ALHAMDULILLAH
Aku nak duduk depan, tekong bot tak kasi, katanya nanti lambat sampai pasal berat depan hahaha
Dia suruh aku duduk belakang sikit biar terangkat sikit dan laju. Sebenarnya sebelum naik bot , dia suruh kita duduk susun baik2 biar bot seimbang .
Cuaca yang baik dan panas terik menjadikan perjalanan pagi ni ke Pregnant Maiden Island begitu lancar pada mulanya , namun bot yang dipandu laju menyebabkan bergoyang jugak isi perut aku. Tu laut tenang je pada mata kasar tapi sebenarnya arus di bawah kuat jugak .
Berdepas , berdepus bunyi badan bot menghempas ombak2 kecil dan sesekali terperecik jugak ke atas , tu sebab dia tak kasi duduk depan dan juga dia tak kasi pakai pelikat gobang takut tersingkap.
Jadi banyak permandangan menarik yang aku tak dapat rakamkan kerana aku takut dslr aku terkena air masin yang tentu akan membawa padah dikemudian hari . Lagi satu susah nak ambik gambar pasal bot sentiasa berdangdut, kira dangdut percuma tanpa perlu pegi kelab dangdut hehehe

memulakan perjalanan
Aku lama jugak tak naik bot terbuka macam ni, kali terakhir yang aku ingat masa aku kecik2 dulu ikut bapak aku semasa hari terbuka marine kastam . Terbayang aku bagaimana nelayan yang kekadang menyambung nyawa menangkap ikan dengan bot2 kecil sebegini mengharung lautan luas yang dalam yang tak mengenal mangsa .
Landscape kiri kanan memang indah dan menunjukkan kehebatan Allah dalam mencipta setiap keadaan tanpa dapat kita dustakan.
Air yang seakan2 menghijau menyebabkan tenang dan damai je aku rasakan sambil muka dipepah bayu laut Andaman. Terasa begitu nikmat menikmati permandangan yang indah ini.

Tetiba tekong bot memperlahankan bot kerana untuk kami menikmati gambaran sebenar yang dikatakan menyerupai Pregnant Maiden Island . Cuba perhatikan bebetul foto dibawah, tu kepalanya dan yang buncit sikit tulah gambaran perutnya yang sedang hamil hingga diberi nama Pulau Dayang Bunting.
Namun walau apa pun mitosnya, semua yang tercipta di muka bumi ini adalah dengan kehendak Allah jua yang mana Dia Maha Berkuasa.
Namun walau apa pun mitosnya, semua yang tercipta di muka bumi ini adalah dengan kehendak Allah jua yang mana Dia Maha Berkuasa.
Kami melintasi beberapa buah pulau2 kecil dalam menuju ke Pregnant Maiden Island. Lalu lintas ke sana agak sibuk juga pagi ni dengan bot2 yang membawa penumpang untuk "hopping island " ni bersimpang siur . Kelihatan juga kapal2 layar yang dinaiki oleh para pelayar2 asing .
Aku berselisih dengan dengan sebuah kapal layar ni . Mat salleh tu dok lambai kat aku pasal mesti muka aku macam Antonio Banderas hehehe
Aku pun dok lambai hugak tapi aku pejam mata. Pasal apa aku pejam mata hehehe
kalian carilah jawapannya sendiri di foto atas ni
Aku pun dok lambai hugak tapi aku pejam mata. Pasal apa aku pejam mata hehehe
kalian carilah jawapannya sendiri di foto atas ni
Tapi kata org tua2, kalau dah tertengok jangan berkelip pasal tak sengaja, kalau berkelip dah kira 2 kali tengok, berdosa hehehe
bot yg dok berlabuh sekitar Pregnant Maiden Island
macam ni lah lajunya bot kat sini
jeti Pregnant Maiden Island
Alhamdulillah ,selamat sampai ke jeti PREGNANT MAIDEN ISLAND setelah hampir 30++ minit juga dalam bot. Kelihatan ramai pengunjung pagi ini dan juga puluhan deretan bot2 yang membawa mereka sedang berlabuh . Tentu ada yang menarik di sini yang menjadi kunjungan ramai.
Apa yang menarik, nanti aku sambung .......
best la pakai bot menikmati keindahan air laut, pantai dan laut. mesti rasa tenang :D
BalasPadamkalau steffany berpeluang ke Langkawi, jangan lupa lakukan aktiviti "hopping island" ni dan bapak jamin memang sangat menyeronokkan
Padamok, will try. :D thanks for the info.
Padamehhehe masih teringat apabila di alun ombak ke pulau dayang bunting tahun lalu.
BalasPadamaz mandi tak kat pulau tu hehehe
Padambahayaaaaaaa hahaha
nak pegi - nak pegi!...tp rasanya tak merasalah sampai ke sini sebab jadual padat dgn kursus di BTN nanti akhir Jun...
BalasPadamhehehe masa kursus kan bisa diadjust nanti hehehe
Padamkalau cikgu tak cuba aktiviti ni, rugi tau
mmg menyeronokkan
Masa pegi langkawi dulu, tengah belajar..tak cukup bajet nak gi pulau ni..hik..hikkk
BalasPadamlaaa siannya
Padambapak pun kali pertama pi Langkawi ni hehehe
nak pegi lagi krn tak dapat explore semua yg menarik di sini hari tu
Kain pelikat lagi, kehkeh!
BalasPadamTengok gambaq2 ni teringat Krabi la pulak, haisy. Kat sana pun kena banyak tutup mata jugak, kahkahkah! Sabaq jalah.
pompuan tgk pompuan takpe cikgu hahahaha
Padamseronoknya pak itam...hop sana hop sini :)
BalasPadamalhamdulillah kak
Padamsementara tgh boleh hop sana , hop sini heheheheh
nanti kalau dah tak terhop hahaha
duduk dediam je