WARGA SCP

Rabu, Mac 07, 2012

MIAW MIAW KUCING

ALHAMDULILLAH

Aku mula membela kucing lebih kurang 15 tahun yang lalu . Kucing baka Parsian diberikan oleh kakak ku dan diberi nama Pussy . Ia dibela dari kecil dan diletakkan di dalam rumah . Hari2 biasa aku pegi menoreh, Pussy akan diletakkan di dalam sangkar hinggalah ia besar kira macam anak dara .

Tiba sahaja aku pergi bercuti lama , pasti Pussy akan ku hantarkan ke sebuah pusat penjagaan yang dikelolakan oleh Jabatan Haiwan di JB dengan kadar bayaran 5 ringgit sehari . Kami membelanya bagai membela anak sendiri . Setiap minggu dimandikan dan malam dia akan tidur dengan anak perempuan aku.


kucing kepunyaan tuan punya B&B di South Africa
wajah dan bulunya sama macam kucing aku yang
nama Grey dan Onchu

Apabila meningkat dewasa, aku pun mulalah carikan pasangan Pussy untuk mendapatkan waris bakanya. Aku hantar semula kat rumah kakak aku untuk dikahwinkan . Tapi akibat tinggal 3-4 tahun secara berseorangan, Pussy ni punya sifat yang garang bila ada kucing jantan dok mengendengnya. Pengabisnya 3-4 kali hantar untuk dikahwinkan, Pussy masih belum ada tanda2 "pregnant". Pasti kucing jantan nak rapat kat dia habis dicakarnya . Pengabisnya aku biarkan begitu je.

Sesekali kat rumah aku lepaskan Pussy ni keluar , ada kucing2 jantan kampung dok mengerlingnya. Manakan tidak, bulu Pussy yang mengerbang bak ratu cantik menjadi tarikan kucing2 kampung ni . Pengabisnya Pussy yang dari sifat garangnya dah pandai curi2 keluar rumah ikut tingkap dan akhirnya termengandung juga . Lahirlah 3 ekor anak namun takda iras baka parsian kerana kira kawin dengan kucing kampung. Namun yang aku sedih , lepas Pussy beranak , dia mula murung dan sakit . Puas aku ikhtiar ubatkan hingga bawak ke klinik haiwan.

Sehari sebelum ia meninggal, tengahari tu aku sempat bawa lagi dia ke klinik kerana keadaannya semakin teruk kerana dia tak mahu makan dan minum langsung. Aku perhati dia asyik dok termenung dan pandangan mata Pussy hari tu macam kosong.


Akhirnya petang tu juga dia meninggal kat belakang pintu bilik tidur anak aku . Memang kami rasa sedih kerana kami bela dia dari kecil lepas bercerai susu dengan ibunya dan selama beberapa tahun tinggal bersama2 macam satu keluarga walaupun dia hanya seekor kucing.

Ketiga2 anaknya telah jadi yatim dan masih kecil dan perlu menyusu. Jadi aku pun bancuhlah susu tetiap hari dan letak dalam piring . Anaknya dua ekor betina yang aku beri nama CC dan Grey sementara yang jantan mak itam beri nama Onchu. Hingga sekarang CC dan Onchu masih hidup lagi sementara Grey pergi tak kembali entah ke mana . Dari situlah beranak pinak hingga satu masa mencecah 18 ekor dan semua diletakkan dalam 3 sangkar berlainan belakang rumah.

Tapi sebelum aku pergi umrah pertengahan bulan Jun tahun 2010, aku ambil keputusan untuk lepaskan mereka dan merasai erti kebebasan yang sebenarnya . Cuma rutin beri makannya seperti biasa sebelah pagi , tengahari dan sebelum magrib . Satu bulan dalam 6 kampit besar makanan kucing perlu aku sediakan namun aku anggap tu satu sedekah dan berharap agar kucing2 tu sentiasa mendoakan untuk kami sekeluarga.

Kini yang tinggal hanya 8 ekor sahaja manakala selebihnya pergi jalan dan tak jumpa jalan pulang nampaknya. 8 ekor nilah yang aku selalu dok berbual2 dengan mereka bila tiba masa mereka makan selepas subuh, tengahari dan malam.



foto kucing ni aku rakamkan di Midland Meanders
mesti ada pertalian dengan KucingOrenGemuk




6 ulasan:

  1. Waduhhhhhhh dobot2 nyier tuceng bapak!!!!! FM xle betol laaa tgk tuceng. Lalu buat suare cartoon n becakap ngan die. PENYAKIT betol! Dah haiwan tuh je yg kite mampu utk ternak. Ye dak? Btw bapak, i can feel u. Chewah! Sbb nye FM baru jgk jaga kucing di rumah sndri. B4 ade la bela kat rmh mak. Tu pon asal nye kucing yg dtg. Tapi kali ni bela betol2. Malas mula2. Tapi org dah bagi so nak tak nak jaga la. Bkn mudah nak beri kan tanggungjawab sepenuh nye pada 'benda hidup' dr kecik x ber emak, kene plak beli kan botol susu. Hantar vaksin sbulan skali slame 3bln. Poopoo nya nak kne bersih kan. Pasir nak kene topup. Klu keluar bercuti lbih dr 1 malam, kene hantar hotel haiwan. Makanan, susu, biskut, vitamin. Kalah manusia! Hihi.. Bukan mudahhh. Tapi bila dah KENE buat semua tuh rasa sayang yg melampau mula lah mai dlm hati ni. Mule2 ingt x la se syg mcm skrg ni. Skarang ni pantang ilang 30min dpan mte. Dh meracau carik 1 rumah. Hahhaha.. X plak ku tahu begini rase 'syg' terhadap meow!

    Xtau la kalau die kiokk nnti. Adoidoidoi xsanggup!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,

      kalau nak bela , kena jalankan tanggungjawabnya dengan baik,

      kalau tak, kita akan dipersoalkan nanti

      insyallah, besar pahalanya

      Padam
  2. dorang ni jugaklah kawan untuk bergaduh haha.. Banyak kucing yang pak itam bela. Cantik2 pulak tu. Kakpah yang bela jordan sekor ni pun kadang2 tak tahan dengan kerenahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pah

      kekadang kalau org tak tahu, ingat kita bergaduh suami isteri hahaha

      padahal melayan si kucing hehehe

      Padam
  3. Salam bapak. Tomei2 sungguh temua tucen2 tuuu. Eh apasal pulak saya cakap camni, kehkeh..

    Saya takut kucing tapi kucing suka datang cari saya..camana saya nak buat pun tak tau la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      heheeh tu mesti kucing jantan hahaha

      Padam