WARGA SCP

Ahad, Disember 25, 2011

KOTA SINGA PART 8 : ANTARA IMPIAN, REALITI DAN KENYATAAN

ramai sekali umat manusia
aku saja ambik gambar ni out of focus

ALHAMDULILLAH

Tak habis lagi aku menulis tentang kembara ku di Kota Singa tempohari, semalam petang selepas solat jumaat lebih kurang pukul 3.00 petang , aku masuk sekali lagi ke Kota Singa . Ketika itu hujan telah mula turun . Aku bercadang nak ikut Tambak Johor je dengan beranggapan tiada kesesakkan yang serius.

Hujan semakin lebat dalam perjalanan menyebabkan perjalanan ke JB tidak begitu lancar kerana takungan air memenuhi jalan . Memang lebat sungguh petang semalam .Aku terpaksa pegang handle motor roda tiga ku kuat-kuat.

Setiba di persimpangan jalan Tebrau menghala ke CIQ Tambak Johor dalam 3-4 km lagi, kelihatan deretan kenderaan telah terhenti .



Ni kalau tak kena gaya , mau 2-3 jam sahaja masa terbuang di situ lantas aku pun korner lipat motor roda tiga ku menyusuri Danga Bay lantas berdesup ke kompleks KIK Sultan Abu Bakar dan ambil keputusan ikut Tuas.

Walaupun jaraknya 28 km berbanding depan bijik mata je nak masuk KIK Tambak Johor, tapi hanya 1/2 jam sahaja yang diperlukan untuk melepasi kedua2 pemeriksaan imigresen berbanding nanti 2-3 jam masa terbuang begitu saja kalau ikut tambak.


Sampai ke Orchard Road hampir 6 petang .Tujuan kami petang semalam kerana ibu itam telah berjanji kalau "my son of gun" dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang baru diumumkan , dia nak hadiahkan sesuatu utknya . Bukan apa , sebagai galakan dan motivasi kepadanya .

Paginya pula , aku dah berkejar ke JB untuk mengambil borang pertukaran kerana anak ku ini dia memang berminat besar dalam bidang teknikal . Jadi jika ada rezeki , dari SMK Agama di tepi hutan ni, akan bertukar pula di SMK Agama JJ yang punyai aliran teknikal yang ada satu2nya di JB. Masih lagi dalam aliran agama tapi ditambah pula dengan matapelajaran teknikal. Kalau dapat nanti keputusan ke SBP, baru kami fikirkan kemudian arah tujunya nanti samada nak terima atau sebaliknya.



Bukan apa, itu semua sebagai persediaannya esok lusa , kalau kami dah takda, sekurang2nya kami dah jalankan tanggungjawab yang sepatutnya dan tunjukkan jalan ke arah keagamaan dan disamping itu masih tidak meninggalkan ilmu2 dunia yang banyak dikuasai oleh bangsa2 lain. Jadi dua2 dapat nanti, insyallah

Dunia dikelek, akhirat dijunjung . Moga nanti dia menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya nanti bila kami dah tiada lagi.



Semalam , Orchard Road punyalah sesak kerana faham2 jelah dah nak cuti Krismas . Alhamdulillah, hujan di sini dah teduh. Kiri kanan Orchard Road dipenuhi oleh manusia kerana mereka tengah shopping utk menyambut Krismas.

Terus menuju ke Paragon Shopping Compleks dan hampir 45 minit juga abang dok belek mana satu yang dia berkenan kerana abang ni punya citarasa sendiri . Habis dicubanya satu persatu ditangannya .




Ibu itam membiarkannya sahaja membuat pilihan kerana citarasa anak2 sekarang tak sama macam citarasa kita ni yang dah berumur. Akhirnya pilihan penamat buatnya hadiah dari seorang ibu dengan diiringi kata2 perangsang agar kecemerlangan harus diteruskan kerana PMR baru peringkat kedua selepas UPSR kerana perjalanan masih jauh lagi .

Surah AlKahfi. Ayat 44
"Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya
yang taat)."

Moga2 dia terus cemerlang bukan sahaja di dunia , yang paling penting diakhirat kelak kerana apalah guna segulung ijazah nanti kalau kita tidak beriman dan bertakwa kepada Allah.

Apalah gunanya kejayaan yang hebat di dunia kalau kita tidak hebat di akhirat kelak.Senang cerita apalah guna pangkat dan kedudukan, hartabenda dan kekayaan, kecantikan dan kehebatan dan bermacam lagi di dunia jika kita meninggalkan segala suruhan Allah.

Juga untuk kakak nun jauh di sana, berusaha bersungguh2 untuk semester akhir ni dan lulus dengan cemerlang , dan jangan lupa solat, berdoa , berusaha dan bertawakkal .

Surah Hud. Ayat 105
(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia.


9 ulasan:

  1. tahniah atas kejayaan anak. pak n mak itam tu. alhamdulilllah.

    BalasPadam
  2. HJ CR,

    Tahniah atas kejayaan anak tuan

    BalasPadam
  3. hari tu pun kami sekeluarga di situ. dalam ramai2 agaknya dah bertembung dengan family pak itam di jalanan atau di alfalah. hari jumaat tu ada banjir sikit dekat lucky plaza. jam panjang pun ramai macam kami suka ulang alik jb.

    BalasPadam
  4. Aslkm CR

    Tahniah atas kejayaan cemerlang anak.
    Org kaya tentu hadiahnya mahalkan?
    Mama gitu2 je....

    BalasPadam
  5. AZ

    alhamdulillah

    kejayaan dan kenikmatan dari Allah jua

    BalasPadam
  6. mampir

    padan lah kami tengok dok kecoh mengelap kat tingkat bawah Lucky Plaza

    kami makan kat McD Lucky Plaza pekena chicken McGrilled pasal kat McD Malaysia takda hehehe

    Lagi satu kat McD sana ada McCaffe pekena hot choclate

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam mamaju

    alhamdulillah

    hadiah biasa2 je , itu pun gantikan jam tangannya yang dah rosak , faham2 jelah budak jantan hehehe

    hadiah yang paling berharga dan bernilai ialah doa ibu bapa buat anak2
    insyallah

    BalasPadam
  8. Ctk nye shots..!!!!!!!!!!!
    Pak Itam, jom ke hard rock cafe shop Melaka.. Chaiyok Malaysia!

    http://wonderfulretreats.blogspot.com/search/label/Hard-Rock-Cafe-Shop-Melaka

    BalasPadam