringi kata2 perangsang agar kecemerlangan harus diteruskan kerana PMR baru peringkat kedua selepas UPSR kerana perjalanan masih jauh lagi .

Surah AlKahfi. Ayat 44
"Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya
yang taat)."

Moga2 dia terus cemerlang bukan sahaja di dunia , yang paling penting diakhirat kelak kerana apalah guna segulung ijazah nanti kalau kita tidak beriman dan bertakwa kepada Allah.

Apalah gunanya kejayaan yang hebat di dunia kalau kita tidak hebat di akhirat kelak.Senang cerita apalah guna pangkat dan kedudukan, hartabenda dan kekayaan, kecantikan dan kehebatan dan bermacam lagi di dunia jika kita meninggalkan segala suruhan Allah.

Juga untuk kakak nun jauh di sana, berusaha bersungguh2 untuk semester akhir ni dan lulus dengan cemerlang , dan jangan lupa solat, berdoa , berusaha dan bertawakkal .

Surah Hud. Ayat 105
(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia.


Jumaat, Disember 23, 2011

KOTA SINGA PART 7 : KERLIPAN LAMPU YANG INDAH

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana cuaca hari ini sungguh baik sekali . Cuma terasa agak kepanasan sikit kerana Kota Singa merupakan sebuah pulau yang malamnya terasa hangat jugak . Kepenatan dan kelenguhan dikaki terasa jugak kerana banyak berjalan apabila menggunakan perkhidmatan SMRT .

Mau rasanya 300-400 kalori terbakar dan kira ia mengantikan rutin harian ku berjogging. Rasa nak terlorot pulak seluar jeans aku hehehe

Nampak gaya kena buat lubang baru kat tali pinggang ku nanti


Ingat taknak makan malam, tapi akhirnya ku cuba juga beberapa menu di Makansutra yang ada hanya 2 gerai sahaja yang menyajikan makanan halal dari hampir 10 buah gerai juga di situ . Itu pun setelah aku bertanyakan sendiri pada tuan punya dan tukang masaknya sendiri.

Tak tahu nak makan apa lalu aku memesan tahu goreng , sate gado dan gado-gado , nasib baik tak pesan menu tumbuk-tumbuk atau lebam-lebam pasal takde hehehe

Itulah rezeki kami malam ni , nak kata sedap sangat tak jugak tapi bersyukur kerana semuanya datang dari Allah jua. Tentang bab makan ni , negara kita lebih meriah dan punya banyak pilihan yang sedap dan menyelerakan berbanding kota singa.

Merayau pula seketika di Harbour Front untuk menikmati kerlipan lampu malam berwarna-warni yang sungguh indah .

Sempat menjenguk seketika sebuah "show" yang diadakan secara terbuka di pentas berdekatan .


Kota Singa diwaktu malam mengalah siang sebenarnya hingga tidak dapat membezakan mana siangnya, mana malamnya. Di kala siang, masing2 tentu sibuk dengan dunia pekerjaan , jadi kesempatan malam tentu digunakan oleh mereka untuk keluar. Kehidupan dan dunia mereka sangat berbeza sekali dengan dunia ku .

Walaupun kehidupan ku sering dihabiskan di tepi hutan berbanding hujung minggu baru ku pulang ke bandar HC, namun aku rasa bersyukur kerana pandangan mata ku tidak terlalu melihat benda2 yang tak sepatutnya aku lihat .

Aku juga tidak terkejar2 seperti mereka .Aku pagi start motor , tak sempat enjin panas dah sampai ke kebun getah . Tengahari lepas noreh , tak sampai 5 minit dah sampai rumah berbanding mereka di sini .


Rata2 masa aku dalam SMRT ketika ramai antara mereka pulang dari kerja , masing2 leka dengan butang telefon pintar mereka berbanding aku yang hanya pakai hand phone cap ayam je .

Namun yang pasti kualiti kehidupan ku lebih baik berbanding mereka di sini yang berkerja keras siang dan malam untuk memenuhi tuntutan hidup yang mencabar di sebuah kota besar .

Ya Allah,
aku bersyukur atas apa yang telah kau takdirkan kepada ku .

Di mana bumi di pijak,
Di situ langit dijunjung.

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri.

Alhamdulillah.